Apakah punca fobia? Adakah ia boleh dirawat?
Kebiasaannya, fobia bermula semasa umur kanak-kanak atau dewasa muda. Selepas umur 30 tahun, sangat jarang bagi seseorang untuk mendapat fobia buat pertama kali.
Pucanya boleh jadi daripada peristiwa atau pengalaman yang menakutkan. Contohnya, pernah digigit kucing sewaktu kecil sehingga menjadi takut terhadap kucing atau lemas di dalam sungai menyebabkan dirinya takut kepada air.
Ia juga boleh berpunca daripada keadaan ibu bapa atau ahli keluarga yang mempunyai fobia terhadap sesuatu. Contohnya, ahli keluarga yang takut kepada serangga mungkin membuatkan ahli keluarga lain di dalam rumah tersebut turut terikut sama.
Fobia adalah keadaan yang boleh didiagnosis dan dirawat. Antara pilihan rawatan yang ada termasuk:
- Terapi pendedahan – Seseorang akan didedahkan kepada perkara yang ditakutinya secara beransur-ansur. Jika seseorang yang takut kepada anjing, pendedahan dimulakan dengan berfikir tentang anjing, diikuti dengan melihat gambar, video dan patung. Akhirnya baru beralih kepada anjing sebenar.
- Terapi tingkah laku kognitif (CBT) – Terapi ini membantu seseorang mengawal cara berfikir dan bertindak balas terhadap sesuatu agar perasaan takut tersebut dapat ditangani.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen