Panduan Berpuasa Bagi Pesakit Gastrik

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Puasa menyebabkan pola makan berubah, dari yang awalnya tiga kali sehari menjadi dua kali sehari. Perubahan pola makan ini menyebabkan terjadinya perubahan fisiologi tubuh, seperti penurunan berat badan pada minggu awal berpuasa, dan peningkatan asid di dalam perut semasa perut kosong, terutamanya di siang hari. Asid perut yang berlebihan boleh menyebabkan keradangan perut yang disebut sebagai pedih hulu hati atau dispepsia. Simptom yang boleh berlaku kepada pesakit gastrik antaranya adalah pedih ulu hati, loya, muntah, kembung, dan lain-lain.

Pedih ulu hati boleh dibahagikan kepada dua jenis: fungsional dan organik. Klasifikasi ini boleh dikenal pasti setelah pesakit melakukan pemeriksaan endoskopi (teropong saluran penghadaman atas). Bagi pesakit gastrik organik terdapat gangguan organ penghadaman seperti luka di perut, usus halus, atau organ lain, sedangkan bagu pesakit gastrik fungsional, tiada kelainan yang ditemui. Umumnya, pesakit gastrik fungsional dibenarkan berpuasa, sedangkan bagi pesakit gastrik organik, puasa dapat membuatkan keadaannya lebih parah jika tidak diselia dengan baik.

Berikut merupakan tip yang boleh diamalkan oleh pesakit gastrik agar dapat berpuasa dengan selesa.

Panduan makanan ketika puasa bagi pesakit gastrik

  • Pengambilan karbohidrat atau makanan yang lambat dihadam saat sahur, agar anda tidak mudah lapar dan lemas di siang hari.
  • Kurma merupakan sumber yang bagus untuk karbohidrat, serat, kalium dan magnesium.
  • Kacang almond banyak mengandungi protein dan serat dan disyorkan ketika berpuasa.
  • Pisang merupakan sumber bagi nutrien seperti karbohidrat kalium dan magnesium.
  • Makanan yang dipanggang lebih disyorkan berbanding makanan yang digoreng dan berlemak.
  • Makan dalam jumlah hidangan yang kecil tetapi kerap.
  • Makan ketika hampir waktu imsak sewaktu sahur, dan segera berbuka ketika maghrib.
  • Jangan lupa minum ubat yang dipreskripkan oleh doktor sewaktu sahur dan berbuka.

Panduan minuman semasa berpuasa bagi pesakit gastrik

  • Minum banyak air putih untuk mengganti kehilangan air semasa berpuasa, iaitu sekitar 8 gelas sehari.
  • Minum segelas susu semasa sahur. Hal ini dapat mengurangkan simptom gastrik dan ulser peptik.
  • Minum air putih, jus buah-buahan yang tidak masam, dan minuman yang mengandungi banyak kalium agar tubuh dapat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa berpuasa.

Perkara perlu dielakkan semasa berpuasa jika anda mengalami gastrik

  • Elakkan makanan yang dapat meningkatkan asid di dalam perut seperti coklat, makanan berlemak atau yang digoreng, dan buah-buahan yang mengandungi asid seperti limau, lemon, tomato dan lain-lain.
  • Elakkan makanan yang boleh merosakkan dinding perut seperti cuka, lada, makanan pedas, dan serbuk yang merangsang.
  • Jangan langsung tidur setelah makan sahur atau makan malam, kerana hal ini boleh meningkatkan risiko asid perut naik atau GERD.
  • Jangan terus makan dalam kuantiti yang besar ketika berbuka atau sahur, dan jangan menunda berbuka.
  • Elakkan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, soda dan minuman tenaga.
  • Merokok meningkatkan risiko gastrik dan ulser peptik. Maka bulan Ramadan merupakan masa yang tepat bagi anda untuk berhenti merokok.
  • Alhohol boleh menyebabkan kecacatan injap antara perut dan esofagus sehingga meningkatkan risiko asid perut naik.
  • Elakkan ubat-ubatan yang dapat merengsa perut, seperti ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDs).
  • Elakkan stres. Beberapa kajian menyatakan bahawa stres boleh menyebabkan peningkatan asid perut.

Puasa di bulan Ramadan merupakan salah satu kewajipan bagi umat Islam. Umumnya tubuh manusia akan menyesuaikan diri dengan keadaan yang ada setelah beberapa hari atau minggu awal puasa, sehingga pedih ulu hati yang dirasakan umumnya bertambah baik atau tidak sampai membatalkan puasa. Malah, pesakit gastrik fungsional dianjurkan untuk berpuasa kerana ia dapat memperbaiki simptom yang ada, sedangkan pada pesakit gastrik organik atau gastrik kronik dianjurkan untuk berunding terlebih dahulu dengan doktor agar dapat menyesuaikan dos rawatan atau diet ketika berpuasa, sehingga pesakit gastrik boleh berpuasa dengan tenang .

Kajian menunjukkan bahawa asid perut meningkat sampai kemuncaknya di siang hari, sehingga anda perlu memberi perhatian kepada simptom dan tanda yang berlaku pada waktu itu. Agama Islam tidak memaksa anda berpuasa jika tidak mampu, sehingga anda boleh menemui alternatif lain mengikut kemampuan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tak Perlu Lagi Tahan Nafsu Makan, 5 Jenis Makanan Tinggi Karbohidrat Ini Bagus Untuk KURUS!

    Karbohidrat, komponen makanan ini sering dipersalahkan kerana dikatakan menjadi punca obesiti. Tapi, bukan semua makanan berkarbohidrat menggemukkan tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diet & Turun Berat Badan, Pemakanan Sihat 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ingin Buang Ovari Untuk Cegah Kanser? Ada RISIKO Yang Perlu Anda Ketahui

    Bagi individu berisiko tinggi alami barah ovari mahupun payudara, pembedahan ooforektomi bilateral profilaksis mungkin pilihan yang boleh dipertimbangkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kanser, Kanser Ovari 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Jangan Pandai-pandai Rawat Jerawat Dengan BAKING SODA! Buruk Kesannya Nanti

    Jerawat berlaku apabila liang pori tersumbat dengan kotoran dan minyak. Pelbagai kaedah telah dicuba bagi merawatnya, termasuk menggunakan soda penaik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kesihatan Kulit, Penjagaan Kulit 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Inflamasi Buah Pinggang Disebabkan Glomerulonephritis, Jom Ambil Tahu Mengenai Kondisi Ini!

    Penyakit glomerulonephritis merupakan sejenis gangguan buah pinggang. Penyakit ini berlaku apabila glomeruli terluka atau mengalami inflamasi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Masalah Urologi, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    suara lelaki

    Lelaki Dewasa Tetapi Suara Seperti Budak, Meski Kedengaran Aneh, Kan? Ini Sejenis Penyakit!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
    jangkitan kulat pada kemaluan faraj

    Encik Suami Nak Bersama, Tapi Ada Jangkitan Kulat Pula… Sebelum Proceed, Ambil Tahu Risiko Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
    rawatan skizofrenia

    Ini 5 Kaedah Rawatan Alternatif Bagi Gangguan Skizofrenia, Terbukti Boleh Kurangkan Simptom

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
    bunyi bising

    Anda Risau Bayi Tidur Berdengkur? Ini 5 Punca Lazim Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan