5 Ubat-Ubatan Asas Untuk Merawat Tekanan Darah Tinggi, Ambil Tahu Setiap Kesan Sampingannya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/04/2020 . 2 minit bacaan

Hipertensi merujuk kepada keadaan di mana tekanan darah menjadi sangat tinggi, melebihi 140/90 mmHg. Bagi mengatasi hipertensi, perubahan gaya hidup adalah keperluan dan penyelesaian utama.

Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, ubat-ubatan diperlukan untuk membantu menurunkan tekanan darah. Artikel ini akan membincangkan mengenai beberapa ubatan asas bagi rawatan hipertensi.

Diuretik

Juga dikenali sebagai pil air, ubatan ini bertindak ke atas buah pinggang untuk mengeluarkan lebih banyak natrium dan air, seterusnya mengurangkan jumlah cecair pada seluruh badan.

Diuretik yang digunakan untuk rawatan hipertensi adalah thiazide (termasuk chlorthalidone, hydrochlorothiazide, dan indapamide).

Pil air juga boleh menyebabkan jumlah kencing semakin meningkat, yang mungkin menimbulkan kesan sampingan seperti kelemahan, kekejangan otot dan simptom lain, akibat daripada penurunan paras natrium, kalium dan paras air.

Perencat aktiviti enzim penukar angiotensin (ACE inhibitors – ACEi)

Ubatan ini menghalang pembentukan hormon angiotensin – yang menyempitkan pembuluh darah. Ini menyebabkan pembuluh darah melebar, menurunkan tekanan darah dan meningkatkan pengeluaran dari jantung.

Ubat-ubatan yang ada termasuk benazepril, captopril, enalapril, fosinopril, lisinopril, moexipril, perindopril, quinapril, ramipril, dan trandolapril. Ubat-ubatan ini memberi manfaat kepada pesakit diabetes, jantung atau pesakit kronik buah pinggang.

Perencat reseptor angiotensin II (Angiotensin II receptor blockers – ARB)

Ubatan ini menyekat tindakan hormon angiotensin – sejenis bahan kimia yang menyempitkan pembuluh darah. Oleh itu, serupa dengan ACEi, ia dapat membantu meluaskan saluran darah, menurunkan tekanan darah dan meningkatkan output jantung.

ARB yang ada termasuklah azilsartan, candesartan, irbesartan, losartan, olmesartan, telmisartan, dan valsartan. Ubat-ubatan ini sangat penting bagi orang-orang yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik.

Penghalang saluran kalsium (calcium channel blockers – CCB)

Penghalang saluran kalsium dapat membantu melegakan otot-otot saluran darah dengan mengurangkan jumlah kalsium yang memasuki otot-otot lembut pada dinding saluran darah dan otot jantung.

Terdapat dua kategori utama penghalang saluran kalsium: Dihydropyridines (termasuk amlodipine, felodipine, isradipine, nicardipine, nifedipine, dan nisoldipine) dan Non-dihydropyridines (yang termasuk diltiazem dan verapamil).

Harus diingati bahawa jus limau gedang boleh berinteraksi dengan beberapa penyekat saluran kalsium, yang boleh meningkatkan paras darah dan membuat anda terdedah kepada risiko kesan sampingan yang lebih tinggi.

Penyekat beta (beta blockers)

Penyekat beta membantu mengurangkan beban jantung dan membuka saluran darah, yang membolehkan jantung berdegup dengan lebih perlahan dan kurang daya. Penyekat beta yang ada termasuklah acebutolol, atenolol, betaxolol, bisoprolol, metoprolol, nadolol, nebivolol, pindolol, propranolol, dan timolol.

Walau bagaimanapun, kesan sampingan penyekat beta termasuklah simptom-simptom asma yang semakin teruk, penyakit paru-paru lain, atau penyakit saluran darah di luar jantung. Oleh itu, ubatan ini tidaklah ditetapkan untuk pesakit yang mempunyai keadaan sedemikian.

Dapatkan nasihat doktor tentang penggunaan ubat-ubatan selepas mendapat preskripsi. Patuhi jadual ubat-ubatan dengan ketat dan berjumpa doktor anda sekiranya anda menghadapi sebarang masalah atau sebarang pertanyaan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jom Ketahui Simptom Darah Tinggi

    Tekanan darah tinggi antara masalah kesihatan sering dialami kebanyakan individu di Malaysia. Adakah cara membantu mengenal pasti simptom darah tinggi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Pusat Kesihatan, Hipertensi 13/01/2020 . 4 minit bacaan

    Kenali Ubat Hipertensi

    Artikel ini akan membincangkan lima (5) pengelasan ubat darah tinggi yang sering dipreskripsikan kepada pesakit. Baca artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Hipertensi 06/01/2020 . 5 minit bacaan

    4 Khasiat Epal Hijau Untuk Turunkan Tekanan Darah Tinggi & Kolestrol – Apa Tunggu Lagi?

    Adakah benar terdapat khasiat epal hijau untuk darah tinggi? Bagaimana pula dengan epal merah? Ikutinya dengan lebih lanjut melalui artikel ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Kenapa Tak Boleh Minum Air Laut?

    Kenapa lepas minum air laut rasa lagi haus daripada biasa? Bukan minum air laut patut hilang haus ke? Ikuti artikel ini untuk mengetahui selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 26/11/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    klasifikasi hipertensi

    Klasifikasi Hipertensi- Ini Cara Nak Tahu Tahap Keterukan Tekanan Darah Tinggi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/05/2020 . 3 minit bacaan
    daun ketum

    Daun Ketum Boleh Rawat Kencing Manis & Darah Tinggi? JANGAN Biasakan Diri Percaya Bulat-Bulat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/02/2020 . 4 minit bacaan

    5 Tanda Anda Menghidap Hipertensi, Salah Satunya Berkaitan Dengan Kencing Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/02/2020 . 4 minit bacaan
    punca darah tinggi

    Ini 5 Punca Sebenar Tekanan Darah Tinggi! Ia Ada Kaitan Dengan Buah Pinggang?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/01/2020 . 3 minit bacaan