Ibu Hamil Suka Makan Pedas? Anda Mungkin Sama Macam Fazura, Tapi Tak Bahaya Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 22/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Mengidam adalah 1 perkara biasa semasa mengandung, namun bagaimana jika anda tiba-tiba sukakan makanan pedas ketika hamil?

Adakah terdapat kesan kepada kandungan?

Mengidam makanan pedas ketika hamil

Perubahan hormon sepanjang kehamilan mungkin akan memberi kesan kepada kehidupan anda, terutamanya melibatkan selera makan.

Ini seperti yang dilalui selebriti terkenal Nur Fazura yang baru-baru ini mengesahkan dirinya hamil empat bulan.

Dalam perkongsian berita kehamilannya, isteri kepada pelakon Fattah Amin ini memberitahu sejak mengandung dia menyukai masakan pedas.

Jadi apakah kesan pengambilan makanan yang pedas dan berempah semasa mengandung? Adakah ia selamat kepada ibu dan kandungan?

Selamat atau tidak makanan pedas ketika hamil?

makanan-pedas-ketika-hamil

Ya, makanan pedas yang diambil semasa mengandung adalah selamat sama ada untuk ibu atau kandungan.

Cuma ia mungkin akan mendatangkan ketidakselesaan, terutamanya jika anda tidak biasa dengannya.

Pakar perubatan bersetuju, makanan yang pedas adalah selamat diambil ketika sedang hamil, bahkan ia mungkin membantu bayi mengembangkan deria untuk sesetengah rempah. 

Walaupun kebanyakan hidangan makanan pedas dan berempah adalah selamat untuk dimakan ketika mengandung, namun anda dinasihatkan untuk mengelakkan hidangan daging yang tidak masak sepenuhnya serta makanan laut mentah.

Ikan yang tinggi kandungan merkuri juga harus dihindari kerana ia berisiko menyebabkan kecacatan kelahiran. 

Manakala berkaitan jumlahnya pula, anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya secara berlebihan.

Elakkan juga membeli masakan panas dari luar.

Baca juga:

Makanan pedas ketika trimester pertama

Walaupun risiko untuk mengalami keguguran adalah tinggi pada bulan-bulan pertama kehamilan, namun memakan makanan pedas ketika hamil tidak menjejaskan perkembangan kandungan. 

Makanan pedas ketika trimester kedua & ketiga

Pengambilan makanan pedas sewaktu trimester kedua mahupun ketiga boleh meningkatkan risiko mengalami pedih ulu hati serta asid refluks. 

Pada trimester ketiga, janin yang sedang membesar boleh menyebabkan asid perut kembali naik ke kerongkong.

Sudah tentu makanan yang pedas boleh memburukkan lagi keadaan.

Kesan pengambilan makanan pedas ketika hamil

Memakan makanan yang pedas dan berempah sewaktu mengandung boleh menyebabkan masalah pencernaan.

Ia boleh mencetuskan ketidakselesaan bagi wanita yang sedang berbadan dua.

Berikut merupakan antara 5 kesan pengambilan makanan yang berempah dan pedas:

  1. Mabuk pagi

Mabuk pagi seperti loya dan muntah adalah 1 perkara biasa yang dilalui oleh wanita yang sedang hamil.

Ini khususnya pada peringkat awal kehamilan yang disebabkan oleh perubahan tahap hormon.

Walau bagaimanapun, masalah tersebut mungkin boleh menjadi lebih teruk dan kronik kesan daripada pengambilan makanan yang pedas.

Jadi mungkin untuk trimester pertama anda boleh mengehadkan pengambilannya atau mengelakkan makanan pedas dan berempah untuk sementara waktu.

kesan pengambilan

  1. Alahan

Pengambilan makanan berlada seperti cili boleh menyebabkan simptom alahan kepada sesetengah ibu yang mengandung. 

Sekiranya anda pernah mengalami simptom alahan tersebut sebelum hamil, mengambilnya ketika mengandung bukanlah 1 pilihan yang bijak.

Walaupun makanan pedas bukanlah 1 jenis makanan yang perlu dihindari sepanjang berbadan dua, namun terdapat sebab mengapa anda mungkin perlu mengelakkannya.

Ini disebabkan kepekaan makanan (food sensitivity).

Ketika trimester ke-3, sesetengah jenis makanan boleh meningkatkan tahap kepekaan seperti makanan pedas, minuman berkarbonat dan sesetengah makanan biasa yang menyukarkan proses pencernaan.

  1. Kerengsaan rahim

Makanan pedas walaupun selamat untuk dimakan ketika mengandung, namun pengambilan rempah yang berlebihan atau sistem pencernaan yang sensitif boleh memberikan kesan kepada wanita hamil.

Bagi sesetengah wanita, masakan pedas boleh menyebabkan kerengsaan pada rahim atau usus.

Simptom utama berkaitan kerengsaan rahim adalah masalah kekejangan tidak terkawal pada otot rahim atau pada bahagian abdomen bawah.

Dalam kes yang jarang berlaku, ia boleh menyebabkan kontraksi pada serviks. 

Jika kandungan anda berusia kurang daripada 37 minggu dan mengalami simptom ini, anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.

Sekiranya ibu hamil menyedari mengalami keasidan, kembung atau kekejangan apabila makan makanan pedas, elakkan daripada terus mengambilnya.

makanan-pedas-ketika-hamil

  1. Pedih ulu hati

Risiko untuk mengalami masalah pedih ulu hati atau masalah pencernaan lain adalah tinggi semasa mengandung. 

Makanan yang pedas akan meningkatkan asid refluks dan boleh menjadi pencetus kepada masalah pedih ulu hati, terutamanya pada lewat tempoh kehamilan. 

Seandainya anda masih ingin mengambil makanan yang pedas dan berempah semasa hamil, pastikan anda menyediakan segelas susu bagi mengurangkan pedih ulu hati. Madu juga boleh mencegah risiko ini. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Betul Ke Vaksin COVID-19 Boleh Sebabkan Kesan Sampingan Kekal? 

Adakah suntikan vaksin COVID-19 boleh menyebabkan kesan sampingan? Benarkah terdapat 3,000 kesan sampingan vaksin bersifat kekal seperti yang diperkatakan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
COVID-19 11/02/2021 . 3 minit bacaan

Ada Khasiat Makan Pedas Pada Kaum Adam, Katanya Boleh Bantu Rawat MATI PUCUK

Lelaki yang suka makan pedas mempunyai paras testosteron yang tinggi. Makanan pedas juga dikatakan boleh merawat masalah mati pucuk.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Mati Pucuk 09/02/2021 . 3 minit bacaan

Bila Boleh Berikan Bayi Makanan Pedas Seperti Kari? Ini Penjelasan Lengkap Untuk Anda

Bolehkah saya beri bayi makanan yang mengandungi rempah ratus (pedas atau beraroma) setelah berusia 6 bulan dan ke atas? Ini jawapannya...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Bayi, Pemakanan Bayi 09/02/2021 . 3 minit bacaan

Buat Suami, Ini 7 Punca Yang Sebabkan Zakar Rasa Sakit Semasa Seks

Berasa sakit semasa seks? Sakit ketika seks yang dialami oleh kaum lelaki boleh menjadi petanda bagi beberapa keadaan. Artikel ini ada terangkannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Kesihatan Lelaki Lain 05/02/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

bila boleh buat pregnancy test

Jika Alami 9 Tanda Ini, Anda PATUT Buat Ujian Kehamilan, No. 1 & 5 Paling Biasa Terjadi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
asid dalam perut

Jika Ada 14 Tanda Ini, Bermakna Anda Alami Masalah Asid Refluks! Awas, Bayi Juga Berisiko

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan
cara menghilangkan pedih ulu hati dengan cepat

Nak Tahu Cara Atasi Pedih Ulu Hati? Jom Cuba 6 Kaedah Ini, Barulah Lega!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan
penyakit gastritis

Orang Gastrik Tak Boleh Minum Kopi? Ini 12 Makanan Boleh Ambil & Mesti Elak Jika Ada Gastritis

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan