Selama sebulan, semua umat Islam akan menempuhi berpuasa; menahan lapar dan dahaga untuk tempoh lebih 12 jam dan mungkin lebih daripada itu bagi sesetengah tempat dan tips penjagaan kesihatan sepenjang bulan Ramadan yang bakal dikongsikan dapat membantu anda menjalani pengalaman berpuasa lebih baik.
Sememangnya bulan puasa memberikan pelbagai manfaat kesihatan, tetapi ia hanya akan diperolehi jika penjagaan kesihatan harian juga dilakukan dengan cara yang menyihatkan.
Tips penjagaan kesihatan
- Jadual waktu makan
Kebiasaannya, kita akan mengambil hidangan makanan sebanyak tiga kali sehari.
Dan untuk bulan Ramadan, walaupun ada perbezaan waktu, anda seharusnya tetap mengambil tiga kali hidangan makanan, di mana pengambilan sahur adalah diibaratkan seperti sarapan, waktu berbuka puasa adalah untuk makan tengahari dan hidangan makan malam adalah pengambilan moreh, atau selepas bertarawih, tetapi jumlah pemakanan yang diambil haruslah berpatutan dan tidak berlebih-lebihan.
Dan sebaiknya, tips penjagaan kesihatan yang baik pada bulan puasa ialah dengan pengambilan makanan yang tidak terlalu berat.
Pembahagian waktu pengambilan makanan adalah penting untuk memberikan badan peluang untuk mencerna makanan dengan sempurna dan mengelakkan sebarang masalah kepada sistem pencernaan.
Makanlah secara perlahan ketika berbuka puasa, usah gelojoh atau makan dengan cepat, kerana perbuatan ini berisiko menyebabkan perut menjadi kembung.
- Berbuka dengan makanan manis
Sememangnya ia merupakan satu perkara sunnah yang amat digalakkan untuk dilakukan ketika berbuka puasa.
Namun, pemilihan makanan manis itu haruslah bersesuaian dan tidak mengandungi kandungan gula yang terlalu tinggi.
Ini kerana pengambilan makanan yang terlalu manis boleh mengakibatkan peningkatan kadar gula dalam darah meningkat secara mendadak.
Malahan, makanan yang terlalu manis boleh menurunkan keinginan untuk memakan makanan lain, yang lebih seimbang dan boleh memberikan lebih tenaga.
Jadi sebaiknya, mengambil buah-buahan manis, seperti kurma, mangga, tembikai, atau sebarang jus buah tanpa kandungan gula tinggi, pastinya menjadi pilihan yang lebih baik.
- Jumlah makanan
Ia adalah sesuatu yang biasa berlaku apabila berbuka puasa, jumlah makanan yang diambil adalah dalam kuantiti yang terlalu banyak.
Selalunya rasa lapar ketika berpuasa itu yang menyebabkan nafsu makan membuak-buak.
Sedangkan, ia adalah tindak yang sangat tidak menyihat, bukan sahaja kepada kesihatan tetapi juga kepada badan.
Seharian berpuasa menyebabkan perut berada dalam keadaan kosong, dan memakan makanan dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan kejutan kepada perut.
Ini sekali gus meningkatkan risiko untuk perut menjadi kembung dan cirit-birit. Jadi amalan yang terbaik ketika berbuka puasa, adalah dengan mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit dan makanan yang tidak terlalu berat, seperti nasi.
- Bersenam
Melakukan aktiviti fizikal pada waktu siang ketika masih berpuasa mungkin akan menyebabkan anda mengalami dehidrasi akibat peluh yang keluar dan keletihan.
Tetapi berpuasa tidak bermakna anda harus melupakan terus aktiviti senaman anda selama sebulan.
Jika sebelum ini anda gemar bersenam pada waktu petang, mungkin pada bulan Ramadan ini, anda boleh melakukan aktiviti fizikal yang anda gemari selepas berbuka.
Sebaiknya satu atau dua jam selepas berbuka. Ini untuk membolehkan makanan yang anda ambil ketika berbuka dapat dicernakan dan memberikan anda tenaga untuk bersenam.
[embed-health-tool-bmr]