Inai

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Inai?

Berdasarkan sejarah, Inai telah digunakan untuk cirit-birit teruk yang disebabkan oleh parasit (disenteri ameba), kanser, limpa membesar, sakit kepala, jaundis, dan keadaan kulit. Pada  masa kini, orang menggunakan Inai untuk ulser perut dan usus.

Inai kadang kala disapukan terus pada kawasan yang terlibat dengan kelemumur, ekzema, skabies, jangkitan fungi, dan luka.

Bagi bidang pembuatan, Inai digunakan dalam kosmetik, pewarna rambut, dan produk rambut; dan sebagai pewarna untuk kuku, tangan, dan pakaian.

Orang juga menggunakan Inai pada kulit sebagai “tatu” sementara.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana Inai berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat kajian menunjukkan Inai mengandungi bahan yang mungkin membantu melawan jangkitan tertentu. Terdapat juga beberapa informasi yang mana Inai boleh mengurangkan pembesaran tumor, menghalang dan mengurangkan kekejangan, mengurangkan keradangan, dan melegakan kesakitan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Inai?

Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan dalam Inai atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti pada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi pengambilan herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk kepada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Inai selamat digunakan?

Inai dilihat selamat digunakan bagi kebanyakan orang dewasa apabila digunakan pada kulit atau rambut.

Inai dikira tidak selamat apabila diambil melalui mulut.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Kanak-kanak: Inai dikira tidak selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak, terutamanya bayi. Terdapat kes kesan sampingan serius apabila Inai disapu pada kulit bayi.

Bayi dengan keadaan yang dipanggil kekurangan glukosa 6-fosfate dehidrogenase (G6PD) berisiko tinggi apabila bersentuhan dengan Inai.

Kehamilan atau menyusu badan: Tidak selamat untuk mengambil Inai melalui mulut jika anda sedang hamil. Inai juga tidak selamat jika anda sedang menyusu badan.

Alahan Inai: Jika anda alah kepada Inai, elakkan sentuhan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Inai?

Inai boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan seperti radang kulit (dermatitis) termasuk merah-merah, terbakar, bengkak, berkeruping, kulit luka, lepuh, dan kulit berparut. Jarang sekali, berlakunya reaksi alahan seperti geligata, hidung berair, berdehit, dan asma.

Tertelan Inai tanpa sengaja boleh menyebabkan perut tidak selesa dan kesan sampingan lain yang memerlukan perhatian perubatan yang segera.

Meletakkan Inai pada kulit bayi yang mempunyai kekurangan glukosa 6-fosfate dehidrogenase (G6PD) boleh menyebabkan sel darah merah mereka pecah.

Wanita yang hamil jika mengambil Inai melalui mulut mungkin akan berhadapan dengan risiko keguguran.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli herba anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Inai?

Inai boleh bertindakbalas dengan ubat atau keadaan perubatan terkini anda. Rujuk kepada pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Litium boleh bertindak balas dengan Inai.

Inai mungkin mempunyai kesan seperti pil air atau “diuretik.” Pengambilan Inai mungkin akan mengurangkan kebolehan badan untuk membuang litium. Ini boleh meningkatkan jumlah litium di dalam badan dan mengakibatkan kesan sampingan yang serius. Berbincang dengan pembekal penjagaan kesihatan anda sebelum menggunakan produk ini jika anda sedang mengambil litium. Dos litium anda mungkin perlu diubah.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Inai yang biasa digunakan?

Dos bagi Inai berbeza bagi setiap orang. Ia bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa keadaan anda yang lain. Herba tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk dos yang sesuai untuk anda.

Apakah bentuk penyediaan Inai?

Inai boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Ajen pewarna dalam pewarna dan perapi rambut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.