home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Bagaimanakah Sepatutnya Memanfaatkan Usia 20-an Anda?

Bagaimanakah Sepatutnya Memanfaatkan Usia 20-an Anda?

Semua orang mengatakan bahawa usia 20-an adalah tempoh masa eksperimen atau percubaan, yang mana anda mungkin melakukan kesilapan dan menjalani kehidupan dengan sedikit komitmen dan tanggungjawab. Malah, pada usia ini juga anda sebenarnya sedang membentuk diri anda pada masa hadapan dan sepanjang hayat.

Baca artikel ini untuk membantu anda melalui fasa 20-an.

1. Belajar menerima dan menyayangi diri anda

Dengan kata lain, tunjukkan sedikit belas kasihan terhadap diri sendiri. Para saintis mengatakan bahawa ia boleh membuatkan anda lebih berjaya kerana anda belajar daripada salah faham anda, bukan hanya menghukum diri.

2. Bina kemahiran asas kehidupan

Walau apa pun bidang kerjaya yang anda cari atau inginkan, terdapat kemahiran asas tertentu yang akan membantu anda berjaya. Kita semua perlu belajar cara menangani ketidakpastian, tekanan dan kebimbangan. Anda juga mesti belajar cara untuk bangkit dan mempertahankan diri apabila perlu. Selain itu, belajar menjadi pendengar yang baik, bukannya terus membuat kesimpulan.

3. Ambil risiko

Dalam usia 20-an, anda masih awal dalam kerjaya dan kehidupan. Ini mungkin masa terbaik untuk mengambil pelbagai kepercayaan dan mempelajari sesuatu perkara walaupun berdepan dengan kesukaran. Jika melepasinya, anda berjaya. Sekiranya gagal, anda mempunyai cerita yang hebat dalam 40-an anda. Pada fasa 20-an ini, anda mempunyai semua tenaga, keberanian dan semangat yang diperlukan untuk bangkit semula. Selain itu, anda tidak akan takut untuk gagal.

4. Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain

Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Dalam era media sosial, adalah cenderung membuatkan anda berasa rendah diri jika mengetahu rakan anda akan berkahwin, mempunyai anak, dan menjalani kehidupan mewah. Perlu diketahui bahawa setiap orang mempunyai jalan kehidupan sendiri. Keadaan ini menyebabkan anda menyakiti diri sendiri.

Malah, penyelidikan menunjukkan bahawa membandingkan diri anda dengan orang lain adalah sia-sia. Ini kerana, dari luar, orang boleh kelihatan lebih bahagia dan kurang bermasalah daripada apa yang sebenarnya.

5. Belajar menguruskan wang

Perkara penting yang sering diabaikan oleh kebanyakan golongan muda adalah pengurusan kewangan. Keadaan kewangan boleh mempengaruhi kehidupan anda sekarang dan selama beberapa dekad akan datang.

Belajar untuk merancang dan mengawal perbelanjaan anda. Tetapkan matlamat kewangan untuk diri sendiri, seperti jumlah simpanan tetap. Ini akan membantu anda membina kestabilan kewangan, yang merupakan asas kepada kejayaan masa depan anda.

6. Seimbangkan diri anda

Pada usia 20-an, anda cenderung untuk bekerja keras dan maju di dalam kerjaya, tetapi dalam masa sama sudah pasti anda mahu kehidupan yang menyeronokkan. Ia tidak menjadi kesalahan untuk anda bersosial selepas menghabiskan masa dengan kerjaya anda. Anda perlu mencari cara untuk memulihkan minda dan tubuh mencapai kejayaan dan kepuasan secara peribadi dan profesional. Dalam masa sama tekankan juga kesihatan mental dan fizikal anda, dan dapatkan keseimbangan yang berfungsi untuk anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Why Going It Alone is How You Should Spend Your Twenties http://swaay.com/why-being-alone-is-how-you-should-spend-your-twenties/ Accessed on Mac 15, 2019.

17 things to start doing in your 20s so you don’t live in regret in your 40s https://www.businessinsider.my/what-to-do-in-your-20s-2017-10/ Accessed on Mac 15, 2019.

20 Tips to Make the Most of Your 20s https://www.huffingtonpost.com/ashley-crouch/20-tips-to-make-the-most-of-your-20s_b_3832002.html Accessed on Mac 15, 2019.

10 Things to Do in Your 20s So You’re Successful in Your 30s https://www.entrepreneur.com/article/325839 Accessed on Mac 15, 2019.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 14/07/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor