Apa itu Patah Buku Lali?

Oleh

Definisi

Apa itu Patah Buku Lali?

Patah buku lali juga dikenali sebagai retak (fracture). Ia berlaku apabila satu atau lebih daripada tulang pada sendi buku lali patah/retak.

Patah buku lali boleh menjadi patahan yang sederhana pada satu tulang dimana ia tidak menghalang daripada seseorang untuk berjalan. Tetapi dalam beberapa kes yang serius, patah buku lali boleh menolak buku lali terkeluar daripada tempatnya dan menyebabkan kaki anda untuk tidak dapat bergerak untuk beberapa bulan.

Apakah kebarangkalian Patah Buku Lali?

Patah buku lali boleh dikatakan biasa terjadi kerana ia berlaku pada setiap peringkat umur. Doktor menyedari peningkatan jumlah kes ini, 30-40 tahun yang lalu. Jika orang yang lebih tua mengalami patah buku lali, mereka mungkin mengalami banyak komplikasi berkaitan masalah tulang pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor-faktor risikonya. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Patah Buku Lali?

Tanda-tanda dan simptom patah buku lali termasuklah:

  • Sakit dibahagian buku lali, kadang kala sakit ini menghalang anda daripada berjalan.
  • Bengkak dan lebam disekitar sendi atau cecair di dalam sendi itu sendiri, kebanyakannya seperti darah. Lebam ini boleh merebak kebawah menuju tapak kaki atau kearah jari kaki.
  • Kecacatan tulang yang boleh dilihat disekeliling buku lali.
  • Kulit tegang di bahagian tulang yang patah.

Terdapat beberapa simptom yang tidak dinyatakan di atas. Sila berunding dengan doktor sekiranya anda mempunyai persoalan berkaitan simptom tersebut.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu berjumpa doktor sekiranya:

  • Anda tidak mampu bertahan dengan sakit tersebut.
  • Ubat tahan sakit tidak berkesan.
  • Buku lali anda tidak dapat bergerak,
  • Anda boleh melihat kecacatan pada tulang di buku lali.
  • Tulang terkeluar daripada kulit.
  • Kaki anda bertukar menjadi warna biru.

Punca

Apakah Punca Patah Buku Lali?

Patah buku lali disebabkan oleh:

  • Memusing buku lali anda;
  • Menggelak buku lali;
  • Berjengket atau terjatuh;
  • Terlanggar semasa kemalangan kereta;
  • Membengkok atau meluruskan sendi;
  • Menggunakan daya yang kuat kepada sendi seperti melompat daripada tingkat atas.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Patah Buku Lali?

Terdapat banyak faktor risiko untuk patah tulang terutamanya jika anda seorang atlet yang kerap menyertai aktiviti yang memerlukan tenaga atau anda mempunyaii sejarah patah buku lali. Persekitaraan dimana tempat anda bekerja juga menyumbang kepada fakor risiko patah buku lali.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Patah Buku Lali didiagnosis?

Doktor anda akan bertanya tentang simptom yang anda alami, situasi dimana buku lali anda patah, sejarah perubatan anda terlebih dahulu. Selepas itu, doktor akan melakukan pemeriksaan pada buku lali, kaki dan bahagian bawah kaki anda.

Teknik diagnostik paling lazim digunakan ialah x-ray yang boleh mempamerkan sekiranya terdapat tulang yang patah. X-ray diambil dibahagian buku lali, dan kaki untuk memastikan tiada tempat lain yang tercedera.

Ujian stress: ia bergantung kepada jenis retakan/patah. Doktor meletakkan tekanan pada buku lali dan mengambil x-ray khas yang dipanggil ujian stress. X-ray ini dilakukan untuk melihat kemungkinan untuk melakukan pembedahan pada bahagian buku lali yang patah itu.

Imbasan CT (Computed Tomography): imbasan boleh menunjukkan gambaran keratan rentas (cross-section) buku lali yang membantu doktor menilai keadaan tulang anda. Ia sangat berguna apabila bahagian yang patah tersebut bertambah ke bahagian sendi buku lali.

Imbasan gema magnetic (MRI): ujian ini menyediakan maklumat lebih teliti berkaitan tulang dan tisu lembut (soft tissue). Untuk sesetengah kes patah buku lali, imbasan MRI mungkin dibuat untuk menilai ligamen buku lali tersebut.

Bagaimana pesakit Patah Buku Lali dirawat?

Bantuan Pertama/ First Aid

Teknik first aid adalah sangat penting untuk membantu menstabilkan tulang sehingga anda dihantar ke hospital. First aid yang betul boleh mengurangkan komplikasi yang mungkin berlaku. Ia termasuk beberapa langkah berikut:

  • Letakkan ais pada tempat cedera, terutama bahagian bengkak;
  • Bersihkan luka dengan sabun dan air;
  • Tutup luka dengan bandage.

Jika buku lali anda patah dan terkehel, doktor mungkin putuskan untuk memanipulasi buku lali ke tempat asal. Untuk memastikan tulang pada posisi yang betul semasa membawa anda ke hospital, penganduh akan digunakan untuk melindungi kaki anda.

Di hospital, doktor akan putuskan sama ada anda perlukan pembedahan atau anda hanya perlukan cast untuk menyokong buku lali anda dan ia akan sembuh secara semulajadi.

Rawatan perubatan

  • Cast: patah buku lali perlu diletakkan di dalam cast plaster atau penganduh untuk enam minggu. Semasa waktu ini, anda tidak boleh meletakkan sebarang pemberat pada buku lali yang patah itu. Selepas beberapa minggu, doktor akan menasihatkan anda tentang perkara yang akan membantu buku lali tersebut untuk sembuh. Mereka juga akan menggantikan cast plaster dengan yang lebih ringan atau boot khas yang boleh ditanggalkan selepas anda sembuh.
  • Pembedahan: jika retakan itu serius, anda perlu menjalani pembedahan yang perlu untuk memotong kulit dan diletakkan tulang tersebut pada posisi yang betul. Kombinasi plat, skrew dan wayar mungkin digunakan untuk memegang tulang bersama, dan luka ditutup menggunakan jahitan. Barang-barang logam ini biasanya tidak dibuang kecuali apabila berlaku sebarang masalah.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Patah Buku Lali?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu mengatasi risiko tulang yang tercedera:

  • Berhati-hati ketika membuat sebarang aktiviti.
  • Pakai kasut yang sesuai apabila bersukan dapat mengurangkan risiko anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 11, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.