5 Tip Mudah Untuk Turun Berat Dan Kekal Sihat

    5 Tip Mudah Untuk Turun Berat Dan Kekal Sihat

    1. Tidur awal

    Tip ini mungkin nampak mudah tetapi di Malaysia, khususnya di bandar, tidur awal merupakan satu cabaran. Mana tidaknya, di waktu malam la saat yang paling meriah di bandar. Jika siangnya seharian bekerja, malam adalah waktu untuk berjalan-jalan dan makan.

    Cuba susun masa agar anda dapat masuk tidur awal. Tidur yang cukup memberikan badan anda rehat yang mencukupi untuk berfungsi dengan lebih baik keesokan harinya.

    2. Pertimbangkan makanan sihat online

    Kini sudah banyak pilihan makanan yang sihat. Jika anda malas nak berjalan ke restoran, anda boleh cuba membuat pesanan online untuk mendapatkan makanan yang sihat. Kadangkala, ada yang menyediakan nasihat dan cadangan makanan sihat sesuai dengan keadaan anda.

    3. Banyakkan makan buah

    Malaysia adalah syurga buah. Tanahnya yang subur membuatkan banyak buah-buahan yang sedap mudah didapati di Malaysia. Tidak terkecuali juga buah-buahan import yang tersedia di pasaraya. Banyakkan makan buah untuk mendapatkan nutrisi yang baik serta menghidrat badan anda di tengah-tengah cuaca yang panas.

    4. Masak di rumah

    Ini adalah cara terbaik untuk memastikan diet anda sihat. Anda tahu apa yang anda gunakan dan boleh mengawal kandungan bahan tersebut. Selain mendapatkan makanan yang sihat, ia juga sangat menjimatkan. Jika sepinggan nasi bersama seketul ayam dan sayur sudah mencecah RM7, anda mungkin boleh mendapatkan harga yang semurah RM4 jika masak di rumah.

    5. Kurangkan restoran mamak

    Restoran mamak sudah menjadi satu budaya di Malaysia. Ia seolah-olah McDonald versi Malaysia. Dengan servis segera 24 jam sehari dan boleh ditemui di hampir seluruh Malaysia, ia merupakan pilihan orang Malaysia. Namun, anda perlu kurangkan makan di restoran mamak kerana makanannya yang kebanyakkannya berminyak dan kurang sihat. Sekali-sekala tidak mengapa.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/09/2021

    Iklan
    Iklan
    Iklan
    Iklan