backup og meta

Kajian Kata Golongan Vegetarian Lebih "HEBAT" Di Ranjang, Ini Antara Sebabnya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/10/2020

    Kajian Kata Golongan Vegetarian Lebih "HEBAT" Di Ranjang, Ini Antara Sebabnya!

    Kemampuan seksual seringkali dikaitkan dengan pelbagai faktor termasuklah pemakanan.

    Sebagai contoh, ada yang percaya bahawa minum susu lembu sebelum beraksi di kamar tidur boleh membuat anda tahan lebih lama.

    Ya, mungkin kedengaran agak pelik…

    Baru-baru ini pula, ada kajian yang kata golongan vegetarian lebih “padu’ di ranjang. Adakah penyataan ini fakta atau auta? Benarkah ini salah satu dari kelebihan vegetarian?

    Jika benar sekalipun, apa sebabnya ya?

    Untuk mengetahui jawapan kepada persoalan ini, jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

    Kajian terbaharu dari UK

    Vegetarian-Meal-Plan-for-Lowering-Cholesterol

    Menurut sebuah kajian yang dijalankan di UK, golongan vegetarian dikatakan mempunyai kemampuan seksual yang jauh lebih baik berbanding golongan pemakan daging.

    Bukan itu sahaja, Hucknall Dispatch yang merupakan tunggak utama kajian ini turut menyatakan golongan bukan vegetarian adalah lemah, pentingkan diri dan tidak gembira di ranjang.

    Kajian ini mendapatkan data daripada 500 orang vegetarian dan 500 bukan vegetarian yang tinggal di UK.

    Majoriti daripada golongan vegetarian (57%) mengatakan bahawa mereka akan berasmara dengan pasangan sekurang-kurangnya 3 – 4 kali seminggu.

    Manakala golongan bukan vegetarian (49%) pula mengatakan bahawa mereka hanya bersenggama dengan pasangan kira-kira 1 – 2 kali sahaja seminggu.

    Secara keseluruhannya pula, hampir 84 peratus dari golongan vegetarian berpuas hati dengan kemampuan seksual mereka berbanding dengan 59 peratus bagi golongan bukan vegetarian.

    Dalam erti kata yang lebih mudah, golongan vegetarian dipercayai memiliki kemampuan seksual yang lebih baik berbanding golongan yang bukan vegetarian. Persoalannya, kenapa?

    Kenapa vegetarian lebih ‘padu’ di ranjang?

    Seks Selepas Bersalin

    Menurut kajian ini, antara kelebihan vegetarian adalah mereka kebiasaannya akan lebih baik dan bagus di ranjang ekoran nutrien yang diperolehi melalui pemakanan mereka.

    Tumbuhan seperti ginseng, bunga lawang, akar maca dan daun fenugreek adalah kaya dengan afrodisiak semula jadi – yang boleh menggalakkan rangsangan seksual.

    Selain itu, terdapat beberapa lagi sebab kenapa vegetarian lebih hebat di kamar tidur, termasuklah:

    #1. Libido yang kuat

    Dalam usaha mendapatkan kehidupan seksual yang baik, anda wajib memiliki kemahuan seksual yang kuat. Apa caranya? Dengan memakan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.

    Ini kerana makanan seperti pisang, avokado dan kacang buncis sememangnya tinggi kandungan zink dan vitamin B – sangat penting dalam memastikan libido anda sentiasa kuat.

    #2. Stamina yang tinggi

    Selain libido, stamina juga penting dalam memastikan kemampuan seksual di ranjang berada pada prestasi mengagumkan.

    Tanpanya, tidak bermaknalah malam jumaat anda dan pasangan.

    Golongan vegetarian yang tidak mengambil makanan mudah mengantuk seperti daging merah atau daging ayam, mungkin mempunyai tahap stamina yang lebih tinggi berbanding yang mengambilnya.

    berapa kali seks untuk seminggu

    #3. Vegetarian kurang risiko mati pucuk

    Golongan bukan vegetarian adalah lebih berisiko mengalami masalah jantung berbanding golongan vegetarian.

    Dalam pada itu, kajian menunjukkan bahawa 75% lelaki yang mempunyai masalah jantung juga berisiko mengalami masalah mati pucuk.

    Namun, ini bukanlah satu perkara yang pasti terjadi. Sekiranya anda bukan vegetarian namun masih banyak ambil sayur-sayuran dan buah-buahan, mungkin tiada masalah buat anda!

    #4. Otot tubuh badan yang lebih fleksibel

    Setiap individu pasti mahu otot tubuh badan yang tegap bukan?

    Pun begitu, kalian perlu tahu otot tubuh badan yang terlalu besar dan keras boleh potong ‘stim’ ketika berintiman dengan pasangan.

    Disebabkan itu, golongan vegetarian yang memiliki otot tubuh badan yang lebih fleksibel lebih ‘padu’ di ranjang.

    Ini kerana mereka mampu melakukan pelbagai posisi dan teknik seks yang mungkin tidak semua orang boleh buat.

    Jadi, itulah kelebihan vegetarian terhadap kemampuan seksual mereka.

    Namun, janganlah berasa rendah diri atau putus asa hanya kerana anda bukan vegetarian.

    Tiada masalah yang besar akan terjadi sekiranya anda masih mengamalkan diet seimbang mengikut perkiraan suku-suku-separuh.

    Apa yang lebih penting, sila jalani kehidupan yang lebih sihat untuk kemampuan seksual yang lebih hebat!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/10/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan