home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Lidah Berfisur (beralur)

Definisi|Simptom-simptom|Punca|Faktor-faktor Risiko|Diagnosis dan Rawatan|Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Definisi

Apa itu Lidah Berfisur (beralur)?

Lidah berfisur (beralur) dipanggil sebagai Lingua Plicata atau Lidah Skrotal, mempunyai rekahan, alur dan fisur. Keadaan ini tidak berbahaya tetapi perlu diperiksa oleh doktor atau doktor gigi untuk pengesahan.

Lidah berfisur mempunyai:

  • Rekahan, alur, terbelah pada bahagian atas dan tepi lidah.
  • Fisur ini hanya menjejaskan lidah.
  • Lidah berfisur mempunyai kedalaman yang berbeza tetapi kedalaman boleh mencecah sehingga 6 mm.
  • Alur mungkin berhubung dengan alur lain, membahagikan lidah kepada bahagian kecil.

Kecuali debris terbentuk di dalam fisur, anda biasanya tidak mengalami sebarang simptom. .

Apakah kebarangkalian Lidah Berfisur (beralur)?

Fisur pertama kali berlaku semasa zaman kanak-kanak. Tetapi, lidah berfisur ini lebih lazim berlaku dalam kalangan orang dewasa. Seperti kedutan, yang menjadi semakin teruk dengan bertambah usia, fisur juga menjadi lebih jelas apabila anda meningkat dewasa / bertambah usia. Jika anda menjalani pemeriksaan gigi secara berkala, doktor gigi boleh mengenal pasti fisur pada lidah anda. Ini adalah bagaimana kebanyakan fisur dijumpai.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Lidah Berfisur (beralur)?

Lidah berfisur (beralur) kelihatan seperti lidah tersebut terbelah kepada dua bahagian. Kadang kala, terdapat beberapa fisur pada lidah. Lidah anda juga kelihatan merekah. Alur dalam lidah boleh dilihat dengan jelas. Ini memudahkan doktor atau doktor gigi anda untuk mendiagnos keadaan ini. Bahagian tengah lidah paling lazim terjejas, tetapi terdapat juga fisur pada lidah bahagian lain.

Anda mungkin mengalami kecacatan lidah yang tidak berbahaya lain bersama lidah berfisur, dikenali sebagai lidah geografi. Lidah normal diselaputi dengan benjolan kecil, berwarna merah jambu-putih dikenali sebagai papillae. Individu dengan lidah geografi kehilangan papillae pada lidah di bahagian berbeza. Tompokan tanpa papillae adalah lembut dan berwarna merah dan timbul di sisinya.

Lidah berfisur atau lidah geografik adalah keadaan bukan berjangkit dan tidak berbahaya. Tetapi, kedua-dua keadaan menyebabkan rasa tidak selesa dan meningkatkan sensitiviti kepada perkara tertentu.

Terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom, sila berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami sebarang tanda-tanda atau simptom atau soalan seperti yang disenaraikan di atas, sila berunding dengan doktor anda. Setiap individu bertindak balas berbeza. Adalah baik untuk berbincang dengan doktor tentang penyelesaian terbaik untuk anda.

Punca

Apakah punca Lidah Berfisur (beralur)?

Pengkaji masih tidak menjumpai punca sebenar lidar berfisur. Tetapi, keadaan ini dikatakan adalah variasi lidah yang normal.

Lidah berfisur juga berkaitan dengan beberapa sindrom, terutamanya sindrom Down dan sindrom Melkersson-Rosenthal. Sindrom Down juga dikenali sebagai Trisomi 21, adalah keadaan genetik yang menyebabkan pelbagai kecacatan fizikal dan mental. Pesakit sindrom Down mempunyai kromosom 21 sebanyak 3 salinan, yang sepatutnya hanya 2 salinan.

Sindrom Melkersson-Rosenthal adalah keadaan neurologikal mempunyai ciri lidah berfisur (beralur), bengkak muka dan bibir atas dan Bell’s palsy, di mana ia adalah bentuk kelumpuhan muka.

Lidah berfisur juga mungkin merupakan keadaan genetik, kerana ia sering berlaku dalam kalangan ahli keluarga.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Lidah Berfisur (beralur)?

Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Lidah Berfisur (beralur) didiagnosis?

Keadaan ini biasanya pencapaian secara tidak sengaja semasa pemeriksaan gigi rutin dan diagnosis dibuat dengan melihat karekter klinikal lidah tersebut.

Bagaimana pesakit Lidah Berfisur (beralur) dirawat?

Lidah berfisur secara amnya tidak memerlukan rawatan. Tetapi, adalah penting untuk mengekalkan penjagaan oral dan gigi yang baik, seperti memberus permukaan lidah untuk membuang sisa makanan dan membersihkan lidah. Bakteria dan plak terkumpul di dalam fisur (alur) dan menyebabkan nafas berbau serta meningkatkan potensi pereputan gigi.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Lidah Berfisur (beralur)?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi lidah berfisur (beralur):

  • Kekalkan rutin penjagaan gigi termasuk memberus dan flossing harian.
  • Jumpa doktor gigi dua kali setahun bagi pembersihan profesional.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda untuk memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Figured tongue. https://www.healthline.com/symptom/fissured-tongue. Accessed October 27, 2017

Figured tongue. https://www.webmd.boots.com/oral-health/guide/fissured-tongue. Accessed October 27, 2017

Figured tongue. http://www.aaom.com/fissured-tongue. Accessed October 27, 2017

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya Disemak pada 13/09/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x