Ketagihan Permainan Video Merupakan Masalah Mental Menurut WHO

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meletakkan ketagihan permainan video dan digital sebagai salah satu daripada keadaan kesihatan mental. Ia seterusnya termasuk di dalam senarai penyakit di dalam International Classification of Diseases (ICD) atau Klasifikasi Penyakit Antarabangsa, iaitu satu panduan standard di peringkat global dalam diagnosis dan pengurusan sesuatu penyakit.

Adakah semua yang bermain permainan video termasuk dalam klasifikasi ini?

Tidak semua orang yang bermain permainan video dikira ketagih. Malah, hanya peratusan kecil sahaja.

Seseorang itu hanya boleh disahkan mengalami ketagihan oleh ahli profesional yang dilatih untuk membuat diagnosis keadaan ini. Menurut WHO, definisi gangguan permainan video (gaming disorder) termasuk:

  • Ketagihan berlaku di luar kawalan sekurang-kurangnya selama 12 bulan.
  • Prioriti diberikan kepada permainan video sampai ke tahap mengatasi minat dan aktiviti lain dalam kehidupan seharian.
  • Tingkah laku berterusan atau bertambah meskipun setelah berlaku kesan negatif atau menjejaskan hubungan, pelajaran dan pekerjaan.

Mengapa ia dimasukkan ke dalam ICD?

Keputusan yang dibuat oleh WHO adalah berdasarkan bukti-bukti yang ada dan persetujuan antara pakar daripada bidang dan negara berbeza. Selain itu, terdapat juga permintaan kepada rawatan bagi keadaan ini serta pengiktirafan agar langkah-langkah pencegahan dan kajian lanjut dapat diperkasakan.

Video ihsan daripada laman YouTube World Health Organization

Keraguan dalam pendefinisian

Sebahagian pakar enggan meletakkan keadaan ini ke dalam ICD.

The Society for Media Psychology and Technology, cabang daripada American Psychological Association berkata bahawa kajian terkini masih tidak mencukupi untuk memberikan defini kepada keadan tersebut. Meskipun kajian sudah dijalankan hampir 30 tahun, masih banyak perkara yang tidak jelas seperti definisi, simptom, kelaziman dan adakah ia berdiri secara sendiri atau merupakan simptom kepada masalah lain yang sedia ada.

Selain itu, the European Games Developer Federation (EGDF) turut memberikan kiritikan terhadap tindakan yang diambil oleh WHO.

Peranan masyarakat

Di sebalik bantahan dan keraguan yang ada, kesan permainan video dalam kehidupan harian memang wujud, sama ada banyak atau sedikit. Tanpa menolak manfaat yang ada, ia hendaklah dikawal terutamanya oleh ibu bapa. Satu kajian yang dijalankan di Jerman menemui bahawa majoritinya melibatkan kanak-kanak, remaja dan dewasa muda.

Ia boleh menjadi satu perkara yang bermanfaat jika dikawal dan dipandu dengan baik. Jika tidak, lebih banyak kesan buruk yang akan berlaku. Sebelum terlambat, mulakan di rumah anda hari ini!

Hello Heath Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut