backup og meta

Ini 3 Tip Pilih Cili Kering Tak Pedas, (Bonus: Ada Petua Nak Hilangkan Pedas Cili Ketika Memasak!)

Ini 3 Tip Pilih Cili Kering Tak Pedas, (Bonus: Ada Petua Nak Hilangkan Pedas Cili Ketika Memasak!)

Cili kering biasa digunakan oleh masyarakat Malaysia dalam hampir setiap hidangan. Namun, jika tersilap beli lada kering, ia boleh menyebabkan hidangan menjadi terlampau pedas atau terasa bahang. Oleh itu, kami kongsikan di sini beberapa petua pilih cili kering tak pedas dan cara kurangkan pedas lada kering. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Kenapa perlu pilih lada kering yang betul?

Masyarakat di Malaysia sememangnya menggunakan lada kering setiap hari dan hampir dalam keseluruhan jenis hidangan.

Ia merupakan antara bahan mesti ada setiap kali ingin memasak. Sebagai contoh, lada kering digunakan ketika menumis dan membuat sambal.

Ia juga digunakan ketika memasak hidangan berkuah seperti gulai atau kari.

Namun, jika anda tersilap memilih jenis lada kering yang betul, ia boleh membuatkan masakan menjadi lebih pedas daripada biasa walaupun anda menggunakan sukatan yang sama.

Cili yang terlalu pedas akan memberikan rasa bahang pada makanan walaupun anda meletakkan lebih banyak gula untuk mengurangkan rasa pedas tersebut.

Ini tip pilih cili kering tak pedas

Terdapat beberapa kaedah atau jenis cili yang boleh anda perhatikan sebelum membelinya.

Kami terangkan beberapa jenis lada kering dan cirinya agar anda boleh memilih cili yang tepat untuk memasak.

#1. Lada kering yang pendek dan berkilat

cili kering

Cili kering tak pedas jenis ini lebih pendek dan lebih gemuk daripada lada kering yang lain. Ia mempunyai permukaan yang tidak berkeriting dan juga berkilat.

Sekali imbas, ia mempunyai bentuk yang lebih bulat berbanding cili-cili yang lain.

Lada jenis ini biasanya tidak pedas atau kurang pedas, namun harganya lebih mahal dan agak susah untuk didapati di kedai-kedai.

Jika anda ke negeri-negeri Pantai Timur, ia mungkin lebih mudah untuk didapati kerana ia sering digunakan oleh masyarakat di sana dalam penyediaan hidangan harian mereka.

#2. Lada kering yang berkeriting dan panjang

Terdapat sejenis lada kering yang mempunyai ukuran lebih panjang dan juga bekeriting atau berkedut.

Namun, ia kelihatan lebih kering atau kusam berbanding lada kering sebelum ini.

Cili ini sedikit pedas berbanding cili yang diterangkan sebelum ini, namun ia tidaklah begitu pedas.

Bagi mereka yang masih mahukan sedikit rasa ‘kick’ dalam hidangan tetapi tidaklah terlalu pedas, cili jenis ini merupakan jenis yang paling sesuai kerana pedasnya hanyalah pada tahap biasa sahaja. 

#3. Lada kering yang panjang dan berkilat

cili kering

Lada jenis ini juga licin dan berkilat seperti lada yang pertama tadi, namun ia lebih panjang dan kecil.

Bijinya juga lebih banyak selain mempunyai warna yang lebih pekat.

Lada jenis ini merupakan lada yang paling pedas dalam ketiga-tiga jenis lada.

Jika anda seorang yang tidak tahan dengan rasa pedas, anda perlu mengelakkan penggunaan lada jenis ini. 

Cara jadikan cili kering tak pedas

cili kering

Jika anda sudah terbeli lada kering yang sangat pedas, jangan sesekali membuangnya walaupun anda mungkin tidak tahan dengan rasa pedas.

Terdapat beberapa cara atau tip yang boleh membantu mengurangkan rasa pedas cili tersebut.

Ini yang boleh anda lakukan:

#1. Rebus dengan cuka

Jika cili kering terlalu pedas, rebus terlebih dahulu dalam air yang telah dicampurkan dengan cuka.

Caranya, masukkan air dan cuka ke dalam periuk dengan nisbah 3:1 dan rebus cili tersebut.

Setelah itu, tapiskan air dan cili boleh terus dimasak seperti biasa.

Namun, jika cili masih terasa pedas, masukkan cuka dan air dengan nisbah yang sama dan rendam sekurang–kurangnya satu jam.

Kaedah ini boleh mengurangkan rasa pedas lada tanpa merosakkan rasa unik lada. 

#2. Buang biji cili

Salah satu faktor utama yang menyebabkan cili terasa amat pedas adalah kerana bijinya.

Oleh itu, sebelum anda memasak lada kering, pastikan anda membuang bijinya terlebih dahulu sebelum direbus atau direndam dalam air panas.

Bagi cili yang terlalu pedas, pastikan anda memakai sarung tangan plastik sebelum memprosesnya agar tangan tidak terasa bahang. 

#3. Masak dengan susu, krim atau limau

Rasa pedas dalam lada juga boleh dikurangkan jika anda memasaknya dengan susu, yogurt atau krim.

Ini kerana, susu boleh membantu meneutralkan rasa pedas dalam cili. Susu boleh dicampurkan terus dalam masakan atau sebagai hidangan sampingan sahaja.

Selain susu, bahan berasid seperti limau juga boleh membantu mengurangkan rasa pedas cili kering.

Perahkan sedikit asam limau dalam hidangan yang terasa pedas.

Ia bukan sahaja mengurangkan rasa pedas tetapi juga menjadikan hidangan lebih enak.

Kesimpulan

Bagi hidangan seperti sambal nasi lemak, cili yang lebih pedas mungkin lebih sesuai digunakan kerana sambal hanya dimakan sedikit demi sedikit bersama nasi.

Jadi, rasa pedasnya masih boleh dikawal.

Namun, bagi hidangan yang berkuah seperti gulai, kari atau asam pedas, lebih baik menggunakan cili yang kurang pedas supaya tidak terasa bahang apabila dimakan.

Selamat mencuba!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Growing Chillies. https://www.gardenorganic.org.uk/sites/www.gardenorganic.org.uk/files/sns/factsheets/FactsheetChillies.pdf. Accessed on August 8, 2022.

Hot Peppers. https://www.acs.org/content/dam/acsorg/education/resources/highschool/chemmatters/archive/chemmatters-dec2013-pepper.pdf. Accessed on August 8, 2022.

How to Cool Your Mouth Down After Eating Spicy Food. https://www.houstonmethodist.org/blog/articles/2020/sep/how-to-cool-your-mouth-down-after-eating-spicy-food/. Accessed on August 8, 2022.

How to Make Your Food Less Spicy. https://utopia.org/guide/make-food-less-spicy/. Accessed on August 8, 2022.

Capsaicin: When the “Chili” Is Too Hot. https://www.poison.org/articles/capsaicin-when-the-chili-is-too-hot. Accessed on August 8, 2022.

Versi Terbaru

14/10/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Bila Boleh Berikan Bayi Makanan Pedas Seperti Kari? Ini Penjelasan Lengkap Untuk Anda

Ada Khasiat Makan Pedas Pada Kaum Adam, Katanya Boleh Bantu Rawat MATI PUCUK


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 14/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan