Sentiasa ingin menjadi pusat perhatian Merasakan diri lebih baik berbanding orang lain Sukar untuk menerima kritikan Memiliki harapan yang tidak realistik terhadap orang lain Memanipulasi orang lain untuk mendapatkan apa yang diingini Kesukaran memahami dan menghormati perasaan orang lain Mengalami cemburu dengan mudah Apakah punca yang menyebabkan narsisistik
Penyebab bagi gangguan NPD ini tidak diketahui dengan jelas.
Akan tetapi, gabungan faktor genetik, persekitaran dan pendidikan awal seseorang dipercayai menjadi faktor penyebabnya.
Pengalaman kehidupan seperti ditinggalkan semasa kanak-kanak atau kegagalan mendapatkan sokongan emosi mungkin juga mempengaruhi perkembangan NPD.
Maksud narsistik: Faktor risiko yang menyebabkannya
Walaupun tidak ada faktor risiko secara khusus yang menyebabkan narsisistik, namun beberapa situasi boleh meningkatkan kemungkinan seseorang mendapat gangguan NPD.
Antaranya termasuklah mempunyai ibu bapa yang gemar memanjakan anak sejak kecil atau diberi pujian atau kritikan berlebihan.

Selain itu, trauma ketika zaman kanak-kanak, dan masalah hubungan dengan ahli keluarga semasa remaja juga adalah antara faktor risiko narsisisme.
Diagnosis yang boleh dilakukan
NPD biasanya didiagnosis oleh pakar psikiatri atau psikologi dengan melakukan temu bual dan penilaian klinikal.
Diagnostik ini biasanya berdasarkan pada tingkah laku dan ciri-ciri yang telah dinyatakan.
Maksud narsistik: Rawatan yang tersedia
Walaupun NPD adalah salah satu gangguan personaliti yang sukar dirawat, namun terapi individual, terapi kelompok dan ubat-ubatan boleh membantu dalam mengurangkan gejala.
Rawatan bertujuan untuk membantu seseorang memahami dirinya, membangun hubungan yang sihat, dan meningkatkan harga diri sebenar.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen