Sejak India mengehadkan eksport berasnya ke luar negara beberapa bulan lalu, harga beras 10 kg jenis import mula mengalami kenaikan yang agak ketara.
Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.
Sejak India mengehadkan eksport berasnya ke luar negara beberapa bulan lalu, harga beras 10 kg jenis import mula mengalami kenaikan yang agak ketara.

Memandangkan beras adalah makanan ruji rakyat Malaysia, mahu tidak mahu ia masih perlu dibeli walaupun dengan harga yang agak tinggi.
Namun, anda masih mempunyai pilihan untuk mendapatkan bekalan beras dengan harga yang lebih rendah.
Kami senaraikan beberapa penjual yang menjual beras dengan harga yang agak berpatutan seperti di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Situasi semasa di Malaysia mencatatkan kenaikan harga beras yang ketara. Fenomena ini disebabkan oleh beberapa faktor.
Pertama, berlakunya peningkatan kos pengeluaran yang melibatkan harga baja, tenaga kerja dan kos pengangkutan.
Selain itu, perubahan cuaca dan iklim juga mempengaruhi hasil tanaman padi, yang secara langsung mempengaruhi bekalan beras di pasaran.

Bukan itu sahaja, faktor global seperti kenaikan harga minyak dan isu logistik juga memberi impak kepada harga beras.
Ia juga berkait rapat dengan kesan larangan eksport beras oleh Kerajaan India yang menyebabkan stok beras import di Malaysia semakin berkurangan.
Oleh itu, tidak pelik mengapa harga beras import semakin meningkat di Malaysia.
Walaupun kami tidak menjamin kesemua penjual di bawah ini menjual dengan harga termurah, namun harga yang ditawarkan ini masih dalam kategori harga beras jati 10 kg paling murah.
Memilih beras yang sesuai adalah penting untuk memastikan keluarga anda mendapat nutrisi yang cukup dan menikmati hidangan yang lazat.
Jadi, adalah penting untuk mempertimbangkan faktor seperti tekstur, rasa dan nilai nutrisi semasa memilih beras.
Setiap jenama menawarkan ciri-ciri unik dan kelebihan tersendiri, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pelbagai keperluan dan selera anda sekeluarga.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Harga-Harga Maksimum Beras Jualan Secara Runcit dan Borong. https://portalelesen.kpkm.gov.my/upload/Gred_Beras.pdf. Diakses pada Oktober 2, 2023.
Harga Beras Tempatan Kekal. https://www.lpp.gov.my/article/view/harga-beras-tempatan-kekal. Diakses pada Oktober 2, 2023.
Kerajaan Jamin Harga Beras Tempatan Tidak Naik. https://www.penerangan.gov.my/japenv2/index.php/2023/09/21/kerajaan-jamin-harga-beras-tempatan-tidak-naik/. Diakses pada Oktober 2, 2023.
Aduan Berkenaan Harga Beras Diterima KPDN. https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/70424-47-aduan-berkenaan-harga-bekalan-beras-diterima-kpdn. Diakses pada Oktober 2, 2023.
Akta Kawalan Padi dan Beras 1994. https://lom.agc.gov.my/ilims/upload/portal/akta/LOM/EN/Act%20522.pdf. Diakses pada Oktober 2, 2023.
Versi Terbaru
12/08/2024
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor