Apabila sudah hampir tiba musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan lain-lain, carian kata kunci inai tangan simple atau yang sewaktu dengannya akan kembali popular di laman Google.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Apabila sudah hampir tiba musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan lain-lain, carian kata kunci inai tangan simple atau yang sewaktu dengannya akan kembali popular di laman Google.
Persoalannya, adakah ada risiko tersembunyi di sebalik pemakaian inai ini? Jom terus baca artikel!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Sebenarnya, penggunaan inai atau henna di kulit tangan itu adalah satu tradisi popular masyarakat India sejak dari zaman dahulu lagi sebagai perhiasan untuk kaum wanita.
Seiring dengan peredaran zaman, ia telah jadi satu trend di mana semua masyarakat di Malaysia sudah tidak lagi kekok untuk turut cuba memakai henna di tangan mereka.
Inai sering kali digunakan oleh wanita ketika menghadiri majlis keraian seperti pertunangan, perkahwinan, persandingan atau acara lain dengan tujuan tampil lebih menarik.
Dalam erti kata lebih mudah, pewarna semula jadi yang diekstrak daripada pokok inai ini bukan hanya satu tradisi malahan satu trend hiasan dan akan diteruskan oleh generasi baru akan datang kelak.
Cuma, anda mungkin perlu lebih waspada jika memakai inai hitam atau henna kerana wujud risiko bahaya jika salah cara memakainya!
Untuk pengetahuan anda semua, inai buatan ada kesan atau efek bahaya pada kulit individu ekoran ia mungkin mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan kesan sampingan.
Ini kerana kebanyakan inai tangan simple di pasaran mengandungi Paraphenylenediamine (PPD) dan ia adalah punca utama kenapa anda perlu lebih waspada jika ingin pakai henna di tangan.
PPD itu secara dasarnya adalah selamat dan biasa digunakan di dalam proses pembuatan pewarna solekan termasuk inai, namun akan bawa kesan sampingan berikut jika jumlahnya terlalu tinggi:
Pemakaian henna yang tidak sesuai dengan kulit anda itu boleh menyebabkan kerengsaan dan keradangan pada kulit sekali gus mengakibatkan rasa pedih yang tidak selesa.
Rasa pedih itu mungkin boleh diibaratkan seperti rasa kulit sedang melecur. Ia mungkin boleh hilang secara sendiri jika dibiarkan tanpa ubatan atau rawatan seiring waktu.
Sekiranya anda mempunyai jenis kulit sensitif, maka risiko anda untuk mengalami reaksi alergi pada kulit mungkin adalah lebih tinggi berbanding dengan jenis kulit yang biasa.
Kesan daripada reaksi alergi ini, kulit anda mungkin akan mengalami kemerahan, kegatalan dan ketidakselesaan yang memerlukan pemerhatian lanjut dengan kadar segera.
Lebih menakutkan, turut wujud kesan sampingan jangka masa panjang yang sudah pasti mahu dielakkan oleh para pengguna henna iaitu muncul atau timbul parut bersifat kekal.
Parut tersebut terjadi angkara wujudnya gelembung air pada kulit yang perlu dibuang melalui prosedur pembedahan minor dan kesannya, maka akan tinggal parut yang buruk di kulit tubuh anda.
Kebiasaannya, pemakaian henna di tangan ini akan kekal melekat pada kulit selama beberapa jam atau dua tiga hari sahaja. Namun, ia boleh jadi lebih lama dan sukar ditanggalkan jika inai yang digunakan itu mengandungi bahan kimia tidak sesuai.
Sekiranya sudah tiba masa untuk anda tanggalkan henna namun ia tetap kekal melekat, jangan risau kerana ada beberapa cara yang anda boleh cuba untuk membuang henna ini:
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen