Namun perlu diingat, sebiji biskut ini mempunyai 50 kalori. Anda perlu berjalan kaki selama 15 minit atau berjoging selama 6 minit untuk membakar kalori daripada sebiji Almond London.

#2. Tart Nanas
Jika dahulu, kita biasa melihat tart nanas dalam bentuk adunan tepung yang diletakkan dengan inti jem nanas pada bahagian atasnya.
Kemudian ia berkembang kepada bentuk jem nanas yang digulung dalam adunan tepung. Apa pun bentuknya, rasanya masih sama.
Tekstur tepungnya mestilah tidak terlalu keras atau mudah terlerai dan jem nanas pula tidaklah terlalu manis.
Untuk pengetahuan anda, satu biji kuih ini mempunyai nilai kalori sebanyak 50.
Oleh itu, untuk membakar kalori sebanyak ini, anda perlu mengayuh basikal selama 8 minit atau berjalan kaki selama 15 minit.
#3. Dodol
Dodol merupakan antara kuih raya klasik yang masih lagi mempunyai peminatnya yang tersendiri sehingga sekarang.
Ia diperbuat daripada campuran tepung pulut, santan dan gula Melaka yang dimasak sehingga likat dan kenyal.
Proses memasaknya memakan masa yang agak lama kerana ingin mendapatkan tekstur kenyal tersebut.
Tahukah anda, satu potong kecil dodol mempunyai sebanyak 70 kalori? Ini bermakna anda perlu berjalan kaki selama 20 minit atau berjoging selama 8 minit bagi membakar kalori tersebut.
#4. Kerepek pisang
Kerepek pisang juga merupakan antara jenis kuih orang lama yang mesti ada sewaktu hari raya.
Kerepek pisang diperbuat daripada hirisan pisang nipis yang digoreng garing dalam minyak yang panas.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen