backup og meta

Boleh Ke Didihkan Air Guna Microwave? Ada Cara Selamat Yang Patut Anda Ambil Tahu Dulu!

Boleh Ke Didihkan Air Guna Microwave? Ada Cara Selamat Yang Patut Anda Ambil Tahu Dulu!

Selalunya kita akan gunakan microwave untuk memanaskan makanan. Tetapi adakah ia sesuai digunakan untuk didihkan air? Persoalan paling penting, adakah kita boleh melakukannya?

Ketuhar gelombang mikro

Microwave atau ketuhar gelombang mikro merupakan satu peralatan rumah yang dicipta pada tahun 1940-an. Ia memudahkan dan mempercepatkan tugasan rumah, serta boleh digunakan untuk pelbagai perkara. 

Walau bagaimanapun, isu mengenai kesan ketuhar gelombang mikro terhadap kesihatan masih menjadi kontroversial. Sehingga kini tiada bukti konklusif menunjukkan bahawa gelombang mikro mempunyai kesan yang boleh mengakibatkan kanser. Jadi penggunaan microwave boleh dianggap sebagai peralatan elektrik yang selamat untuk digunakan.

Didihkan air guna ketuhar gelombang mikro

Apa yang berlaku jika menggunakan ketuhar gelombang mikro ini untuk mendidihkan air? Ketuhar gelombang mikro akan menggunakan gelombang elektromagnetik yang bergerak pantas dan ia akan menyebabkan terhasilnya geseran antara molekul air untuk menghasilkan haba.

Terdapat satu kajian yang mengesahkan bahawa kepelbagaian suhu dalam ketuhar gelombang mikro ini boleh mempengaruhi sifat-sifat air sekali gus memanaskan air hingga ke suhu mendidih. 

Hasil kajian itu mendapati gelombang elektromagnet dalam ketuhar gelombang mikro memanaskan molekul air secara rawak. Ini bermakna jika dipanaskan untuk tempoh yang sepatutnya, mungkin akan wujud lapisan air mendidih di bawah air sejuk.

Jadi secara ringkasnya, anda boleh didihkan air menggunakan microwave tetapi pastikan anda mengacau air tersebut sebelum menggunakannya. Malahan anda juga digalakkan untuk menggunakan cawan yang dikhaskan untuk kegunaan ketuhar gelombang mikro. 

Cara selamat mendidihkan air

Berikut adalah enam cara mudah yang boleh anda ikuti untuk mendidihkan air menggunakan ketuhar gelombang mikro:

  1. Gunakan mangkuk khusus untuk microwave. Mangkuk seramik atau kaca adalah pilihan terbaik.
  2. Tuangkan air ke dalam bekas yang tidak bertutup. Jangan tutup bekas tersebut.
  3. Panaskan dalam tempoh yang pendek. Kacau selang 1-2 minit sehingga air mendidih.
  4. Ketuk sisi mangkuk untuk memeriksa sama ada terlebih panas atau tidak. Tindakan ini juga dapat mengganggu molekul haba dan membebaskan haba yang terperangkap.
  5. Keluarkan bekas tersebut dengan berhati-hati. Anda boleh gunakannya untuk pelbagai kegunaan seperti membancuh teh, coklat panas ataupun kopi. 

Akhir kata

Jika anda ingin menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk didihkan air, pastikan anda menggunakan cara dan kaedah yang betul. Berhati-hati sewaktu mengendalikan air panas daripada microwave untuk mengelakkan sebarang kecederaan yang tidak diingini. 

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.healthline.com/nutrition/boil-water-in-microwave /Accessed on Nov 19, 2019

https://www.thekitchn.com/fact-or-fiction-exploding-wate-109388  /Accessed on Nov 19, 2019

https://scienceillustrated.com.au/blog/science/ask-us-why-is-it-dangerous-to-heat-water-in-the-microwave/  /Accessed on Nov 19, 2019

 

Versi Terbaru

24/09/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Rahsia Untuk Cepat Tambah Berat Badan, Amalkan 5 Jenis Makanan Sihat Ini!

Mengapa Orang Dewasa Perlu Minum Susu Tepung? Ini 4 Khasiatnya Ramai Orang Tak Tahu


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/09/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan