backup og meta

Jika Selalu Ada 8 Tanda Ini, Pemakanan Anda Mungkin Kurang Sihat! Semak Kembali Diet

Jika Selalu Ada 8 Tanda Ini, Pemakanan Anda Mungkin Kurang Sihat! Semak Kembali Diet

Ingin hidup lama dan sihat? Jenis dan kadar pemakanan yang betul ialah kunci utamanya. Jika pemakanan yang anda amalkan kurang sihat, maka tanda pemakanan tak sihat berikut mungkin akan terlihat.

8 Tanda pemakanan tak sihat 

1. Badan selalu rasa letih

Rasa letih mungkin disebabkan oleh kadar pengambilan yang terlalu sedikit atau kekurangan nutrien tertentu seperti zat besi (menyebabkan anemia) dan protein. Beberapa keadaan kesihatan tertentu juga boleh membawa kepada rasa letih termasuk penyakit jantung dan masalah tiroid.

2. Rambut kering dan rapuh

Anemia mungkin penyebabnya, atau kurang protein dan vitamin tertentu. Apabila anda kekurangan nutrien, badan akan mengutamakan nutrien tersebut kepada organ penting terlebih dahulu seperti jantung. Jadi, bahagian lain seperti rambut akan mendapat kurang nutrien. Kulit juga boleh menjadi kering dan pucat.

3. Kuku berbentuk seperti sudu

Kuku: Perubahannya dan Tahap Kesihatan - finger clubbing

Kuku dan rambut sebenarnya dihasilkan dari sel yang sama iaitu keratin. Seperti rambut, kuku juga akan menjadi nipis dan rapuh apabila kekurangan nutrien. Antara yang kerap ditemui ialah kurang zat besi, protein, kalsium, serta vitamin A, B6, C, dan D.

4. Masalah gigi dan gusi

Kurang vitamin C boleh menyebabkan gusi berdarah dan mengalami radang (gingivitis). Dalam kes yang lebih parah, anda mungkin boleh kehilangan gigi

Kurang nutrien akan menyebabkan masalah gusi dan gigi, kemudian membuatkan lebih susah untuk mendapatkan nutrien secukupnya.

5. Sembelit

Bijirin penuh, sayur-sayuran dan buah-buahan ialah sumber serat yang sangat penting untuk memastikan kesihatan dan pergerakan usus dalam keadaan baik. Jika kurang mengambil makanan ini maka sembelit boleh berlaku.

6. Isu kesihatan mental dan mood

Pemakanan bukan sekadar menjejaskan fizikal tetapi juga mental dan mood. Cuba semak semula apa yang anda makan jika kerap mengalami stres dan tekanan.

7. Mudah lebam dan luka lambat sembuh

cara merawat luka

Jika tidak ada sebab yang jelas seperti jatuh atau terlanggar sesuatu, diet dan pemakanan anda mungkin ada kaitan dengan lebam yang dialami. Anda mungkin kurang protein serta vitamin C dan K yang berperanan dalam pembekuan darah serta penyembuhan luka.

8. Mudah jatuh sakit

Sistem imun memerlukan nutrien yang cukup untuk berfungsi dengan baik, khususnya vitamin C, protein, dan antioksidan. Tapi jika anda kerap demam dan selesema, banyakkan makan buah-buahan segar dan kekacang.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

8 Signs of Poor Nutrition – https://www.webmd.com/healthy-aging/poor-nutrition-signs

Versi Terbaru

30/11/2021

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

AWAS! Ubah Tabiat Makan Laju, Bukan Saja Buat Anda Jadi GEMUK, Tapi Ada Banyak Risiko Lain!

Bukan Hanya Banyak Makan, 5 Perkara Ini Juga Jadi Punca UTAMA Anda Cepat Gemuk!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 30/11/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan