backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Patuhi Cara Betul Makan Habbatus Sauda, Boleh Rawat 7 Masalah Ini, Rugi Tak Cuba!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/06/2024

Patuhi Cara Betul Makan Habbatus Sauda, Boleh Rawat 7 Masalah Ini, Rugi Tak Cuba!

Tahu tak dengan cara makan habbatus sauda yang betul, ia dapat membantu mengawal beberapa masalah kesihatan?

Habbatus sauda atau nama botaniknya nigella sative, turut dikenali sebagai jintan hitam (black cumin), black seed atau kalonji – adalah berasal daripada tumbuhan adas di Asia Tenggara.

Ayuh, teruskan pembacaan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Apa itu habbatus sauda?

Sebelum mengetahui khasiat habbatus sauda yang dapat memberikan manfaat kesihatan, jom kita fahami secara ringkas mengenai tumbuhan hebat ini.

Berdasarkan bukti arkeologi menunjukkan nigella sativa ini digunakan untuk tujuan masakan-terutamanya dalam masakan India dan Timur Tengah – serta perubatan.

Malah, dikatakan khasiat perubatan tumbuhan ini telah direkodkan seawal tahun 980 oleh pakar perubatan Islam Parsi, Avicenna. Menurut beliau cara makan habbatus sauda kapsul yang konsisten boleh merawat dyspnea – sesak nafas.

Cara makan habbatus sauda biji untuk manfaat kesihatan

Dalam perubatan tradisional, minyak habbatus sauda telah digunakan untuk merawat pelbagai keadaan kesihatan. Kesannya, ia kadangkala dirujuk sebagai ‘panacea’ – atau penyembuh sejagat.

Walaupun tidak semua kegunaan perubatannya dapat dibuktikan melalui kajian, namun minyak habbatus sauda dan sebatian tumbuhan ini telah dikaitkan dengan beberapa manfaat kesihatan.

cara makan habbatus sauda
Biji habbatus sauda.

#1. Tinggi antioksidan antara khasiat habbatus sauda

Minyak habbatus sauda tinggi thymoquinone, yang mempunyai kesan antioksidan  – sebatian tumbuhan membantu melindungi sel daripada kerosakan disebabkan oleh molekul tidak stabil dikenali sebagai radikal bebas dan antiradang yang kuat.

Antioksidan penting untuk kesihatan. Penyelidikan menunjukkan bahawa ia boleh mengurangkan keradangan dan melindungi daripada keadaan seperti penyakit jantung, penyakit Alzheimer dan kanser.

#2. Membantu merawat asma, antara kesan sampingan makan habbatussauda yang baik

Asma adalah keadaan kronik di mana lapisan saluran pernafasan membengkak dan otot sekelilingnya mengecut – kesannya anda akan sukar bernafas.

Berdasarkan penyelidikan, minyak habbatus sauda yang mengandungi thymoquinone boleh membantu dalam merawat asma dengan mengurangkan keradangan dan meregangkan otot di saluran pernafasan.

Dalam kajian terdapat 80 individu dewasa menghidap asma mendapati, khasiat habbatus sauda – pengambilan 500 mg kapsul 2x sehari selama 4 minggu – dapat meningkatkan kawalan asma dengan ketara.

kebaikan makan habbatus sauda
Inhaler untuk merawat penyakit asma.

Kesan sampingan makan habbatussauda #3. Membantu usaha menurunkan berat 

Kajian menunjukkan cara makan ubat habbatussauda untuk kurus yang betul boleh membantu mengurangkan indeks jisim badan (BMI) pada individu yang mengalami obesiti, sindrom metabolik atau diabetes jenis 2.

Kajian selama 8 minggu, melibatkan 90 wanita berumur 25-50 dengan obesiti diberi diet rendah kalori bersama plasebo atau 1 gram minyak habbatus sauda setiap hidangan makan.

Hasil menunjukkan mereka yang mengambil minyak kalonji kehilangan lebih banyak berat dan lilitan pinggang berbanding kumpulan plasebo. Kumpulan yang mengambil minyak juga mengalami peningkatan ketara dalam trigliserida dan paras kolesterol LDL (buruk).

Cara makan habbatus sauda #4. Menurunkan paras gula dalam darah

Bagi penghidap diabetes, paras glukosa tinggi secara konsisten terbukti meningkatkan risiko komplikasi masa depan seperti penyakit buah pinggang, penyakit mata dan strok.

Kebanyakan kajian menggunakan serbuk habbatus sauda dalam kapsul. Minyak daripada tumbuhan ini juga terbukti membantu menurunkan paras gula dalam darah.

Satu kajian terhadap 99 individu dewasa dengan diabetes jenis 2 mendapati sama ada pengambilan 1/3 sudu teh (1.5 mL) atau  3/5 sudu teh (3 mL) sehari minyak habbatus sauda selama 20 hari dapat mengurangkan tahap HbA1c dengan ketara, berbanding plasebo.

kesan habbatus sauda
Tip menjaga kesihatan buah pinggang.

#5. Mengawal tekanan darah dan paras kolesterol

Minyak habbatus sauda juga telah dikaji berpotensi dalam mengurangkan tekanan darah dan paras kolesterol.

Tekanan darah dan jumlah paras kolesterol LDL (buruk) yang tinggi adalah faktor risiko penting untuk penyakit jantung.

Satu kajian dalam 70 individu dewasa yang sihat menunjukkan bahawa pengambilan 1/2 sudu teh (2.5 mL) minyak habbatus sauda 2x sehari selama 8 minggu telah mengurangkan tahap tekanan darah dengan ketara, berbanding dengan plasebo.

Walaupun ini berita baik, namun penyelidikan keseluruhan mengenai minyak habbatus sauda dalam mengurangkan tekanan darah dan paras kolesterol adalah terhad. Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mengesahkan dos optimum.

#6. Cara makan habbatus sauda biji dapat melindungi kesihatan otak

Neuroinflammation ialah keradangan tisu otak dan dianggap faktor yang menyebabkan perkembangan penyakit seperti Parkinson dan Alzheimer.

Satu penyelidikan melibatkan 40 individu dewasa lebih berusia yang sihat mendapati peningkatan ketara dalam ukuran ingatan, fokus dan kognisi selepas mengambil 500 mg kapsul nigella sative 2x sehari selama 9 minggu.

#7. Cara makan habbatus sauda kapsul yang teratur dapat merawat masalah kulit dan rambut

Minyak habbatus sauda juga biasanya digunakan secara topikal untuk membantu pelbagai keadaan kulit dan melembapkan rambut.

Kesan antimikrob dan antiradang tumbuhan ini dipercayai boleh merawat beberapa keadaan kulit seperti:

  • Jerawat 
  • Ekzema 
  • Kulit kering umum
  • Psoriasis 

Terdapat dakwaan bahawa kesan sampingan makan habbatussauda juga boleh membantu melembapkan rambut dan mengurangkan kelemumur, namun malangnya tiada kajian klinikal menyokong dakwaan ini.

Perhatian!

Sebelum mencubanya, pastikan anda mendapatkan nasihat pakar untuk mengetahui dos dan cara makan habbatus sauda yang bersesuaian dengan keadaan diri.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan