Ada situasi tertentu yang mungkin memerlukan kita untuk mengambil makanan lembut selain bubur dalam usaha pulih daripada sesuatu keadaan kesihatan.
Sebagai contoh, anda baru sahaja menjalani prosedur pembedahan pembuangan tonsil tekak. Ini bermakna kalian tidak boleh mengambil makanan pejal.
Persoalannya, apa jenis makanan lembut selain bubur yang boleh anda ambil ketika perlu? Jom bersama kita teruskan membaca artikel ini untuk tahu!
Makanan lembut & keadaan kesihatan
Untuk pengetahuan anda, diet khas mengambil makanan lembut ini turut dikenali sebagai Soft Food Diet (SFD) dan ia bukan hanya sekadar bubur sahaja.
SFD ini mungkin perlu diamalkan oleh individu yang sedang mengalami kondisi perubatan atau baru sahaja menjalani prosedur pembedahan tertentu.
Antara punca-punca berkaitan keadaan kesihatan yang mungkin akan menyebabkan pesakit terpaksa mengamalkan SFD adalah seperti berikut:
- Strok
- Kanser
- Parkinson
- Masalah pada tekak
- Masalah gigi dan gusi
- Masalah mulut dan rahang
- Masalah perut dan usus
Dalam pada itu, diet makanan lembut selain bubur juga sangat penting peranannya dalam merawat kondisi dysphagia – kesakitan atau kesukaran untuk menelan makanan.
Disebabkan itu, anda mungkin perasan bahawa makanan-makanan di wad hospital kebanyakannya bersifat lembut dan mudah untuk ditelan oleh pesakit.
Jika anda adalah salah seorang pesakit yang terpaksa amalkan SFD, makanan lembut selain bubur apa yang kalian kena ambil? Sila baca lebih lanjut!
Makanan lembut selain bubur terbaik
Tidak ada salah jika bubur itu dijadikan antara menu utama kalian namun sudah tentu anda akan bosan jika terpaksa menelan butir nasi yang cair ini selalu.
Jangan risau, kami akan bantu anda dengan panduan makanan lembut mana yang anda boleh ambil dan kena elak sepanjang menjalani Soft Food Diet.
Makanan yang anda boleh ambil
Terdapat beberapa saranan makanan lembut selain bubur seperti yang para pakar diet perkenan untuk anda ambil ketika perlu. Ini termasuklah:
- Sayur-sayuran – Contohnya lobak, bayam, brokoli, kacang panjang yang dimasak
- Buah-buahan – Contohnya epal, pisang, avokado, pir yang dipotong
- Bijirin – Contohnya kentang lenyek, air barli dan lain-lain
- Telur – Kedua-dua telur putih dan telur kuning
- Sup – Sup dengan campuran sayur atau buah
- Daging – Daging ayam atau ikan yang telah direbus
- Produk tenusu – Seperti keju, yogurt, susu yang lembut
- Minuman – Seperti air kosong dan smoothies
Namun ini hanyalah sekadar idea dan mungkin tidak begitu sesuai untuk keadaan kesihatan tertentu, justeru dapatkan nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu.
Makanan yang anda kena elak
Terdapat beberapa jenis makanan lembut selain bubur yang mungkin para pakar diet tidak begitu galakkan dalam SFD ini, termasuklah:
- Sayur-sayuran – Sayur yang tidak dimasak terlebih dahulu
- Buah-buahan – Buah yang dikeringkan, berasid, berbiji dan berkulit keras
- Bijirin – Contohnya roti, biskut, bertih jagung, kentang goreng
- Produk tenusu – Seperti keju, yogurt, susu yang bertekstur keras
- Daging – Daging ayam, ikan, lembu yang digoreng atau dipanggang
- Minuman – Seperti yang beralkohol dan berkafein
Sama seperti makanan lembut yang anda boleh ambil, ia juga adalah sangat bergantung kepada kondisi anda, dapatkan nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu.
Tip tambahan SFD yang lain
Apa yang telah kami senaraikan sebagai makanan boleh ambil dan kena elak di atas tadi mungkin hanyalah sekadar sebuah panduan bersifat umum sahaja.
Segala saranan dan pedoman daripada pihak doktor atau pakar diet perlulah dipatuhi agar tidak timbul komplikasi lain pula pada diri anda, pada masa akan datang.
Dalam pada itu, ada beberapa tip tambahan berkenaan SFD yang kalian mungkin perlu tahu iaitu:
- Pilih opsyen yang sihat – Adalah sangat penting untuk anda ambil makanan lembut yang sihat, seimbang dan bernutrisi tinggi
- Tambah sedikit perisa/perasa – Mungkin tidak salah jika anda tambahkan sedikit bahan seperti herba atau rempah ke dalam makanan
- Makan sedikit tapi kerap – Jangan mengambil hidangan yang terlalu berat pada satu waktu sebaliknya makan sedikit tapi kerap
- Makan dengan perlahan – Ambil masa ketika makan dan kunyah dengan cermat agar ia dapat dihadam dalam perut dengan baik
- Rancang diet anda sebaiknya – Berdasarkan panduan yang kami senaraikan di atas tadi, mungkin ini sudah boleh membantu anda?
Sekiranya anda mempunyai persoalan lanjut mengenai diet makanan lembut selain bubur, sila berkonsultasi dengan doktor atau pakar diet mengenainya.
[embed-health-tool-bmr]