Apa itu Uri Tercabut (Abruptio Placentae)?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Ketahui asas-asasnya

Apa itu uri tercabut (abruptio placentae) ?

Uri tercabut, yang juga dikenali sebagai abruptio placentae, adalah pemisahan plasenta lebih awal dari biasa. Ia adalah komplikasi kehamilan yang serius tetapi tidak kerap berlaku. Plasenta berkembang ketika hamil bertujuan menyalurkan nutrien kepada bayi yang sedang membesar. Ketika masalah ini berlaku, plasenta terpisah dari lapisan dalam dinding uterus sebelum proses bersalin. Ia boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu gred I, II, dan III, yang menjulat dari ringan hingga teruk.

Plasenta yang terpisah dari dinding rahim tidak dapat melekat kembali. Ini akan menghadkan jumlah oksigen dan nutrien kepada bayi dan menyebabkan pendarahan yang teruk kepada ibu. Komplikasi yang serius ini boleh menyebabkan kelahiran awal melalui pembedahan caesarean. Gangguan plasenta biasanya berlaku secara tiba-tiba dan memerlukan bantuan perubatan segera.

Apakah kebarangkalian uri tercabut (abruptio placentae) ?

Uri tercabut (abruptio placentae) adalah jarang berlaku tetapi sangat serius. Wanita hamil lebih berisiko ketika trimester ke-3 tetapi boleh berlaku selepas minggu ke 20. Hanya kira-kira 1% dari semua wanita hamil akan mengalami uri tercabut (abruptio placentae). Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ketahui simptom-simptom

Apakah simptom-simptom bagi uri tercabut (abruptio placentae)?

Simptom umum uri tercabut (abruptio placentae) ialah:

  • Perdarahan rahim, pengecutan rahim yang tidak normal, dan ┬ájanin dalam keadaan tertekan diketahui melalui pemeriksaan jantung janin.
  • Kontraksi rahim yang menyakitkan.
  • Keletihan, tekanan darah rendah, kadar jantung cepat, sakit perut, dan sakit belakang.

Bergantung kepada keparahannya (gred I, II, III), simptomnya adalah berbeza:

  • Gred 1: pendarahan ringan dari faraj, kontraksi rahim yang ringan, tanda-tanda vital (vital signs) yang stabil, dan kadar denyutan janin stabil. Ujian pembekuan darah normal.
  • Gred 2: pendarahan sederhana, kontrasi tidak normal, tekanan darah rendah, tekanan pada janin, dan pembekuan darah tidak normal.
  • Gred 3: Ini adalah yang paling teruk. Apa yang berlaku ialah perdarahan dan kontraksi yang kuat, tekanan darah rendah, kematian janin, dan sukar membeku darah.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom , sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor anda dan dapatkan rawatan perubatan dengan segera, jika anda mempunyai masalah yang berikut:

  • Pendarahan faraj;
  • Sakit perut;
  • Sakit belakang ;
  • Kekejangan rahim secara berterusan.

Ketahui puncanya

Apa yang mengakibatkan uri tercabut (abruptio placentae) ?

Sebab utama pengguguran plasenta tidak jelas, tetapi ia bukan masalah keturunan.

Trauma semasa hamil boleh menyebabkan uri tercabut (abruptio placentae):

  • Trauma yang melibatkan abdomen secara langsung (akibat jatuh, kemalangan kereta, dengan dipukul atau jatuh semasa bekerja);
  • Disebabkan oleh jarum yang terkena pada plasenta yang berada di kedudukan yang salah, pendarahan, pengumpulan darah di dalam tisu (hematoma) yang menyebabkan plasenta menggelupas.

Alatan doktor pakar obstetrik dan prosedur teknikal yang tidak betul juga boleh membawa kepada risiko uri tercabut (abruptio placentae).

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko uri tercabut (abruptio placentae)?

Terdapat banyak faktor risiko uri tercabut (abruptio placentae), seperti:

  • Sejarah mengalami uri tercabut (abruptio placentae): Jika anda pernah mengalami uri tercabut (abruptio placentae) semasa kehamilan yang lalu, anda berisiko mengalaminya pada kehamilan yang akan datang.
  • Tekanan darah tinggi: Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko uri tercabut (abruptio placentae).
  • Trauma abdomen: Kecederaan pada abdomen (misalnya: kemalangan) meningkatkan risiko uri tercabut (abruptio placentae).
  • Penyalahgunaan bahan tertentu: uri tercabut (abruptio placentae) berkemungkinan berlaku jika anda merokok atau menggunakan kokain semasa kehamilan.
  • Kantung amniotik pecah awal: Semasa kehamilan, janin dikelilingi oleh lapisan perlindungan yang dipanggil kantung amniotik. Risiko uri tercabut (abruptio placentae) meningkat jika kantung amniotik pecah sebelum kelahiran bermula.
  • Gangguan darah beku: Sebarang keadaan yang mempengaruhi keupayaan pembekuan darah, akan meningkatkan risiko uri tercabut (abruptio placentae).
  • Kehamilan berganda: Jika anda membawa kembar dua atau kembar tiga, kelahiran pertama boleh menyebabkan perubahan pada rahim, menyebabkan uri tercabut (abruptio placentae) sebelum melahirkan bayi kedua.
  • Umur anda: uri tercabut (abruptio placentae) kerap berlaku pada wanita yang lebih tua, terutamanya selepas 40 tahun.

Memahami diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SENTIASA rujuk dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana uri tercabut (abruptio placentae) didiagnosis?

Penyakit uri tercabut (abruptio placentae) boleh didiagnosis dengan beberapa cara:

  • Sejarah perubatan;
  • Pemeriksaan fizikal;
  • Ujian darah dan ujian makmal lain.

Bagaimana uri tercabut (abruptio placentae) dirawat?

Rawatan  dijalankan di hospital. Pasukan perubatan yang terdiri daripada doktor dan jururawat perlu menstabilkan keadaan anda terlebih dahulu. Anda akan diberikan beberapa cecair dan suntikan untuk menstabilkan tekanan darah dan mengekalkan aliran air kencing yang stabil. Dalam kes-kes yang mendesak, para doktor akan mengeluarkan bayi anda dengan pembedahan caesar atau pemindahan darah. Kebanyakan bayi cukup bulan mempunyai status yang berlainan yang boleh dilahirkan secara semulajadi , tetapi memerlukan pakar pediatrik.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu April 16, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 16, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda