Teh hijau dianggap sebagai teh diet, kerana dikatakan dapat membantu menguruskan badan. Jika anda gemar meminumnya, ketahui waktu sesuai minum teh hijau.
Baca lebih lanjut tentang Pemakanan Sihat di sini.
Waktu sesuai minum teh hijau
Teh hijau merupakan minuman yang dapat membantu mengurangkan berat badan dan memberikan manfaat kepada kesihatan badan. Ia juga dianggap sebagai teh diet.
Teh hijau mengandungi antioksidan, enzim, asid amino dan fitokimia seperti polifenol. Jika anda seorang pengemar minuman teh diet ini, anda harus mengetahui waktu sesuai minum teh hijau bagi mendapatkan sepenuh manfaat yang ditawarkan teh hijau untuk kesihatan anda.
-
Elakkan meminumnya di awal pagi
Mengambil makanan yang berkhasiat pada awal pagi adalah perkara yang baik memandangkan badan kita bersedia untuk menerima makanan selepas kelaparan ketika tidur.
Tetapi memilih untuk meminum teh hijau pada awal pagi ketika perut kosong boleh menyebabkan kesan buruk kepada hati kerana kandungan tinggi catechin di dalam teh hijau. Catechin – sejenis kompaun polifenol – yang berada dalam teh hijau perlu dikawal.
Kandungan kompaun ini dalam kuantiti yang tinggi boleh mengakibatkan kerosakan hati. Malah mengambil teh hijau ketika perut kosong boleh mengakibatkan dehidrasi.
Waktu sesuai mengambil minuman ini adalah selepas bersarapan. Seeloknya minum minuman ini pada sekitar pukul 10 hingga 11 pagi.
-
Minum teh sebelum makan
Sebagai contoh, waktu sesuai minum teh hijau adalah jam sebelum atau selepas hidangan makanan. Ia untuk memaksimumkan pengambilan nutrien dan penyerapan iron.
Sekiranyaanda menghidapi atau menderita dengan masalah anemia, sebaiknya anda elakkan pengambilan meminum teh diet ini ketika makan.
-
Sebelum bersenam
Teh diet boleh membantu membakar lebih lemak kerana ia mengandungi kafein. Ia boleh meningkatkan tenaga supaya anda dapat bersenam dengan lebih lama dan dalam masa yang sama membantu mengurangkan berat dan membakar lemak.
Sebaiknya waktu sesuai minum teh hijau ini adalah 30 minit sebelum anda bersenam.
-
Minum teh hijau 2 jam sebelum tidur
Teh hijau bukanlah sejenis minuman yang sesuai diminum sebelum tidur. Ini kerana kafein yang terkandung di dalamnya boleh menjejaskan tidur anda.
Ia mengandungi asid amino L-theanine yang akan membuatkan anda lebih sedar dan menjadikan anda lebih fokus.
Waktu yang terbaik untuk meminumnya adalah dua jam sebelum waktu tidur kerana pada tempoh ini, metabolisme berada pada tahap rendah dan teh hijau boleh membantu meningkatkannya.
Jika anda mengambil teh hijau untuk mengurangkan berat badan, waktu ini adalah waktu yang terbaik. Meminum teh hijau sebelum tidur dapat membantu membakar lemak ketika anda sedang tidur.
-
Sepanjang hari
Jika anda ingin membersihkan badan atau mendetoks badan menggunakan teh hijau, anda harus dan perlu meminumnya sedikit demi sedikit sepanjang hari.
Fungsi detoks yang terkandung dalam teh hijau berfungsi secara perlahan dan anda perlu melakukannya secara sedikit demi sedikit untuk memperolehi semua manfaatnya.
Jika anda mengambil minuman ini secara sekali gus, fungsi detoks tidak akan berjaya dan ia hanya akan mengalir keluar dari badan anda sebagai air kencing.
Hanya 2 – 3 cawan
Oleh kerana teh hijau kaya dengan antioksidan dan kompaun semula jadi berasaskan tumbuhan seperti tanin dan flavanoid, sejenis antioksidan yang melindungi penyakit jantung – mengambilnya secara berlebihan boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada hati.
Jadi dinasihatkan untuk mengambilnya hanya antara dua ke tiga cawan sahaja sehari dan pastikan anda tahu waktu yang sesuai minum teh hijau, okay?
[embed-health-tool-bmr]