backup og meta

Berapa Kalori Kuih Raya Kegemaran Anda Sebenarnya? Sebelum Makan, Tengok Dulu Kalorinya!

Jenis kuih raya bukan sekadar tradisi perayaan, tetapi juga menyumbang kepada pengambilan gula dan kalori harian yang tinggi tanpa disedari. Kebanyakan kuih raya mengandungi mentega, gula dan tepung halus yang boleh memberi kesan kepada berat badan serta paras gula darah jika diambil berlebihan.

Berapa Kalori Kuih Raya Kegemaran Anda Sebenarnya? Sebelum Makan, Tengok Dulu Kalorinya!

Disebabkan itu, penting untuk memahami kandungan kesihatan setiap kuih sebelum menikmatinya.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, klik di sini.

Jenis kuih raya: apa yang perlu anda tahu dari sudut kesihatan

jenis kuih raya
Kuih raya dalah tradisi wajib sambutan hari raya di Malaysia.

Apabila bercakap tentang kuih raya, kebanyakannya tergolong dalam kategori makanan tinggi tenaga. Ini kerana ia biasanya:

  • Tinggi gula tambahan
  • Mengandungi mentega atau marjerin
  • Tinggi lemak tepu
  • Rendah serat

Satu hingga dua biji kuih mungkin kelihatan kecil, tetapi kalori boleh meningkat dengan cepat jika dimakan berulang kali sepanjang hari. 

Inilah sebab mengapa pengambilan kuih raya sering dikaitkan dengan kenaikan berat badan selepas raya.

10 jenis kuih raya

Berikut ialah senarai 10 jenis kuih yang paling biasa dihidangkan, bersama anggaran kalori bagi satu hidangan standard:

  • Kuih semperit: sekitar 150 kalori
  • Kuih tart nanas: sekitar 180 kalori
  • Kuih bangkit: sekitar 130 kalori
  • Kuih suji: sekitar 160 kalori
  • Kuih cornflakes madu: sekitar 170 kalori
  • Kuih almond London: sekitar 190 kalori
  • Kuih makmur: sekitar 200 kalori
  • Kuih kacang: sekitar 140 kalori
  • Kuih mazola: sekitar 160 kalori
  • Kuih sarang semut mini: sekitar 155 kalori

Walaupun saiznya kecil, beberapa biji sahaja sudah menyamai satu hidangan nasi.

Kuih raya rare

Jenis kuih raya rare biasanya dibuat secara homemade dan menggunakan resipi tradisional lama. Walaupun rasanya unik, kandungan kalorinya selalunya setara atau lebih tinggi.

Contoh kuih raya rare dan anggaran kalori:

  • Kuih loyang mini: sekitar 165 kalori
  • Kuih ros kacang: sekitar 170 kalori
  • Kuih batang buruk: sekitar 190 kalori
  • Kuih kapit: sekitar 175 kalori

Kuih jenis ini sering digoreng atau menggunakan inti manis yang menyumbang kepada kandungan lemak dan gula.

Top 10 kuih raya

jenis kuih raya
Aneka pilihan kuih raya ketika hari raya.

Berdasarkan populariti dan kekerapan dihidangkan, top 10 kuih raya selalunya termasuk:

  • Tart nanas
  • Semperit
  • Almond London
  • Cornflakes madu
  • Suji
  • Bangkit
  • Kacang
  • Makmur
  • Mazola
  • Sarang semut

Kebanyakan kuih dalam kategori ini mempunyai kalori antara 150 hingga 200 kalori sehidangan, menjadikannya makanan yang perlu diambil secara sederhana.

Kuih raya moden

Kuih raya moden semakin popular kerana variasi rasa dan persembahan menarik. Namun, ia selalunya lebih tinggi kalori kerana penggunaan coklat, krim dan topping tambahan.

Antara jenis kuih raya moden dan anggaran kalori:

  • Kuih red velvet cookies: sekitar 200 kalori
  • Kuih matcha cookies: sekitar 190 kalori
  • Kuih Nutella pod: sekitar 220 kalori
  • Kuih brownie bite: sekitar 210 kalori

Kuih raya moden ini lebih padat tenaga walaupun bersaiz kecil.

Bagaimana memilih jenis kuih raya dengan lebih bijak

Untuk menikmati kuih raya tanpa menjejaskan kesihatan, pertimbangkan langkah berikut:

  • Ambil 1-2 jenis sahaja setiap sesi
  • Pilih kuih bersaiz kecil
  • Elakkan makan kuih sepanjang hari
  • Imbangi dengan air kosong dan buah

Pendekatan ini membantu mengawal pengambilan kalori tanpa perlu mengelakkan kuih raya sepenuhnya.

jenis kuih raya
Tip sediakan kuih raya yang lebih sihat.

Kesimpulan

Hidangan kuih raya melambangkan kemeriahan dan tradisi, namun kandungan kalori dan gula di sebaliknya wajar diberi perhatian. 

Ambil tahu anggaran kalori setiap kuih dan makan sekadar untuk merasa sahaja. 

Ingat, anda masih boleh menikmati suasana raya tanpa menjejaskan kesihatan jangka panjang.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Makan Secara Sihat di Hari Raya. https://www.moh.gov.my/moh/resources/auto%20download%20images/589d76378594b.pdf. Diakses Januari 6, 2026. 

Kekal Pemakanan Sihat Di Hari Raya. https://isn.gov.my/kekal-pemakanan-sihat-di-hari-raya/. Diakses Januari 6, 2026.

Five tips for a healthier Eid. https://www.diabetes.org.uk/about-diabetes/looking-after-diabetes/healthier-eid. Diakses Januari 6, 2026.

Maintaining Body Weight during the Festive Season – The Truth?. https://www.dietitians.org.my/articles/maintaining-body-weight-during-the-festive-season-the-truth. Diakses Januari 6, 2026.

What is Ramadan?. https://www.nutrition.org.uk/creating-a-healthy-diet/a-healthy-ramadan/. Diakses Januari 6, 2026.

Versi Terbaru

06/01/2026

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Rendang, Lemang & Kuih Raya - Ini Jumlah Kalori Yang Ramai Tak Sedar

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada Semalam

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan