Apa itu Kepatahan tengkuk femoral?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Kepatahan tengkuk femoral?

kepatahan tengkuk femoral adalah kepatahan tulang paha (femur) di bahagian pinggul. Sendi pinggul adalah sendi dari jenis sendi bebola-dan-soket. Patah berlaku di bahagian tengkuk tulang, yang mana bahagian bawah bebola. Pembuluh darah bagi bahagian tulang yang patah biasanya terhalang, jadi kepatahanini biasanya mengalami masalah untuk sembuh. Kebanyakan orang hanya mengalami penyembuhan penuh selepas pembedahan.

Apakah kebarangkalian Kepatahan tengkuk femoral?

Warga tua, terutamanya wanita adalah berisiko tinggi mengalami kepatahan tengkuk femoral kerana tulang kebiasaannya menjadi lemah seiring usia (osteoporosis). Sekiranya tulang paha cukup nipis dan lemah, hanya dengan seliuh boleh menyebabkan fraktur. Dalam 25% wanita berumur lebih 75 tahun usia mengalami osteoporosis teruk yang boleh mengakibatkan kepatahan tengkuk femoral.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kepatahan tengkuk femoral?

Simptom kepatahanpinggul termasuklah sakit di bahagian pinggul, punggung, atau bahagian pubik, terutamanya dengan pergerakan minimal dari pinggang atau kaki. Bahagian kaki yang terkesan adalah lebih pendek dari bahagian kaki yang lain, dan tapak kaki yang berpaling ke bahagian dalam. Selepas itu, lebam di bahagian pinggul, terutamanya bagi yang kurus, boleh dilihat.

Terdapat beberapa tanda dan gejala yang tidak disenaraikan di atas. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan tentang simptom, sila berbincang dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sekiranya anda cedera teruk dan perasan beberapa simptom yang disenaraikan di atas, atau rasa anda mengalami fraktur, anda perlu berjumpa dengan doktor. Walaupun kepatahan tengkuk femoral sukar untuk sembuh, keadaan ini boleh sembuh sepenuhnya sekiranya anda menjalani pembedahan. Anda juga perlu menghubungi doktor sekiranya mengalami beberapa masalah di bawah:

  • Mengalami sakit yang lebih teruk di bahagian pinggul selepas pembedahan. Kesakitan ini mungkin bermaksud infeksi, pendarahan, atau kelonggaran pada gentian pinggul atau skru.
  • Mengalami masalah berjalan. Ia mungkin tanda terdapat kelonggaran pada gentian pinggul.
  • Mengalami gejala infeksi, seperti demam atau bengkak atau kemerahan pada parut pembedahan.

Punca

Apakah Punca Kepatahan tengkuk femoral?

Punca keretakan pinggul boleh jadi kejatuhan yang teruk atau kemalangan kenderaan. Sekiranya keadaan tulang adalah cukup lemah, sedikit terseliuh boleh mengakibatkan tulang patah.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kepatahan tengkuk femoral?

There are many risk factor for hip fracture include:

Terdapat banyak faktor risiko bagi kepatahanpinggul antaranya:

  • Penuaan: kadar kepatahanpinggul meningkat seiring peningkatan usia, disebabkan oleh turunnya ketumpatan tulang dan berat otot dan masalah penglihatan dan keseimbangan, yang boleh mengakibatkan anda jatuh.
  • Jantina: Kira-kira 70 peratus kepatahanpinggul berlaku terhadap kaum wanita. Wanita mengalami pengurangan ketumpatan tulang pada kadar lebih pantas berbanding lelaki, sebahagiannya disebabkan penurunan kadar estrogen yang berlaku akibat menopaus mempercepatkan pengurangan tulang. Bagaimanapun, lelaki juga boleh mengalami kadar ketumpatan tulang yang terlampau rendah serta berbahaya.
  • Masalah kesihatan yang kronik: Masalah endokrin, seperti tiroid yang terlampau aktif, boleh mengakibatkan kerapuhan tulang. Masalah bahagian usus, yang boleh mengakibatkan penurunan penyerapan vitamin D dan kalsium, juga boleh mengakibatkan tulang melemah dan kepatahanpinggul. Kegagalan kognitif juga meningkatkan risiko untuk jatuh tercedera.
  • Beberapa jenis rawatan: Rawatan cortisone, seperti prednisone, boleh melemahkan tulang sekiranya diambil untuk jangka masa yang panjang. Beberapa ubatan atau kombinasi tertentu rawatan boleh menyebabkan anda pening dan lebih terdedah untuk jatuh.
  • Masalah nutrisi: kekurangan kalsium dan vitamin D di dalam diet ketika anda muda menurunkan puncak berat tulang dan meningkatkan risiko kepatahanketika usia lanjut. Masalah pemakanan yang serius, seperti anoreksia nervosa dan bulimia, boleh merosakkan tulang dan menghalang badan dari nutrient penting yang diperlukan bagi pembinaan tulang.
  • Kekurangan aktiviti fizikal: Senaman menggalas-badan, seperti berjalan, membantu menguatkan tulang dan otot, mengurangkan risiko jatuh dan fraktur. Sekiranya anda jarang terlibat dalam senaman menggalas-badan, anda boleh mengalami ketumpatan tulang yang lebih rendah dan tulang yang lemah.  
  • Merokok dan penggunaan alcohol: Keduanya mengganggu peroses normal pembinaan tulang dan pengekalannya, menyebabkan tulang berkurangan.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kepatahan tengkuk femoral didiagnosis?

Doktor biasanya akan melakukan diagnosis menerusi ujian fizikal. Dalam beberapa kes, sekiranya simptom tidak jelas dan mudah terkeliru dengan penyakit lain, doktor anda akan meminta anda agar mengambil X-ray. X-ray akan memastikan bahawa anda mengalami kepatahandan menunjukkan dengan tepat kawasan kepatahandi bahagian tulang anda.

Bagaimana pesakit Kepatahan tengkuk femoral dirawat?

Rawatan kepatahanpinggul biasanya adalah pembedahan. Dalam pembedahan, pin boleh diletakkan sepanjang fraktur, atau plat logam dan skru boleh digunakan untuk menahan fragmen tulang bersama. Pilihan lain termasuklah penggantian bebola di bahagian sendi dengan bebola logam, dan penggantian kedua soket dan bebola. Kadang-kadang, pembedahan tidak menjadikan sendi stabil, biasanya disebabkan oleh tulang yang berbaki adalah terlalu nipis.

Untuk mereka yang sakit teruk, rawatan yang boleh dilakukan ialah rehat mencukupi dan membiarkan kepatahansembuh sendiri.

Cara terbaik untuk menghalang kepatahanpinggul adalah dengan menghalang serta merawat osteoporosis melalui diet, senaman, dan ubatan. Serta, pastikan kawasan sekeliling rumah adalah selamat.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kepatahan tengkuk femoral?

Gaya hidup di bawah dan pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda menghadapi kepatahan pinggul:

  • Ambil ubatan seperti dinasihatkan dan ikut arahan doktor anda
  • Gunakan ubat sakit bagi membantu penyembuhan
  • Pengambilan diet yang baik untuk membekalkan protin serta kalsium. Ini akan membantu tulang untuk sembuh.
  • Senaman dalam bentuk terapi fizikal. Ianya penting bagi penyembuhan selepas pembedahan.
  • Kurangkan risiko jatuh di dalam rumah. Gunakan pencahayaan yang elok serta elakkan risiko tergelincir seperti tikar yang longgar dan kasut yang terlalu besar.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu April 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 5, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda