Fungsi utama penyerapan dan pencernaan karbohidrat adalah untuk memecahkannya kepada molekul kecil gula yang dikenali sebagai glukosa.
Glukosa adalah bahan api utama yang mendorong metabolisme dan fungsi setiap sel tubuh.
Sebagai contoh, otak dan sel darah merah bergantung kepada glukosa untuk mendapatkan tenaga kerana ia tidak menggunakan lemak atau protein dalam keadaan biasa.
Oleh itu, pengambilan karbohidrat penting untuk semua fungsi tubuh.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Apa yang dimaksudkan dengan karbohirat?
Bagaimanapun, anda mungkin pernah dengar mengenai beberapa karbohidrat yang dianggap “baik”, manakala sesetengahnya pula adalah “buruk”.
Terdapat tiga jenis karbohidrat. Beberapa karbohidrat boleh terhasil secara semulajadi.
Anda boleh menemuinya dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, manakala sumber karbohidrat lain adalah diproses dan ditapis, di mana kadar nutriennya juga berkurang atau terhakis.
Berikut adalah tiga jenis karbohidrat:
- Kanji atau karbohidrat kompleks
- Gula atau karbohidrat mudah
- Serat
Mendapatkan karbohidrat daripada sumber semulajadi seperti dari sumber-sumber semulajadi seperti buah-buahan boleh melindungi anda daripada penyakit dan mungkin juga membantu mengekalkan berat badan.
Karbohidrat ini mengandungi lebih banyak vitamin dan mineral.
Walau bagaimanapun, karbohidrat yang diproses dan ditapis adalah tinggi kalori dan agak tidak berkhasiat.
Jenis karbohidrat tersebut cenderung menyebabkan peningkatan berat badan dan mungkin menyumbang kepada komplikasi obesiti, seperti diabetes jenis 2 dan penyakit jantung.
Bagaimanakah proses pencernaan karbohidrat?
Semua makanan yang anda makan akan melalui sistem pencernaan supaya ia boleh dipecahkan dan digunakan oleh tubuh.
Pencernaan karbohidrat bermula dari dalam mulut dan selesai apabila polisakarida dipecah menjadi gula tunggal, atau monosakarida, yang boleh diserap oleh badan.
1. Mulut
Pencernaan karbohidrat dimulakan di dalam mulut. Kelenjar liur di mulut menghasilkan air liur, yang membantu melembabkan makanan.
Makanan itu kemudian dikunyah sementara kelenjar air liur juga melepaskan enzim salivary amylase, yang memulakan proses memecah polisakarida dalam makanan karbohidrat.
Oleh kerana makanan tidak lama kekal di dalam mulut, pencernaan nutrien ini di dalam mulut adalah kecil berbanding di saluran penghadaman.
2. Perut
Daripada mulut, anda menelan makanan dalam kepingan kecil yang telah dikunyah. Karbohidrat bergerak melalui esofagus ke perut anda.
Pada peringkat ini, makanan tersebut disebut sebagai chyme. Perut anda menghasilkan asid untuk membunuh bakteria yang terdapat pada chyme sebelum ke peringkat pencernaan seterusnya.
3. Karbohidrat di usus kecil, pankreas dan hati
Chyme kemudiannya keluar daripada perut dan ke bahagian pertama usus kecil (duodenum). Ini menyebabkan pankreas mengeluarkan amilase pankreas yang mana enzim ini memecahkan chyme menjadi dekstrin dan maltosa.
Dinding usus kecil mula menghasilkan lactase, sucrose dan maltase, yang mana enzim ini memecahkan gula kepada monosakaridan dan gula tunggal.
Akhirnya, gula ini diserap ke dalam usus kecil. Ia kemudiannya diproses lebih banyak oleh hati dan disimpan sebagai glokogen. Manakala glukosa lain dipindahkan ke tubuh melalui aliran darah.
Hormon insulin dikeluarkan daripada pankreas dan membolehkan glukosa digunakan sebagai tenaga.
4. Kolon
Apa-apa yang ditinggalkan selepas proses pencernaan karbohidrat itu akan pergi ke kolon. Ia kemudiannya dipecahkan oleh bakteria usus.
Peringkat ini melibatkan serat yang terkandung dalam kebanyakan karbohidrat dan tidak boleh dicerna oleh tubuh. Apabila ia sampai ke kolon, ia dihapuskan melalui najis anda.
Oleh itu, tubuh memerlukan karbohidrat untuk berfungsi dengan baik. Diet yang kaya dengan makanan yang sihat akan memberi anda bahan api yang cukup untuk kekal bertenaga sepanjang hari anda.
Pastikan anda mengambil sejumlah karbohidrat kompleks, seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, secara amnya antara 900 dan 1,300 kalori setiap hari.
Sudah tentu, jumlah ini akan berbeza-beza berdasarkan ketinggian, berat badan, dan tahap aktiviti anda. Untuk keperluan karbohidrat tertentu anda, disyorkan anda berbincang dengan ahli pemakanan anda.
[embed-health-tool-bmr]