backup og meta

Ini 3 Resipi Cempedak Goreng Pasti Rangup Walaupun Sudah Sejuk! Boleh Cuba Buat Petang Nanti

Ini 3 Resipi Cempedak Goreng Pasti Rangup Walaupun Sudah Sejuk! Boleh Cuba Buat Petang Nanti

Bau cempedak goreng pasti memikat selera sesiapa sahaja yang menghidunya. Menu cempedak goreng amat sesuai dibuat sebagai kudapan minum petang atau sarapan pagi. Ingin tahu resepi cempedak goreng simple dan sedap? Kami berikan kepada anda beberapa resepi cempedak goreng rangup walaupun sejuk yang boleh anda cuba di rumah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Buah cempedak, menu klasik memikat selera

Buah cempedak goreng merupakan antara menu atau kuih-muih klasik yang sangat digemari oleh pelbagai lapisan usia.

Jika ia sedang digoreng, buah ini akan mengeluarkan bau semerbak yang sangat wangi sehingga boleh menarik orang untuk makan atau membelinya. Namun begitu, cempedak goreng ini agak sukar untuk dijumpai tidak seperti pisang goreng atau keropok lekor.

Ini kerana, buahnya adalah jenis buah yang bermusim dan tidak boleh didapati sepanjang tahun.

resepi cempedak goreng

Selain itu, ia juga dijual dengan harga yang agak tinggi. Apa kata anda buat sendiri di rumah kerana ia lebih murah dan lebih puas dimakan.

Lihat 3 resepi cempedak goreng viral di bawah ini.

#1. Resepi cempedak goreng simple stail ‘Buat Orang Lapo’

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • ⅓ cawan tepung beras
  • 1 cawan air
  • 3 sudu besar minyak masak yang telah dipanaskan
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Buah cempedak

Cara-caranya:

  1. Masukkan kesemua tepung gandum dan tepung beras ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan sekali serbuk kunyit dan juga garam.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit agar tepung dapat digaul dengan sebati. Jika tepung terlalu kental, tambahkan sedikit air. 
  4. Sambil anda membancuh tepung, panaskan minyak di dalam kuali untuk menggoreng.
  5. Apabila minyak telah panas, masukkan 3 sudu besar minyak tersebut ke dalam bancuhan tepung dan kacau sehingga rata.
  6. Setelah itu, ambil buah cempedak dan celupkan ke dalam tepung satu persatu.
  7. Masukkan ke dalam kuali sebiji demi sebiji untuk mengelakkan ia melekat.
  8. Goreng sehingga tepung masak dan rangup.
  9. Angkat, toskan dan siap untuk dihidang.

#2. Resepi cempedak goreng rangup walaupun sejuk cara Azie Kitchen

resepi cempedak goreng

Bahan-bahan:

  • 2 senduk tepung beras
  • Setengah atau 1 senduk tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar mentega atau marjerin
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Air 
  • Buah cempedak

Cara-caranya:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar atau blender dan kisar. 
  2. Untuk sukatan air, masukkan satu cawan air terlebih dahulu. Jika bancuhan tepung tersebut masih kental atau agak likat, tambah lagi sedikit air dan sambung mengisar.
  3. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
  4. Ambil buah cempedak yang telah dikupas dan celupkan ke dalam adunan tersebut.
  5. Goreng dengan api sederhana sehingga masak sempurna dan agak garing.
  6. Angkat, toskan minyaknya dan siap untuk dihidang. 

#3. Cempedak goreng rangup resipi Che Nom

resepi cempedak goreng

Bahan-bahan

  • 1 ½ cawan tepung beras
  • ¼ cawan tepung gandum
  • 1 biji telur ayam
  • ½ sudu kecil soda bikarbonat
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • Air
  • Buah cempedak

Cara-caranya: 

  1. Campurkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit, garam dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan telur dan tuangkan air sedikit demi sedikit.
  3. Kacau adunan sehingga benar-benar sebati dan tercampur rata.
  4. Jika terlalu pekat, tambahkan lagi air. Jika adunan terlalu cair, tambahkan sedikit tepung.
  5. Panaskan minyak dalam kuali.
  6. Celupkan buah cempedak ke dalam adunan dan goreng. 
  7. Gunakan api dapur sederhana besar dan gorengkannya sehingga garing. 
  8. Angkat, toskan dan siap untuk dimakan. 

Kesimpulan

Resipi cempedak goreng ini sememangnya enak.

Peringatan!

Namun, tidak disarankan untuk dimakan selalu kerana kaedah memasaknya yang banyak menggunakan minyak dan digoreng secara deep fry.

Walaupun begitu, anda masih boleh makan buah cempedak segar yang baru dikopek setiap hari dengan kuantiti yang sepatutnya.

Ia jauh lebih segar, sedap dan juga sihat. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Cempedak Goreng. https://ewarta.mara.gov.my/2018/08/10/cempedak-goreng-di-kaki-busana-menara-mara-laku-keras/. Accessed on January 27, 2023. 

Cempedak. https://jpn.penang.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=61:cempedak-sp-31896&catid=23&Itemid=54&lang=ms. Accessed on January 27, 2023.

Senarai Kalori Bagi Makanan dan Minuman. https://nutrition.moh.gov.my/wp-content/uploads/2018/02/BeSS_Bank%20Calorie%20Bahagian%20Pemakanan.pdf. Accessed on January 27, 2023.

Chempedak – Artocarpus integer. https://www.growables.org/information/TropicalFruit/Chempedak.htm. Accessed on January 27, 2023.

10 Surprising Health Benefits Of Jackfruit You Need To Know. https://www.lifehack.org/317644/10-surprising-health-benefits-jackfruit-you-need-know. Accessed on January 27, 2023.

Versi Terbaru

11/09/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Menakjubkan! 6 Jenis Buah Ini Boleh Buat Jerawat Anda Kecut, Pudar Dan Hilang!

5 Buah Ini Memang Sedap Kalau Buat Salad, Bonus: Resipi Salad Buah Mudah & Lazat!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 11/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan