backup og meta

Pernah Makan Gula Duit & Gula Bento Waktu Kecil Dahulu? Ini 6 Jenis Gula-Gula 90-an Yang Anda Pasti Kenal

Pernah Makan Gula Duit & Gula Bento Waktu Kecil Dahulu? Ini 6 Jenis Gula-Gula 90-an Yang Anda Pasti Kenal

Gula gula legend merupakan antara item atau perkara yang sering menghiasi zaman budak-budak pada era 80 dan 90-an. Pada ketika itu, terdapat pelbagai jenis gula-gula yang amat sedap dengan rasa atau perisa yang agak unik. Bukan itu sahaja, kadangkala gula tersebut dijual dengan pelbagai bentuk yang pelik untuk menarik kanak-kanak membelinya. Ini antara gula gula zaman dulu yang mungkin anda pernah makan. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Gula gula legend yang anda pernah makan

Tidak lengkap zaman kanak-kanak anda jika anda tidak pernah memakan sebarang jenis gula-gula.

Kami percaya setiap pembaca pasti mempunyai gula gula zaman dulu yang pernah menjadi kegemaran masing-masing.

Cuba lihat di bawah ini, mungkin ada satu atau lebih jenis gula-gula yang anda rindukan pada zaman dahulu. 

1#. Gula-gula arnab atau Rabbitgula gula legend

Gula-gula ini merupakan antara jajan yang paling viral pada zaman 80 dan 90-an. Ada juga yang mengenalinya sebagai White Rabbit atau gula-gula susu.

Ini kerana, rasanya yang lemak-lemak manis dengan perisa seperti susu.

Namun, apabila kita sudah dewasa, barulah kita tahu bahawa gula-gula ini tidak boleh dimakan oleh orang Islam kerana mempunyai bahan yang tidak halal.

#2. Gula gula legend: T-drop

Sesiapa yang mempunyai bekas T-drop, dia mungkin kelihatan lebih cool berbanding kanak-kanak lain pada era 90-an.

Ini kerana, walaupun T-drop ini hanyalah sekadar gula-gula berperisa buah-buahan, namun ia mempunyai bekas tin yang agak besar dan cantik sebagai bekas pembungkusannya.

Jadi, tidak hairanlah jika kita lebih ‘dipandang tinggi’ jika membawa bersama bekas T-drop ketika melepak dengan kawan-kawan.

Gula-gula T-drop ini juga agak unik kerana gula-gulanya disalut dengan serbuk gula halus seperti gula kastor. 

#3. Gula gula zaman dulu: Gula-gula bendera

Pada era 90-an, gula-gula bendera ini dijual dengan harga 50 sen sebatang.

Ia disebut sebagai gula-gula bendera kerana butir-butir gula yang kecil dibungkus dalam satu tiub yang menjadi batang bendera Malaysia yang dihasilkan daripada plastik.

Pada bulan Ogos, ramai kanak-kanak akan membeli gula gula legend ini kerana gulanya boleh dimakan, dan bendera tersebut boleh dipasang atau dilekatkan pada basikal untuk menyambut bulan kemerdekaan. 

#4. Gula getah Murakawagula gula legend

Semasa waktu kecil, penulis juga pernah membeli gula getah Murakawa ini.

Namun, tidak pasti jika warna kertas pembungkusnya yang berlainan itu melambangkan perbezaan perisa atau tidak.

Ini kerana, ia boleh dibeli dengan warna-warna seperti kuning, merah, biru atau hijau.

Dengan rasa dan bau buah yang agak kuat, gula getah ini juga menjadi antara kegemaran kanak-kanak pada ketika itu. 

#5. Gula-gula susu Bento

Gula-gula ini boleh dikatakan antara senarai gula gula legend yang paling top. Ini kerana, ia sangatlah sedap dan mempunyai pelbagai perisa.

Antaranya ialah perisa ros, kopi, coklat dan juga kelapa. Secara peribadinya, penulis amat menggemari perisa ros yang seolah-olah rasa air sirap bandung dan juga perisa coklat.

Gula ini berbentuk seperti tablet ubat dan dibungkus dengan pembungkus kertas sahaja. Simple tetapi sedap!

#6. Gula-gula Haw Flakesgula gula legend

Ada yang mengenalinya sebagai gula-gula duit. Ada juga yang menyebutnya dengan nama gula-gula asam.

Ini kerana rasanya yang masam-masam manis selain berwarna kecoklatan dan berbentuk seperti kepingan duit syiling 20 sen.

Biasanya, satu bungkus gula-gula ini dijual dengan harga 20 sen sahaja. Gula-gula ini mempunyai tekstur yang rapuh, dan jika tersilap cara makan, ia boleh melekat pada lelangit mulut anda. 

Gula gula legend tinggi gula, bahan pengawet

Sesuai dengan namanya, gula-gula semestinya tinggi dengan kandungan gula.

Ia mempunyai kandungan gula yang agak banyak selain penambahan bahan perisa lain dan juga pengawet.

Semakin kompleks bentuk, rasa dan warna gula-gula tersebut, maka semakin banyaklah bahan yang digunakan dalam proses pembuatannya. 

Kesimpulan

Oleh itu, jika anda hendak membeli gula gula 90an seperti di atas, cukup sekadar membelinya dalam kuantiti yang sedikit dengan tujuan untuk merasa sahaja.

Pastikan juga anda tidak mengambil gula-gula dengan kerap kerana ia boleh meningkatkan berat badan anda tanpa anda sedari.  

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Addressing Malnutririton in Malaysia. chrome-extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/https://www.krinstitute.org/assets/contentMS/img/template/editor/Discussion%20Paper_Addressing%20Malnutrition%20in%20Malaysia.pdf. Accessed on January 6, 2023. 

Chubbier is Not Better: Stop Childhood Obesity. https://mypositiveparenting.org/2015/10/20/chubbier-is-not-better-stop-childhood-obesity/. Accessed on January 6, 2023. 

Snack culture. https://learnenglishteens.britishcouncil.org/study-break/magazine-zone/snack-culture. Accessed on January 6, 2023. 

Global Obesity Observatory: Malaysia. https://data.worldobesity.org/country/malaysia-130/. Accessed on January 6, 2023. 

Children, Food and Nutrition: State of the World’s Children 2019. https://www.unicef.org/malaysia/children-food-and-nutrition-state-worlds-children-2019. Accessed on January 6, 2023. 

Versi Terbaru

21/02/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Makan Gula-Gula Sakit Tekak Untuk Kurangkan Batuk Dan Kahak, Betul Ke Berkesan?

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 21/02/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan