Ramai pasti bersetuju jika kami katakan bahawa membuang air besar adalah satu perkara yang baik untuk diri anda. Kami juga yakin bahawa ramai yang tahu kerap tahan berak boleh jadi punca masalah sembelit.
Tetapi ada ketika di mana anda terpaksa menahan diri daripada membuang air besar. Saat-saat ia datang itu kadangkala betul-betul pada masa yang tidak sesuai seperti ketika sedang bermesyuarat atau sedang menunggu bas atau LRT.
Apa keputusan anda? Mahu mencari tandas berdekatan atau tahan berak dan tunggu sehingga tiba dirumah?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Kerap tahan berak? Bahaya ni!
Menurut Alison Chen, pengarang buku What Your Poo Says About You, kita boleh menahan berak tetapi ia tidak boleh dilakukan selalu. Mengapa?
Kerana amalan kerap tahan berak boleh menyebabkan anda mengalami masalah sembelit. Menurut Alison Chen lagi, semakin lama anda menahan daripada membuang air besar, maka semakin keras najis anda.
Ini kerana semakin banyak kandungan air yang akan diserap keluar daripada najis anda.
Apabila tinja anda menjadi lebih keras, anda akan mengalami sedikit kesukaran untuk mengeluarkannya. Bukaan dubur anda berkemungkinan akan mengalami fisur atau koyakan ketika najis dikeluarkan.
Apabila terdapat sebarang koyakan pada bukaan dubur, anda pasti akan merasakan kesakitan selain menyebabkan pendarahan dan mengambil sedikit masa untuk sembuh. Selain itu, anda juga berpotensi untuk mendapat buasir jika najis anda kerapkali menjadi keras.
Anda mungkin tidak tahu bahawa najis yang keras menjadi salah satu penyebab terjadinya buasir.
Baca juga: