Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Badan Sihat sila dapatkannya di sini.
Ditulis oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Badan Sihat sila dapatkannya di sini.
Kebanyakan daripada kita pasti akan melakukan aktiviti regangan sebelum melakukan senaman untuk memastikan otot dalam keadaan bersedia, bukan?
Untuk artikel kali ini kami akan berkongsi tentang 4 langkah terbaik untuk melakukan latihan fleksibiliti pada tubuh badan.
Ia kelihatan seperti individu sedang mula melakukan senaman dan regimen kecergasan. Mereka merasakan perlu untuk meningkatkan latihan fleksibiliti.
Sebenarnya tak semua orang perlu melakukan latihan fleksibiliti terutamanya jika tiada sebarang sensasi ketegangan pada otot, jadi latihan ini tidak diberikan keutamaan.
Namun begitu, jika anda masih mempunyai masalah untuk memakai kasut dengan mudah pada waktu pagi, ada kemungkinan anda memerlukan latihan fleksibiliti ini.
Berikut merupakan cara bagaimana untuk meningkatkan fleksibiliti dengan cepat dan selamat. Ia cuma memerlukan fokus, motivasi dan kesabaran.
Dengan gaya hidup yang sibuk kerana keperluan untuk bekerja siang dan malam, maka kita jarang mempunyai masa untuk melakukan rutin senaman secara berkala.
Malah agak sukar untuk meluangkan masa sekurang-kurangnya 45 minit untuk sesi latihan penuh, belum lagi ditambah dengan 20 minit untuk meregangkan badan sebelum sebarang sesi senaman.
Daripada meluangkan masa dengan rutin regangan cookie-cutter yang tidak berkesan, anda sewajarnya mengikuti langkah-langkah ini.
Sebelum itu, anda perlu tahu mengapa anda mahu meningkatkan fleksibiliti badan. Terdapat banyak sebab yang boleh menjadi punca antaranya:
Seperti yang telah diperkatakan, anda perlu mencari motivasi yang tepat untuk mencapai objektif tersebut.
Selepas tahu tujuan anda, cari pula halangan untuk mencapainya. Ia penting untuk anda tahu sama ada otot mana yang perlu anda lakukan regangan dan latihan fleksibiliti.
Ini kerana mungkin agak sukar untuk anda membongkok dan menyentuh ibu jari kaki. Maka anda harus memberikan lebih fokus pada fleksibiliti keseluruhan anggota badan dengan mencari posisi yang paling tepat.
Berikut merupakan posisi tersebut:
Tidak boleh bergerak dalam sesuatu lingkungan adalah kerana ketegangan yang boleh dikaitkan dengan beberapa faktor:
Kadang kala anda mungkin memaksa diri untuk melakukan posisi regangan namun ia bukanlah satu tahap yang tinggi ketika melakukan senaman fleksibiliti.
Kini anda sudah tahu tujuan sebenar untuk melakukan latihan fleksibiliti dan aktiviti senaman ini. Jadi, ikut perancangan tersebut secara konsisten dan lakukan ia sekerap yang mungkin.
Perancangan anda adalah terhasil daripada tujuan sebenar, halangan mobiliti dan fleksibiliti anda. Sebagai contoh, seorang pelari memerlukan latihan yang lebih sistematik untuk memastikan teknik larian mereka sempurna dan efisien.
Itu merupakan contoh perancangan berlainan yang dibuat berdasarkan situasi peribadi seseorang individu.
Perancangan ini akan mula menunjukkan hasilnya dari sesi ke sesi dan ia adalah sangat penting untuk anda konsisten dalam latihan serta berikan peluang untuk tubuh badan mengadaptasi hasil daripada latihan tersebut.
Agak sukar untuk mengetahui di mana untuk memulakan latihan fleksibiliti kerana terlalu banyak informasi di luar sana dan ia akan mendatangkan kekeliruan. Ini akan menjadikan anda tidak mahu untuk memulakannya.
Berikut merupakan empat langkah yang ditekankan untuk membantu anda memulakan latihan supaya jadi lebih fleksibel:
Anda tidak boleh duduk sambil berharap boleh melakukan split. Malah anda perlu memulakan usaha untuk mendapatkan hasil. Paling penting kepercayaan terhadap diri sendiri yang kuat, itu amat diperlukan.
[health_tool_article id=”94632″]
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen