brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Petua Hilangkan Sakit Badan: 4 Tabiat Harian Yang Buat Otot Mudah Lenguh

Ramai menganggap sakit otot hanya berlaku selepas bersenam atau mengangkat barang yang berat. Hakikatnya, tabiat harian yang kelihatan biasa seperti menggunakan telefon terlalu lama, membuat kerja rumah atau mendukung anak juga boleh menyebabkan otot bekerja tanpa kita sedari. Apabila rasa lenguh mula mengganggu rutin harian, barulah ramai mula mencari petua hilangkan sakit badan untuk mendapatkan kelegaan.

Petua Hilangkan Sakit Badan: 4 Tabiat Harian Yang Buat Otot Mudah Lenguh

Jika anda sering mengalami badan sakit sakit walaupun tidak melakukan aktiviti berat, mungkin sudah tiba masanya untuk melihat semula tabiat harian yang menjadi puncanya.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Tulang/Otot, anda boleh klik di sini.

Bukan sekadar lenguh biasa: kenapa badan sakit-sakit walaupun tidak bersenam?

Setiap kali kita bergerak, otot akan mengecut dan mengendur bagi membantu tubuh melakukan pelbagai aktiviti.

Namun, apabila sesuatu pergerakan dilakukan berulang kali atau dalam posisi yang tidak betul, otot akan bekerja lebih keras daripada biasa.

Keadaan ini menyebabkan serabut otot mengalami tekanan berulang (repetitive muscle strain).1

Lama-kelamaan, ia boleh mengakibatkan:

  • Ketegangan pada otot leher, bahu dan belakang
  • Kekakuan sendi selepas bangun tidur
  • Keletihan otot walaupun aktiviti yang dilakukan ringan
  • Pergerakan menjadi kurang selesa

Tabiat “text neck“, terlalu lama tunduk lihat telefon atau komputer

petua hilangkan sakit badan
Penggunaan komputer dan telefon dalam posisi tunduk terlalu lama boleh menyebabkan ketegangan pada leher dan bahu.

Pernahkah anda perasan kepala sering tertunduk ketika membalas mesej, melayari media sosial atau menonton video di telefon pintar?

Inilah yang dikenali sebagai “text neck“, iaitu keadaan apabila kepala berada dalam posisi condong ke hadapan untuk tempoh yang lama.2

Semakin rendah kedudukan kepala, semakin besar tekanan yang perlu ditanggung oleh otot leher, bahu dan bahagian atas belakang.

Antara tanda awal “text neck” yang sering dialami ialah:3

  • Bahu terasa tegang
  • Leher sukar dipusing
  • Sakit kepala jenis tegang (tension headache)
  • Postur badan mula membongkok

Ramai hanya mula mencari petua hilangkan sakit badan apabila ketidakselesaan ini menjadi semakin mengganggu.

Sedangkan, perubahan kecil seperti mengangkat telefon pada paras mata, berehat setiap 30 hingga 60 minit dan melakukan regangan ringkas boleh membantu mengurangkan tekanan pada otot.4

Jika anda sering tertanya-tanya kenapa belakang badan rasa sakit selepas seharian bekerja atau menggunakan telefon, posisi badan yang tidak ergonomik mungkin menjadi salah satu penyebab utama.

Rutin kerja rumah juga boleh bebankan otot!

Menyapu, mengemop lantai, mengangkat bakul pakaian, membawa beg barangan dapur atau menyusun perabot mungkin kelihatan seperti rutin biasa.

Namun, apabila dilakukan berulang kali atau dengan teknik mengangkat yang kurang betul, otot belakang, bahu dan lengan akan bekerja lebih keras.

Antara tabiat yang boleh meningkatkan risiko ketegangan otot termasuk:

  • Mengangkat barang menggunakan belakang badan berbanding lutut.
  • Membongkok terlalu lama ketika mengemop atau menyapu.
  • Membawa beg membeli-belah yang terlalu berat pada sebelah tangan sahaja.
  • Mengangkat bakul pakaian yang penuh tanpa sokongan postur yang betul.

Ramai menganggap rasa lenguh selepas melakukan kerja rumah hanyalah perkara biasa.

Namun, jika kesakitan itu berulang hampir setiap hari, ia mungkin petanda otot tidak sempat pulih sepenuhnya.

Keadaan ini juga boleh menyebabkan sesetengah individu tertanya-tanya kenapa sakit urat seluruh badan, sedangkan mereka tidak melakukan senaman berat.

Menjadi ibu bapa juga “senaman” yang membebankan otot

Menjaga anak kecil memerlukan banyak pergerakan fizikal yang dilakukan berulang kali setiap hari.

Daripada mendukung bayi, membongkok ketika memandikan anak, mengangkat stroller hinggalah menyusukan bayi dalam posisi yang sama untuk tempoh lama, semuanya memberi tekanan kepada otot belakang, bahu, pinggul dan lengan.

Malah, bagi wanita hamil, perubahan pusat graviti badan serta pertambahan berat kandungan juga boleh menyebabkan otot belakang dan pinggul bekerja lebih keras sebelum bayi dilahirkan lagi.5

Antara situasi yang sering menyebabkan ketegangan otot ialah:

  • Mendukung anak dalam tempoh yang lama.
  • Membongkok ketika menukar lampin atau memandikan bayi.
  • Menyusukan bayi tanpa sokongan belakang yang baik.
  • Mengangkat kerusi bayi, stroller atau beg keperluan bayi yang berat.

Oleh sebab pergerakan ini dilakukan setiap hari, rasa lenguh sering dianggap perkara normal oleh ibu bapa.

Hakikatnya, otot juga memerlukan masa untuk berehat dan pulih.

Jika diabaikan, ketidakselesaan kecil boleh berlarutan sehingga mengganggu aktiviti harian.

Posisi tidur yang kurang sesuai boleh menyumbang kepada ketidakselesaan otot

petua hilangkan sakit badan
Tidur dengan posisi yang salah hanya akan memburukkan penyembuhan otot.

Selepas seharian bekerja dan melakukan pelbagai aktiviti, otot memerlukan rehat yang mencukupi untuk pulih.

Namun, jika anda tidur dalam posisi yang kurang sesuai, menggunakan bantal yang tidak menyokong leher atau tidak mendapat tidur yang berkualiti, otot mungkin tidak sempat pulih sepenuhnya.

Akibatnya, anda boleh bangun tidur dengan:

  • Leher dan bahu terasa tegang.
  • Pinggang atau belakang badan lenguh.
  • Badan terasa letih walaupun sudah tidur beberapa jam.
  • Pergerakan terasa kaku pada waktu pagi.

Jika keadaan ini berlaku berulang kali, rasa tidak selesa akan terus terkumpul bersama aktiviti harian yang lain.

Antara cara yang boleh membantu ialah memastikan posisi tidur lebih ergonomik, menggunakan tilam dan bantal yang sesuai, melakukan regangan ringan sebelum tidur serta mendapatkan waktu rehat yang mencukupi setiap malam.

Ini adalah antara petua hilangkan sakit badan yang boleh anda cuba sebelum tidur.

Salonpas, petua hilangkan sakit badan untuk legakan ketidakselesaan otot seharian

Sebenarnya, ketegangan otot jarang berlaku disebabkan satu peristiwa atau kejadian besar.

Sebaliknya, ia sering berpunca daripada tabiat kecil yang dilakukan setiap hari sehingga menyebabkan otot bekerja tanpa henti.

Selain mengamalkan postur badan yang baik, melakukan regangan dan memberi masa kepada otot untuk berehat, penggunaan produk sapuan atau tampalan untuk melegakan kesakitan juga boleh menjadi sebahagian daripada rutin pemulihan harian.

Salah satu pilihan atau petua hilangkan sakit badan yang boleh dipertimbangkan ialah Salonpas, jenama terkenal untuk melegakan sakit otot dan sendi dari Jepun yang telah dipercayai sejak sekian lama.

Ia membantu melegakan sakit otot dan sendi yang berkaitan dengan aktiviti harian, senaman, postur badan yang kurang baik, sakit belakang, bahu tegang dan keletihan otot.

Antara kelebihan Salonpas ialah:

  • Membantu melegakan sakit otot dan sendi pada bahagian yang mengalami ketidakselesaan.
  • Tersedia dalam dua pilihan iaitu tampalan (patch) dan Jet Spray mengikut keperluan pengguna.
  • Mudah digunakan di rumah, tempat kerja atau ketika dalam perjalanan.
  • Sesuai dijadikan sebahagian daripada amalan pemulihan selepas melakukan aktiviti harian.

Ingat, menjaga kesihatan otot bukan sekadar menunggu sehingga sakit menjadi lebih teruk.

Menerusi amalan gaya hidup yang lebih sihat dan menjadikan pemulihan sebagai rutin harian, anda boleh terus melakukan perkara yang anda gemari dengan lebih selesa.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk Salonpas atau tempat pembelian, layari laman web rasmi DI SINI

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 4 jam lalu