backup og meta

Baru Beli Microwave? Jom Belajar Cara Cuci Dan Menggunakannya Dengan Betul!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 03/02/2023

    Baru Beli Microwave? Jom Belajar Cara Cuci Dan Menggunakannya Dengan Betul!

    Anda baru beli ketuhar gelombang mikro baharu? Tidak pasti akan fungsi dan cara guna microwave oven?

    Jangan risau, ketuhar ini sangat mudah untuk digunakan. Walau bagaimanapun, jika tidak berhati-hati, anda boleh mengalami kecederaan kecil disebabkan cara penggunaan yang tidak betul.

    Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai cara guna microwave dan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk membersihkannya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Bagaimanakah microwave berfungsi?

    gelombang mikro

    Seperti namanya, ketuhar gelombang mikro akan menjana gelombang radiasi elektromagnetik untuk memasak atau memanaskan makanan.

    Gelombang ini akan menyebabkan molekul air dalam makanan bergetar. Getaran ini pula akan menjana haba yang akan memasak makanan.

    Walaupun gelombang yang dihasilkan dikenali sebagai gelombang radiasi elektromagnetik, namun ia tidak sama dengan gelombang yang dihasilkan oleh mesin X-ray.

    Malah, ia juga tidak akan mendatangkan mudarat terhadap kesihatan atau mengubah sel pada badan manusia.

    Gelombang ini dihasilkan oleh sejenis tiub vakum yang dikenali sebagai magnetron. Ia boleh melepasi kertas serta plastik namun akan diserap oleh makanan.

    Cara guna microwave atau ketuhar gelombang mikro   

    gelombang mikro

    Langkah 1: Setiap jenama mempunyai cara penggunaannya yang tersendiri. Oleh sebab itu, anda perlu baca manualnya sebelum guna. Selalunya, dalam buku sudah tertulis segala program yang boleh anda gunakan, cara untuk membersihkannya dan banyak lagi info lain yang mungkin berguna.

    Langkah 2: Pasangkan microwave anda. Elakkan penggunaan extension wire. Selepas membaca manual, anda akan ketahui masa yang diperlukan untuk memasak makanan tertentu. Anda boleh set masa dengan menekan butang pada ketuhar atau memusingkan tombol.

    Langkah 3: Gunakan pinggan, sudu dan garpu yang selamat untuk digunakan di dalam ketuhar. Jika tidak, ia mungkin akan menyebabkan microvawe anda rosak.

    Langkah 4: Jangan letakkan apa-apa di atas ketuhar anda.

    Langkah 5: Gunakan penutup yang diperbuat daripada plastik untuk menutup makanan. Jika tidak, makanan mungkin akan merecik ke semua tempat.

    Langkah 6: Panaskan makanan. Letakkan makanan di tengah-tengah ketuhar. Makanan lebih cepat masak jika diletakkan di tengah-tengah.

    Langkah 7: Jangan buka pintu microwave sehinggalah makanan sudah siap dimasak. Gunakan butang start/stop sekiranya anda ingin menghentikannya.

    Langkah 8: Panaskan makanan yang boleh dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro. Jangan panaskan salad di dalam microwave. Elakkan memanaskan makanan yang sudah lama kerana ia mungkin dapat menyebarkan bakteria.

    Langkah 9: Cuci microvawe dengan kerap. Jangan gunakan gel atau semburan di dalam ketuhar.

    Baca juga:

    Cara bersihkan ketuhar gelombang mikro

    cara guna microwave

    Sebelum cuci ketuhar anda, pastikan anda cabut plugnya terlebih dahulu. Kemudian, lap bahagian luar microwave dengan kain bersih yang lembap.

    Ada beberapa langkah untuk membersihkan microwave. Antaranya:

    1. Menggunakan cuka

    Ada banyak cara untuk bersihkan ketuhar gelombang mikro. Salah satu cara yang popular adalah menggunakan cuka. Di bawah, kami akan terangkan cara bersihkan microwave dengan mudah!

    1. Campurkan 2 sudu cuka dan 2 cawan air dalam mangkuk yang boleh digunakan dalam microwave.
    2. Panaskan campuran ini selama 5 minit. Ia mungkin akan mendidih sedikit.
    3. Tunggu 10 minit sebelum membuka pintu microwave. Gunakan sarung tangan untuk memegang mangkuk.
    4. Cabut plat gelas dan lap dengan kain bersih.
    5. Lap kawasan dalam microwave. Pastikan tidak ada cecair yang tertinggal. Jika ada kesan yang degil di dalam ketuhar, anda boleh gunakan span dan lap sehingga kesan tersebut tanggal.
    6. Pasang kembali plat gelas pada tempatnya.

    2. Cuci menggunakan sabun pinggan

    1. Campur beberapa titik sabun basuh pinggan dan air bersih di dalam mangkuk. Gunakan span atau kain bersih mengikut kesukaan anda.
    2. Cabut plat gelas dan lap dengan kain tadi. Anda juga boleh basuh seperti biasa, sama seperti anda membasuh pinggan.
    3. Gunakan span untuk cuci kawasan dalam microwave. Mulakan cucian dari atas.
    4. Kemudian, lap hingga kering. Masukkan kembali plat gelas dalam ketuhar.

    Siap! Mudah bukan. Selamat mencuba!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 03/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan