Apa itu Bradikardia?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Bradikardia?

Jantung biasanya berdegup antara 60 dan 100 kali seminit pada orang dewasa. Kadar jantung yang perlahan boleh jadi sesuatu yang normal dan sihat, contohnya seperti:

  • Orang dewasa aktif secara fizikal biasanya mempunyai denyutan jantung lebih perlahan daripada 60 BPM namun tidak menyebabkan masalah.
  • Kadar denyutan jantung anda mungkin jatuh di bawah 60 BPM semasa tidur yang mendalam.
  • Orang tua lebih mudah menghadapi masalah dengan kadar denyutan jantung yang perlahan.

Kadar denyutan kurang daripada 60 denyutan per minit (BPM) pada orang dewasa dipanggil Bradikardia, namun ia boleh menjadi tanda kepada masalah dalam sistem elektrik jantung.

Apakah kebarangkalian Bradikardia?

Bradikardia boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana lapisan umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Bradikardia?

Tanda-tanda umum bagi Bradikardia adalah:

  • Rasa hampir pengsan atau pengsan (syncope.
  • Pening.
  • Kelemahan.Keletihan.Sesak nafas.
  • Sakit dada.Masalah kekeliruan atau ingatan.

Mudah penat semasa melakukan aktiviti fizikal.Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Sekiranya anda pengsan, mengalami kesukaran bernafas atau mengalami sakit dada selama lebih daripada beberapa minit, sila hubungi doktor anda dengan serta-merta.

Punca

Apakah punca Bradikardia?

  • Kerosakan tisu jantung yang berkaitan dengan penuaan;
  • Kerosakan tisu jantung akibat penyakit jantung atau serangan jantung;
  • Tekanan darah tinggi (hipertensi);
  • Gangguan jantung semasa kelahiran (kecacatan jantung kongenital);
  • Jangkitan pada tisu jantung (miokarditis);
  • Komplikasi pembedahan jantung;
  • Kelenjar tiroid yang tidak aktif (hypothyroidism);
  • Ketidakseimbangan bahan berkaitan mineral yang diperlukan untuk mengendalikan impuls elektrik (elektrolit);
  • Gangguan pernafasan semasa tidur yang berulang (apnea tidur obstruktif);
  • Penyakit keradangan, seperti demam reumatik atau lupus;
  • Pengumpulan deposit zat besi dalam organ (hemochromatosis);
  • Ubatan, termasuk beberapa ubat untuk gangguan pada rentak jantung, tekanan darah tinggi dan psikosis.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Bradikardia?

Terdapat banyak faktor risiko bagi Bradikardia, seperti:

  • Umur;
  • Masalah jantung.

Bradikardia sering dikaitkan dengan kerosakan pada tisu jantung, kesan daripada beberapa jenis penyakit jantung. Oleh itu, faktor yang meningkatkan risiko terhadap penyakit jantung anda juga boleh meningkatkan risiko Bradikardia. Perubahan gaya hidup atau rawatan perubatan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung yang berkaitan dengan faktor-faktor berikut:

  • Tekanan darah tinggi.
  • Merokok.
  • Pengambilan alkohol dengan kerap.
  • Penggunaan dadah rekreasi.
  • Tekanan psikologi atau kebimbangan.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Bradikardia didiagnosis?

Untuk mendiagnosis keadaan anda, doktor akan mengkaji semula simptom, sejarah perubatan dan sejarah keluarga anda, serta menjalankan pemeriksaan fizikal.

Doktor anda juga akan menjalankan beberapa ujian dilaksanakan untuk mengukur kadar denyutan jantung, seterusnya mewujudkan hubungan antara kadar denyutan yang lambat dan simptom anda, dan mengenal pasti keadaan yang boleh menyebabkan Bradikardia.

Bagi keadaan yang menjadi punca sebenar, doktor anda boleh mengarahkan ujian darah dilaksanakan untuk mengesan apa-apa yang mungkin menyumbang kepada Bradikardia, seperti jangkitan, hipotiroidisme atau ketidakseimbangan elektrolit. Jika apnea tidur disyaki menjadi sebab kepada Bradikardia, anda mungkin akan menjalani ujian bagi memantau tidur anda.

Bagaimana pesakit Bradikardia dirawat?

Rawatan untuk Bradikardia bergantung kepada jenis masalah konduksi elektrik, keparahan simptom dan punca sebenar bagi keadaan ini.

  • Merawat masalah yang utama. Sekiranya masalah utama seperti hipotiroidisme atau apnea tidur obstruktif didapati menyebabkan Bradikardia, rawatan bagi masalah-masalah ini boleh membetulkan Bradikardia.
  • Perubahan pada ubat. Beberapa ubat, termasuk yang digunakan untuk merawat beberapa masalah jantung, boleh menyebabkan Bradikardia. Doktor anda akan memeriksa ubat-ubatan yang anda ambil dan boleh mengesyorkan rawatan alternatif. Mengubah jenis ubat atau mengurangkan dos boleh membetulkan masalah pada kadar jantung yang perlahan.
  • Alat perentak jantung ialah peranti yang dikendalikan oleh bateri yang dipasang di bawah tulang selangka anda. Wayar dari peranti tersebut akan dilalukan melalui urat ke dalam jantung anda. Elektrod pada akhir wayar akan dipasang pada tisu jantung. Kebanyakan perentak jantung turut memantau kadar jantung anda dan menghasilkan impuls elektrik yang diperlukan bagi mengekalkan kadar yang sesuai. Kebanyakan perentak jantung juga akan merekodkan maklumat yang boleh dimanfaatkan kemudiannya oleh ahli kardiologi dalam pemantauan terhadap jantung anda. Anda akan perlu menghadiri perjumpaan susulan secara rutin bagi memeriksa jantung anda dan memastikan fungsi perentak jantung anda.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Bradikardia?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menangani Bradikardia:

  • Mempunyai pelan pemakanan sihat yang mengandungi banyak buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, ikan, dan makanan tenusu rendah atau tanpa lemak.
  • Kekal bergiat aktif. Doktor anda boleh menasihatkan tahap senaman yang sesuai untuk anda.
  • Mengekalkan berat badan yang sihat.
  • Berhenti merokok.
  • Menguruskan masalah kesihatan lain yang timbul, seperti tekanan darah tinggi atau kadar kolesterol tinggi.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu Mei 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 28, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda