Komplikasi Talasemia dan Rawatannya

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Bergantung kepada keterukan, talasemia mula untuk menunjukkan simptom pada waktu yang berbeza. Kebanyakan pesakit yang membawa gen talasemia α atau β tidak menunjukkan sebarang tanda. Tanda-tanda anemia hemolitik (contoh: kulit pucat, hepatosplenomegali) sejak lahir (dalam talasemia α) atau beberapa bulan selepas lahir (dalam talasemia β) menunjukkan bahawa ini merupakan sejenis penyakit yang serius, terutamanya jika terdapat sel darah merah kecil yang berkurang.

KOMPLIKASI ANEMIA

  1. Zat Besi yang Berlebihan

Ini merupakan salah satu punca utama kematian bagi pesakit yang mempunyai talasemia.

Apabila sel darah merah yang mengandungi hemoglobin abnormal pesakit telah musnah, atau sel darah merah yang ditranfusi menjadi semakin tua, sejumlah besar zat besi akan dikeluarkan dan perlahan-lahan terkumpul di dalam organ seperti hati atau jantung, yang mana menyebabkan fibrosis dan kegagalan organ.

Pesakit akan mudah berdarah dan sensitif terhadap jangkitan.

Gangguan endokrin sekunder di dalam pesakit yang menjalani banyak transfusi darah, menunjukkan:

  • Hipopituitarisme
  • Kurang ketinggian
  • Diabetes
  • Hipotiroidisme
  1. Jangkitan

Risiko ini tinggi terutamanya pada pesakit yang limfanya telah dibuang. Hal ini disebabkan oleh kepentingan limfa dalam imungenesis.

  1. Deformasi tulang

Bagi pesakit yang mengalami talasemia teruk, sel darah merah telah musnah, menyebabkan pertambahan eritrosit di dalam sumsum tulang untuk menggantikan semula sel yang musnah ini. Fungsi sumsum tulang yang berlebihan menyebabkan tulang menjadi cacat dan bertukar rapuh dan mudah pecah. Tulang pipih seperti tengkorak muka akan menjadi sangat herot benyot. Kanak-kanak yang mengalami talasemia teruk mempunyai dahi, hujung hidung, tulang rahang yang membuatkan wajah tersembul.

  1. Limpa membesar (splenomegali)

Terdapat fungsi fisiologikal penting bagi limfa yang mana tersenarai di bawah:

  • Membuang sel abnormal seperti sel darah merah yang sudah tua
  • Menghasilkan antibodi, terlibat dalam tindak balas imun
  • Simpanan sel darah merah, sel darah putih, dan platelet. Semua ini bersedia untuk dikeluarkan ke dalam sistem peredaran darah apabila perlu.

Bagi talasemia, limfa perlu berfungsi secara berlebihan bagi memusnahkan sel darah merah abnormal yang telah menjadi besar dan disfungsi. Limfa menyebabkan anemia menjadi bertambah teruk kerana mengurangkan jangka hayat sel darah merah yang diterima melalui transfusi darah. Oleh itu, hal ini membuatkan risiko jangkitan meningkat. Bagi kes spenomegali, pesakit perlu melakukan splenektomi (pembedahan membuang limfa)

  1. Penyakit Jantung

Komplikasi kardik adalah salah satu daripada punca utama kematian bagi pesakit yang mempunyai keadaan teruk. Ini disebabkan oleh zat besi yang berlebihan melekat di dalam otot jantung yang mana mengakibatkan kegagalan jantung kongestif dan aritmia.

RAWATAN

Rawatan bergantung kepada jenis talasemia dan keterukan penyakit ini.

Talasemia minor

Tanda dan simptom biasanya sedikit sahaja dan tidak perlu dirawat. Kadangkala transfusi darah khusus diperlukan selepas pembedahan, selepas bersalin atau apabila terdapat jangkitan.

Talasemia Sederhana atau Teruk

Bagi situasi yang berbahaya, transfusi darah diperlukan sekurang-kurangnya 8 kali setahun. Selepas lebih kurang 10 hingga 20 transfusi darah yang telah dilakukan, badan akan mengandungi lebihan jumlah zat besi yang boleh merosakkan jantung, hati dan organ lain. Bagi mengelakkan zat besi yang berlebihan, terapi pengkelatan zat besi, ubat melalui intravena, subkuteneus, atau oral perlu digunakan.

Beberapa kes yang teruk mungkin memerlukan pemindahan sel dasar, tetapi kaedah ini memerlukan pemindahan sel dasar yang bersesuaian, di mana sangat rumit dan berisiko.

Perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan

Perubahan gaya hidup atau kaedah rawatan sampingan yang disarankan untuk dijadikan sebagai rutin harian bagi pesakit talasemia ialah:

  • Elakkan zat besi yang berlebihan. Cuba untuk tidak mengambil ubat zat besi dengan sendiri
  • Diet yang sihat: Diet seimbang yang kaya dengan nutrien dapat mengekalkan badan yang sihat. Asid folik boleh digunakan untuk meningkatkan penghasilan sel darah merah, tetapi harus dipreskripsi oleh doktor. Cuba untuk kekalkan tulang terisi dengan penyerapan kasium dan vitamin D. Rujuk doktor anda bagi mengetahui bila anda boleh mengambil ubat-ubat ini
  • Elakkan jangkitan. Cuci tangan anda lebih kerap dan elakkan bersentuhan dengan orang yang sakit. Terutamanya jika anda telah menjalani splenektomi, pesakit talasemia perlu divaksin untuk melawan flu, ensefalitis, pneumonia, hepatitis B. Jika anda mempunyai simptom-simptom jangkitan, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk dirawat dengan segera

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut