home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Benarkah Lebih Banyak Duit, Lebih Banyak Makanan Segera yang Anda Makan?

Benarkah Lebih Banyak Duit, Lebih Banyak Makanan Segera yang Anda Makan?

Stereotaip mungkin menganggap bahawa orang miskin makan lebih banyak makanan segera (fast food) berbanding orang kaya. Walau bagaimanapun, tanggapan ini adalah tidak benar.

Berdasarkan laporan baru mengenai pengambilan makanan segera penduduk Amerika daripada Pusat Kawalan Penyakit, seseorang sebenarnya memakan banyak makanan segera seiring dengan peningkatan tahap pendapatan.

Laporan ini berdasarkan data daripada National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES), yang menggunakan gabungan wawancara dan pemeriksaan fizikal untuk menilai keadaan kesihatan Amerika. Daripada kira-kira 10,000 orang dewasa yang ditinjau, lebih dari satu pertiga makan makanan segera, yang bermaksud sesuatu yang mereka diklasifikasikan sebagai “restoran makanan segera/pizza” pada mana-mana hari tertentu.

Berikut adalah peratusan pengambilan makanan segera mengikut jantina dan tahap pendapatan.

Peratusan orang dewasa yang makan makanan segera meningkat dengan peningkatan pendapatan. Kira-kira 32 peratus (%) orang yang memperoleh kurang daripada 130% garis kemiskinan persekutuan (FPL) – $32,630 (RM133,456.70) setahun untuk satu daripada empat keluarga yang memakan makanan segera setiap hari. Tetapi 42 peratus orang di atas 350% FPL- $112,950 (RM461,965.50) setahun atau lebih untuk keluarga saiz itu, adalah pengguna harian.

Pengambilan makanan segera dipengaruhi oleh umur dan masa

Penyelidik juga mendapati penggunaan makanan segera cenderung menurun dengan usia. Mereka yang berumur antara 20 hingga 39 tahun adalah yang paling mungkin untuk makan makanan segera pada hari tertentu.

Kajian dari ahli ekonomi Jay Zagorsky dan Patricia K. Smith melihat kebiasaan makanan segera dalam kalangan rakyat Amerika pada usia 40-an dan 50-an mendapati orang berpendapatan rendah kurang berkemungkinan makan makanan segera berbanding orang kelas pertengahan,

Jadi jika ia bukannya kekurangan wang, apakah yang mendorong penggunaan makanan segera? Ia mungkin kekurangan masa. Zagorsky dan Smith mendapati bahawa lebih banyak jam seseorang bekerja, semakin besar kemungkinan mereka makan makanan segera.

Sudah tentu, banyak alasan yang sering diberikan oleh orang miskin yang mungkin makan lebih banyak makanan segera. Tetapi fakta sebenarnya adalah ia murah dan padat dengan kalori, tidak memerlukan masa untuk memasak, sangat berpatutan, lebih mudah diperoleh berbanding makanan segar. Dan semua perkara itu benar.

Bagaimanapun, pakar-pakar terus memberi amaran bahawa makanan segera sering kali tinggi kandungan natrium dan kalori manakala nilai pemakanan yang rendah.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

More than 1 in 3 US adults eat fast food daily, study finds http://www.wect.com/2018/10/03/more-than-adults-eat-fast-food-daily-study-finds/ Accessed on Mac 13, 2019.

The more money you make, the more fast food you eat https://www.vox.com/the-goods/2018/10/24/18018544/fast-food-cdc-class-rich-people Accessed on Mac 13, 2019.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 14/07/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor