5 Perkara Mengenai Denggi yang Ibu Hamil Patut Tahu

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Mengalami denggi semasa kehamilan boleh membahayakan bakal ibu dan bayi dalam kandungan. Malah, risiko anda mengalami jangkitan ini jugan tinggi kerana ketika ini tahap imuniti anda rendah. Berikut beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai penyakit ini.

1. Denggi boleh menjangkiti bayi

Sekiranya anda mengalami denggi semasa hamil, risiko terbesar adalah ia juga boleh berjangkit kepada bayi anda juga. Walaupun peluangnya dijangkiti rendah, terdapat kes yang didokumentasikan bayi telah dijangkiti. Jadi, kemungkinan ia dijangkiti adalah lebih tinggi jika anda mengalami denggi pada trimester ketiga. Sekiranya bayi dijangkiti denggi semasa kelahiran, dia mungkin dilahirkan dengan kurang berat. Malah, denggi juga boleh menyebabkan kelahiran pramatang, praeklampsia atau kelahiran mati.

2. Ketahui simptom denggi terhadap ibu

Simptom yang paling biasa denggi adalah demam tinggi, sakit sendi, sakit otot, sakit kepala dan ruam. Jika anda mengalami mana-mana simptom semasa hamil, segera berjumpa doktor. Sesetengah wanita juga boleh mengalami simptom yang teruk kerana jumlah platelet yang berkurang. Ini termasuk tekanan darah rendah dan pendarahan. Diagnosis awal denggi boleh mengurangkan risiko komplikasi.

3. Ketahui simptom denggi terhadap bayi

Sekiranya bayi anda dijangkiti dengan demam denggi semasa kelahiran, dia mungkin akan menunjukkan simptom seperti demam, kerengsaan, mengantuk atau ruam. Simptom ini biasanya berlaku dalam dua minggu pertama selepas kelahiran dan perlu segera dirujuk oleh pakar pediatrik.

4. Rehat dan penghidratan

Doktor anda tidak mungkin mengesyorkan sebarang ubat-ubatan jika anda mengalami demam denggi semasa kehamilan. Pilihan terbaik adalah anda perlu mendapatkan rehat dan pastikan anda terhidrasi dengan baik. Anda boleh menggunakan paracetamol untuk mengawal demam kerana ia dianggap selamat untuk wanita hamil. Jika anda mengalami simptom yang teruk seperti muntah atau demam tinggi, doktor akan menetapkan rawatan yang sesuai. Anda mungkin memerlukan terapi penggantian cecair di hospital. Ingat, jangan ambil ubat sendiri sebelum berunding dengan doktor.

5. Lebih mudah mendapat denggi pada awal pagi dan lewat petang

Nyamuk denggi kebanyakannya aktif pada musim hujan. Ia lebih suka air bertakung untuk membiak dan aktif pada siang hari. Jika anda hamil semasa musim hujan, berhati-hati pada awal pagi dan lewat petang. Ini adalah masa-masa yang menimbulkan risiko tertinggi digigit. Walau bagaimanapun, sejak wanita hamil berisiko tinggi penyakit semasa musim monsun, adalah penting untuk mengambil langkah berjaga-jaga pada masa ini, bukan hanya terhadap penyakit yang membawa nyamuk tetapi juga yang lain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Jun 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: November 15, 2019

Rujukan