Apa itu Anemia akibat kekurangan vitamin B12 dan asid folik?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Anemia akibat kekurangan vitamin B12 dan asid folik?

Sel darah merah atau erythrocytes – sel darah paling lazim – memegang tugas yang paling utama untuk membawa oksigen kepada tisu-tisu badan – mengikut aliran darah melalui sistem peredaran. Vitamin B12 dan asid folik memainkan peranan yang penting dalam proses penghasilan sel darah merah (eryhropoiesis) dimana sel darah yang baru dan sihat dihasilkan untuk menggantikan sel darah yang lama. Erythroblast memerlukan asid folik dan vitamin B12 untuk perkembangan semasa proses pembezaan.

Anemia akibat kekurangan vitamin B12 dan asid folik bermaksud badan anda tidak mempunyai vitamin yang mencukupi dan kemudiannya akan menyebabkan erythroblast mati (apoptosis). Dengan kata lain, tidak mempunyai vitamin B12 yang mencukupi boleh menyebabkan anemia, disebabkan penghasilan sel darah merah yang tidak berkesan.

Apakah kebarangkalian Anemia akibat kekurangan vitamin B12 dan asid folik?

Anemia disebabkan kekurangan vitamin B12 dan asid folik adalah biasa. Ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risikonya. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Anemia akibat kekurangan vitamin B12 dan asid folik?

Simptom yang lazim berlaku untuk anemia disebabkan kekurangan vitamin B12 dan asid folik adalah seperti berikut:

  • Lesu;
  • Sesak nafas;
  • Pening;
  • Kulit pucat atau kuning;
  • Degupan jantung tidak teratur;
  • Hilang berat badan;
  • Kebas pada tangan dan kaki;
  • Lemah otot;
  • Perubahan personaliti;
  • Pergerakan tidak stabil;
  • Cepat lupa atau keliru.

Terdapat beberapa simptom yang tidak dinyatakan di atas. Sila berunding dengan doktor sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom yang anda alami.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sekiranya anda mempunyai sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas atau sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap individu memberi tindak balas berbeza. Berbincang dengan doktor tentang rawatan anda adalah pilihan yang terbaik.

Punca

Apakah Punca Anemia akibat kekurangan vitamin B12 dan asid folik?

Serapan vitamin B12 dan asid folik yang tidak mencukupi merupakan punca utama kepada anemia jenis ini. Sebagai contoh, apabila:

  • Anda menghidap pernicious anemia dimana sel yang bertanggungjawab untuk menyerap vitamin B12 di dalam perut anda diserang oleh sisitem imuniti badan anda sendiri.
  • Anda menjalani pembedahan untuk membuang sebahagian daripada perut atau bahagian terakhir dalam usus kecil anda, yang dipanggil sebagai ileum. Ini termasuk jenis pembedahan yang digunakan untuk membantu mengurangkan berat bagi individu yang mempunyai masalah berlebihan berat badan.  
  • Anda mempunyai masalah penghadaman seperti sprue – makanan tidak dapat diserap dengan baik (juga dikenali sebagai celiac disease), penyakit Crohn’s, pertumbuhan bakteria atau parasit di dalam usus kecil.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Anemia akibat kekurangan vitamin B12 dan asid folik?

Anemia akibat kurang asid folik

Risiko anda untuk mendapat anemia akibat kurang asid folik akan meningkat jika:

  • Anda hamil dan jumlah pengambilan asid folik tidak sama dengan peningkatan kemahuan badan anda semasa hamil.
  • Anda mempunyai masalah usus yang mengganggu penyerapan asid folik.
  • Anda mengambil alkohol secara berlebihan kerana alkohol mengganggu penyerapan asid folik.
  • Anda mengambil beberapa ubat yang dipreskrip seperti ubat anti-sawan, yang menghalang penyerapan asid folik.
  • Anda sedang menjalani rawatan hemodialisis untuk masalah kegagalan buah pinggang berfungsi. Tanya kepada doktor anda keperluan untuk mengambil suplemen asid folik untuk mengelakkan masalah kekurangan asid folik.
  • Anda sedang menjalani rawatan untuk kanser. Sesetengah ubat digunakan untuk merawat kanser boleh mengganggu metabolisme asid folik.
  • Anda mengamalkan diet tidak seimbang, kurang buah-buhan segar dan sayur-sayuran, atau anda sentiasa masak makanan dalam tempoh yang lama, yang mungkin meningkatkan risiko mendapat anemia akibat kekurangan asid folik.

Anemia disebabkan kekurangan vitamin B-12 (pernicious anemia)

Anda berisiko tinggi untuk mendapat anemia disebabkan kekurangan vitamin B12 sekiranya:

  • Anda tidak mengambil daging dan produk tenusu, iaitu makanan yang mengandungi banyak vitamin B12. Vegetarian yang tidak makan produk tenusu dan vegan, iaitu individu yang tidak makan daripada haiwan, mungkin mempunyai masalah anemia kategori ini.
  • Anda mempunyai penyakit usus atau pertumbuhan bakteria tidak normal di dalam perut atau anda pernah menjalani rawatan membuang sebahagian daripada usus atau perut anda.
  • Anda kekurangan faktor dalaman – sejenis protein yang dirembeskan oleh perut yang diperlukan untuk menyerap vitamin B12. kekurangan faktor ini mungkin disebabkan oleh tindak balas autoimmun, atau mungkin juga ia penyakit keturunan.
  • Anda mengambil beberapa jenis ubat. Antasid, proton pump inhibitors (such as omeprazol)  dan beberapa ubat lain yang digunakan untuk merawat kencing manis jenis 2, mungkin mengganggu penyerapan vitamin B12.
  • Anda menghidap penyakit autoimmun yang lain. Individu yang mempunyai masalah endokrin yang berkaitan dengan autoimmun seperti kencing manis atau penyakit tiroid mungkin meningkatkan risiko untuk menghidap jenis anemia kekurangan vitamin B12 yang khusus iaitu pernicious anemia.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Anemia akibat kekurangan vitamin B12 dan asid folik didiagnosis?

Doktor memberi diagnosis untuk penyakit anemia akibat kekurangan vitamin melalui simptom-simptom dan juga keputusan para klinikal. Ujian darah ialah ujian yang berkesan untuk membantu memberi kepastian tentang kes anemia disebabkan kekurangan vitamin B12 dan asid folik.

Bagaimana pesakit Anemia akibat kekurangan vitamin B12 dan asid folik dirawat?

Dalam kebanyakan kes, pesakit secara umumnya diberi suntikan suplemen atau tablet untuk menggantikan vitamin yang kurang.

Suplemen vitamin B12 biasanya diberi dalam bentuk suntikan pada awalnya. Kemudian, doktor anda akan mengambil kira keadaan kekurangan yang anda alami dan mungkin memberi vitamin tersebut dalam bentuk berbeza. Anda mungkin perlukan tablet B12 diantara waktu makan atau suntikan berkala atau hanya dengan pengambilan diet yang seimbang.

Tablet asid folik digunakan untuk menyimpan semula tahap asid folik dalam badan. Rawatan biasanya diambil sehingga 4 bulan.

Perlu diingatkan bahawa diet yang seimbang juga salah satu rawatan yang berkesan serta dapat menghalang daripada keadaan ini berlaku.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Anemia akibat kekurangan vitamin B12 dan asid folik?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi masalah anemia ini:

  • Memilih diet yang sihat yang merangkumi pelbagai jenis makanan.

Makanan yang kaya dengan asid folik ialah:

  • Sayur-sayuran berdaun hijau gelap;
  • Kekacang;
  • Produk yang diperkaya dengan gandum, seperti roti, bijirin, pasta dan nasi;
  • Buah-buahan dan jus buah.

Makanan yang kaya dengan vitamin B12 ialah:

  • Telur;
  • Makanan yang diperkuatkan (fortified) seperti bijirin sarapan;
  • Susu, keju dan yogurt;
  • Daging putih dan merah serta kerang.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 4, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.