Gangguan Rotator Cuff

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apakah itu gangguan rotator cuff?                                                                           

Rotator cuff ialah sekumpulan otot dan tendon yang kuat dan fleksibel di bahagian bahu. Gangguan rotator cuff berlaku apabila tisu di bahu menjadi terengsa atau rosak. Gangguan rotator cuff termasuklah:

  • Radang tendon (tendinitis) atau bursa (bursitis)

Di bahu, bursa ialah kantung kecil yang berisi cairan yang berfungsi sebagai penyerap impak di antara tendon dan tulang.

  • Impingement

Tendon dihimpit dan ditekan ke tulang.

  • Peningkatan kalsium dalam tendon

Ini boleh menyebabkan keadaan yang menyakitkan dipanggil calcific tendinitis.

  • Koyak  separa atau lengkap pada tendon rotator cuff

Apakah kebarangkalian gangguan rotator cuff?

Umur yang lebih tua, kerana kebanyakan orang berusia 60 tahun atau lebih tua, lebih kerap terkena keadaan ini berbanding kelompok umur yang lain.

Walau bagaimanapun, ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom gangguan rotator cuff?

Terdapat banyak tanda dan simptom NHL. Walau bagaimanapun, tanda-tanda dan simptom-simptom di bawah ini dianggap sebagai NHL yang paling biasa:

  • Sakit

Selalunya, sakit adalah di bahagian depan dan sisi lengan dan bahu atas. Ia mungkin sakit atau mustahil untuk melakukan aktiviti harian, seperti menyikat rambut anda, memasukkan baju ke dalam seluar, atau mengambil sesuatu dari tempat yang tinggi. Anda mungkin mengalami kesakitan pada waktu malam dan kesukaran untuk tidur.

  • Lemah di bahu

Anda perlu berjumpa dengan doktor jika mengalami simptom yang berterusan dan membimbangkan anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Ketahui puncanya

Apakah yang mengakibatkan gangguan rotator cuff?

Kebanyakan kes gangguan rotator cuff disebabkan oleh gabungan:

  • Penggunaan yang kerap

Menggunakan bahu anda selama bertahun-tahun perlahan-lahan memberi kesan kepada rotator cuff. Setelah meningkat usia, aktiviti harian boleh membawa kepada perubahan pada rotator cuff, seperti penipisan tendon dan pengurangan bekalan darah.

  • Terlebih guna

Aktiviti menggunakan tangan anda melepasi kepala dengan banyak-seperti tenis, berenang, atau mengecat rumah-boleh menyebabkan masalah kepada rotator cuff. Walaupun pergerakan normal yang sering dibuat dalam tempoh yang panjang boleh memberi tekanan atau mencederakan  rotator cuff.

Ia memerlukan impak yang kuat untuk mencederakan tendon rotator cuff yang sihat. Ini boleh berlaku ketika bersukan, kemalangan, atau jatuh. Tetapi pergerakan mudah seperti mengangkat beg pakaian boleh menyebabkan kecederaan rotator cuff kepada orang tua atau individu yang bahunya sudah mengalami kecederaan.

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko gangguan rotator cuff?

Kebanyakan individu yang mengalami gangguan ini tidak mempunyai faktor risiko yang jelas. Faktor yang paling biasa yang boleh meningkatkan risiko termasuklah usia yang lebih tua, kerana kebanyakan individu berusia 60 tahun ke atas ketika didiagnosis.

Memahami diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah gangguan rotator cuff didiagnosis?

Sekiranya doktor anda mengesyaki bahawa anda mengalami keadaan ini, pemeriksaan fizikal akan dilakukan olehnya. Sesetengah ujian juga disyorkan.

Untuk mendiagnosis gangguan rotator cuff, doktor bertanya tentang sebarang kecederaan bahu atau sakit bahu yang lalu. Doktor juga akan melakukan ujian fizikal untuk melihat sejauh mana bahu berfungsi dan untuk mencari bahagian atau aktiviti yang menyakitkan. Pergerakan lengan tertentu boleh membantu seorang doktor mengetahui tentang keadaan rotator cuff.

Anda perlu membuat sinar-X untuk memeriksa tulang bahu. Sekiranya diagnosis masih belum jelas, doktor boleh mengarahkan menjalankan ujian imbasan imej, seperti MRI atau ultrasound.

Bagaimanakah gangguan rotator cuff dirawat?

Penting untuk merawat masalah rotator cuff. Tanpa pilihan rawatan, bahu anda mungkin lemah dan anda mungkin tidak dapat mengangkat tangan anda.

Bagi kebanyakan gangguan  rotator cuff, anda akan disyorkan beberapa langkah asas, termasuklah:

  • Merehatkan bahu

Gunakan lengan, tetapi dengan teliti. Jangan biarkan bahu kekal dalam anduh atau pendakap. Ini boleh mengakibatkan kekejangan atau bahu kaku (adhesive capsulitis).

  • Gunakan ais atau panas pada bahu, mana yang lebih baik
  • Ambil ubat anti-radang (NSAIDs)

Ubat ini memainkan peranan dalam melegakan kesakitan dan mengurangkan bengkak dan keradangan. Contohnya termasuk ibuprofen (seperti Advil) dan naproxen (seperti Aleve). Atau cuba acetaminophen (seperti Tylenol). Ia boleh membantu melegakan sakit tetapi tidak akan mengurangkan bengkak atau keradangan. Berhati-hati dengan ubat-ubatan. Baca dan ikuti semua arahan pada label.

  • Elakkan kedudukan dan aktiviti yang tidak selesa

Seperti mengangkat atau mencapai sesuatu melepasi kepala. Hentikan aktiviti yang menyakitkan bahu.

Doktor mungkin juga menyarankan fisioterapi. Fisioterapi boleh melegakan kesakitan dan membantu menjadikan bahu anda lebih kuat dan lebih fleksibel. Dalam fisioterapi, anda belajar senaman untuk meregangkan dan menguatkan bahu anda. Selepas mempelajarinya, anda boleh praktikkannya di rumah.

Kebanyakan kes gangguan rotator cuff tidak dirawat dengan pembedahan. Tetapi doktor boleh menjalankan pembedahan jika tendon rotator cuff rosak atau setelah beberapa bulan dengan rawatan lain tidak membantu.

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas gangguan rotator cuff?

Gangguan ini boleh dicegah jika anda boleh mengikuti panduan berikut:

  • Pastikan otot di bahu anda fleksibel dan kuat dengan membuat senaman harian
  • Duduk dalam postur yang sesuai pada setiap masa
  • Jangan angkat objek yang terlalu berat
  • Jangan menangkap objek jatuh
  • Jangan biarkan tangan anda ke sisi atau melepasi kepala untuk jangka masa yang lama, seperti ketika mengecat siling

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Rujukan

Tarikh Reviu: September 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut