backup og meta

Makan Sekali Sehari Untuk Kekal Sihat? Betul Ke Ni?

Makan Sekali Sehari Untuk Kekal Sihat? Betul Ke Ni?

Walaupun manusia telah wujud beribu tahun lamanya, namun topik makan masih lagi kompleks. Jika anda membuka laman sesawang berkenaan dengan topik diet, anda akan jumpa lebih daripada 50,000 unit buku yang membincangkan topik ini.

Namun bagaimanakah caranya untuk kita kekal sihat? Ada ura-ura mengatakan bahawa makan sekali pun dah cukup untuk kekal sihat. Betul ke?

Ikuti artikel ini untuk penerangan selanjutnya. 

Lapar membuatkan anda sihat

Setiap individu mempunyai prinsip tersendiri apabila ia berkaitan dengan gaya pemakanan yang sihat.

Ada yang berpegang kepada prinsip keseimbangan keluar masuk kalori, ada yang percaya bahawa fokus sepatutnya diberikan kepada nutrien makro dan ada juga berpendapat bahawa berpuasa adalah cara yang paling berkesan untuk kekal sihat.

Masing-masing mempunyai mekanisme yang tersendiri namun sebahagian besar daripadanya menggunakan proses ketosis sebagai cara untuk mengekalkan kesihatan badan pada tahap yang optimum.

Apakah yang anda bayangkan jika terdengar perkataan kelanjutan usia?

Banyak perumpamaan telah digunakan dalam menerangkan kelanjutan usia boleh dicapai dengan cara mengurangkan pengambilan kalori harian.

Baca juga:

“Jika diambil mana-mana hidupan di muka bumi ini dan dikurangkan pengambilan kalori oleh mereka sebanyak 30%, mereka akan hidup 30% lebih lama. Manusia sahaja yang belum pernah diuji oleh saintis berkenaan dengan fakta ini”.

Demikianlah kesimpulan yang dibuat oleh Michio Kaku, salah seorang saintis terkemuka di dalam video yang berjudul “how to reverse ageing“.

Namun apakah fakta itu benar?

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Anna Picca pada tahun 2017, pengurangan pengambilan kalori harian boleh menyebabkan perubahan pada aktiviti protein, terutamanya sirtuin.

Ia boleh mendorong kepada kelanjutan usia hasil daripada impak yang positif ke atas kesihatan metabolik.

Ini bermakna, lapar tidak semestinya membawa impak negatif. Ia boleh menyihatkan tubuh badan!

Diet makan sekali sehari untuk kekal sihat

diet

Jika anda makan sekali sehari, adakah ia berkesan dalam memastikan diri anda kekal sihat dalam jangka masa panjang?

Jawapannya adalah bergantung kepada individu tersebut. Ramai yang berpendapat bahawa makan sekali sehari untuk kekal sihat adalah sangat ekstrem.

Namun buat individu yang lain, ia merupakan alternatif terbaik untuk mengekalkan berat badan ideal dan dalam masa yang sama, menikmati makanan tanpa had pada satu hidangan yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, manfaat ini hanya dilihat pada subjek dengan berat badan normal dan dijalankan pada jangka pendek. Kajian lanjut masih diperlukan untuk membuktikan kaitan antara kedua-duanya.

Pun begitu, ini kebaikan buat mereka yang mengamalkan pelan makan sekali sehari (pelan OMAD):

  • Penurunan berat badan: Sangat sukar buat mereka yang mengamalkan pelan OMAD untuk mendapat lebihan keperluan kalori dalam masa sehari memandangkan mereka makan hanya sekali sahaja. Pelan ini mampu mencetuskan ketosis, pembakaran lemak badan untuk digunakan sebagai tenaga justeru memudahkan usaha untuk menurunkan berat badan (Ini hanya berlaku jika mengawal kalori. Mereka yang tidak mengawal kalori hanya dapat mengekalkan berat badan dalam lingkungan 2kg sahaja)
  • Peningkatan fokus dan produktiviti: Jika anda sedar, kadang kala selepas makan tengah hari, anda akan berasa lembap. Tanpa makan tengah hari, anda tidak akan merasakan kesan daripada sistem penghadaman anda sedang mencerna makanan
  • Kebebasan daripada merancang pelan pemakanan: Disebabkan anda hanya makan sekali sehari, anda tidak perlu merancang pemakanan anda 3 ke 4 kali sehari. Diet anda juga tidaklah begitu ketat dan anda boleh mengambil apa sahaja yang anda inginkan apabila tiba saat anda menjamu selera
  • Ia merupakan kaedah yang berkesan untuk melatih disiplin diri

Kini terdapat lebih daripada 50,000 ajaran berkenaan dengan pelan pemakanan berkesan untuk mencapai berat badan ideal.

Namun, pastikan anda memilih cara yang bukan sahaja berkesan, malah sesuai untuk jangka masa panjang. 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. I Tried Extreme Fasting by Eating Once a Day – Here’s What Happened. (https://www.healthline.com/health/food-nutrition/one-meal-a-day-diet#5). Diakses pada 29 Oktober 2019. 

Versi Terbaru

27/06/2020

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Diet Rendah Karbohidrat Boleh Sebabkan Kanser Usus, Benarkah?

Diet Mediterranean Kurangkan Risiko Berlakunya Masalah Pendengaran


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 27/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan