home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Tulisan Mak Atau Ayah Anda Jadi Makin Kecil Dan Sukar Dibaca? Jaga-jaga, Ini Tanda Parkinson!

Tulisan Mak Atau Ayah Anda Jadi Makin Kecil Dan Sukar Dibaca? Jaga-jaga, Ini Tanda Parkinson!

Penyakit Parkinson merupakan sebuah penyakit yang tidak ada ubatnya. Ramai yang mengenali penyakit Parkinson dengan salah satu simptom yang lazim iaitu tangan menggeletar dan pergerakan badan yang perlahan.

Sebenarnya, ada banyak lagi simptom Parkinson selain tangan menggeletar. Untuk pengetahuan anda, individu yang menghidap Parkinson akan mengalami masalah untuk mengimbangkan badan. Percakapan mereka juga akan jadi terbatas.

Selalunya, orang yang menghidap Parkinson akan bercakap dengan perlahan dan meleret-leret. Mereka juga mungkin akan teragak-agak sebelum bercakap.

Walau bagaimanapun, ada satu lagi simptom penyakit Parkinson yang ramai orang tidak tahu.

Pesakit Parkinson akan mengalami perubahan dari segi tulisan ketika menulis. Selain mengalami kesukaran untuk menulis, tulisan mereka juga akan jadi lebih kecil daripada biasa.

Tapi mengapa? Ingin tahu lebih lanjut? Jom ikuti artikel kami di bawah.

Tulisan kecil tanda penyakit Parkinson

tanda parkinson

Micrographia, ataupun tulisan tangan kecil yang tidak normal merupakan salah satu simptom lazim untuk penyakit Parkinson.

Simptom ini juga merupakan salah satu simptom yang mudah untuk dikenal pasti dan salah satu tanda awal penyakit Parkinson.

Pesakit yang mempunyai simptom ini selalunya mempunyai tulisan yang rapat-rapat.

Kadangkala, pesakit Parkinson akan memulakan tulisan mereka dengan huruf yang bersaiz normal. Tulisan mereka kemudiannya akan menjadi semakin kecil hinggalah ke penghujung ayat.

Walau bagaimanapun, bukan semua pesakit Parkinson akan mengalami micrographia. Namun, kondisi ini didapati berlaku kepada 1/2 pesakit Parkinson.

Aktiviti menulis memerlukan kawalan pergerakan motor yang baik. Disebabkan penyakit yang dihidapi, mereka akan mengalami gangguan akan mempengaruhi kualiti tulisan tangan mereka.

Menurut Ahli Neurologi, Camilla Kilbane, tulisan seseorang boleh berubah jika individu itu mengalami penyakit seperti Parkinson, ataxia ataupun kekejangan akibat terlalu banyak menulis.

Tulisan tangan yang menggeletar dan tidak kemas merupakan tanda pesakit mengalami tremor ataupun tangan yang menggeletar.

Bagaimana hendak buatkan pesakit Parkinson lebih selesa untuk menulis?

tanda parkinson

Menulis merupakan salah satu aktiviti yang dilakukan setiap hari. Pesakit Parkinson yang sukar untuk menulis akan alami kesukaran untuk melakukan aktiviti seperti mengisi borang di bank ataupun di pejabat pos.

Mereka juga sukar untuk menulis cek dan membuat senarai untuk membeli-belah. Jika tulisan menjadi semakin kecil dan sukar untuk dibaca, anda mungkin boleh guna teknologi seperti telefon bimbit ataupun tablet untuk menaip.

National Parkinson Foundation mencadangkan beberapa cara untuk memudahkan pesakit Parkinson untuk menulis. Sebagai contoh, mereka boleh:

  1. Menulis secara perlahan-lahan. Cuba tulis huruf satu persatu.
  2. Gunakan pemegang pen ataupun pen grip. Pemegang pen ini selalunya dijual di kedai alat tulis. Pemegang ini berbentuk bulat ataupun segitiga dan diperbuat daripada getah.
  3. Gunakan kertas yang bergaris supaya anda dapat menulis dengan lebih baik.
  4. Gunakan pen mata bola untuk kawalan yang lebih baik.
  5. Berehat jika tangan rasa penat ketika menulis.
  6. Elakkan menulis jika rasa tertekan.
  7. Banyakkan berlatih menulis. Jangan paksa diri dan rehat jika diperlukan.

Anda mungkin berminat:

Cuba pejam mata semasa menulis

Disebabkan masalah menulis ini akan mempengaruhi tanda tangan seseorang, penting untuk pesakit Parkinson mengekalkan kesahihan tanda tangan mereka.

Salah satu cara untuk mengurangkan micrographia adalah dengan memejamkan mata semasa menulis.

Menurut sebuah kajian, perbuatan menutup mata semasa menulis berupaya untuk membuatkan tulisan pesakit Parkinson jadi stabil dan semakin besar.

Walau bagaimanapun, teknik ini hanya mampu membantu pesakit Parkinson yang tidak mengambil ubat-ubatan.

Jika ibu bapa anda ataupun anda sendiri menghadapi masalah ketika ingin menandatangani dokumen penting, cuba tutup mata semasa menulis. Anda pasti akan nampak perbezaannya!

Kesimpulan

tanda parkinson

Hingga ke hari ini, masih belum ada sebarang penawar untuk penyakit Parkinson. Pakar juga tidak menemui sebarang jalan untuk memperlahankan perkembangan penyakit ini.

Namun, ada kajian yang menunjukkan bahawa individu yang suka minuman berkafein seperti teh, kola dan juga kopi kurang menghidap penyakit Parkinson.

Walau bagaimanapun, tidak ada bukti yang mencukupi untuk membuktikan minuman berkafein mampu memberikan pelindungan terhadap penyakit Parkinson.

Selain simptom motor, pesakit Parkinson juga boleh mengalami simptom lain seperti depresi, sukar untuk mengunyah atau menelan, masalah untuk membuang air kecil, masalah kulit, dan masalah tidur.

Mereka juga boleh rasa sakit akibat penyakit Parkinson yang mereka alami.

Namun, simptom yang paling ketara ialah masalah kognitif yang dialami pesakit seperti masalah memori dan juga cara berfikir yang semakin merosot.

Jika anda ataupun ibu bapa anda mempunyai penyakit Parkinson, bersenam merupakan salah satu cara yang boleh bantu mengawal penyakit ini.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. [email protected] 2018. What Your Handwriting May Say About Your Health. May 8. Accessed September 24, 2020. https://www.uhhospitals.org/Healthy-at-UH/articles/2018/05/what-your-handwriting-may-say-about-your-health.
  2. Mayo Clinic. 2020. Parkinson’s disease. August 7. Accessed September 24, 2020. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/parkinsons-disease/symptoms-causes/syc-20376055.
  3. Ondo, William G., and Pankaj Satija. 2007. “Withdrawal of visual feedback improves micrographia in Parkinson’s disease.” Mov Disord 2130-2131. doi:10.1002/mds.21733.
  4. Parkinson’s Foundation. n.d. 10 Early Signs of Parkinson’s Disease. Accessed September 24, 2020. https://www.parkinson.org/understanding-parkinsons/10-early-warning-signs.
  5. ParkinsonsDisease.net. 2017. Symptoms – Micrographia. February 28. Accessed September 24, 2020. https://parkinsonsdisease.net/symptoms/micrographia-handwriting/.
  6. Thomas, Mathew, Abhishek Lenka, and Pramod Kumar Pal. 2017. “Handwriting Analysis in Parkinson’s Disease: Current Status and Future Directions.” Movement Disorders Clinical Practice 806-818. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6174397/.
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak pada 05/10/2020
x