Yoga Berisiko Menyebabkan Kesakitan Muskuloskeletal

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Yoga sering kali dianggap sebagai satu amalan yang efektif bagi melegakan kesakitan. Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang menyatakan bahawa yoga juga boleh menyebabkan rasa sakit dan kecederaan lebih daripada apa yang anda fikirkan.

Kajian mendedahkan bahawa setiap tahun, lebih daripada 10 peratus (%) orang yang mengamalkan yoga mengalami kesakitan muskuloskeletal dan 21% memburukkan lagi keadaan yang sedia ada. 

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Bodywork and Movement Therapies mendapati bahawa kesakitan yang disebabkan oleh yoga adalah lebih daripada 10 peratus (%) setahun. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang menganggapnya sebagai aktiviti yang selamat. Kadar kecederaan ini adalah 10 kali lebih tinggi daripada yang dilaporkan sebelumnya.

Kesakitan bahagian atas tubuh paling biasa

Dalam kajian yang dijalankan, penyelidik menganalisis data daripada 354 orang dewasa yang terlibat dengan yoga. Peserta menyelesaikan dua soal selidik elektronik selama setahun, yang mengumpulkan maklumat mengenai apa-apa kesakitan muskoloskeletal yang mungkin mereka alami, kawasan berlaku kesakitan dan tahap keterukannya.

Dari segi keparahan, lebih daripada satu pertiga kes kesakitan yang disebabkan oleh yoga cukup serius, menghalang penyertaan yoga dan berlangsung selama lebih daripada 3 bulan.

Kajian itu juga mendapati bahawa kebanyakan kesakitan “baru” yoga berada di bahagian atas ekstrem (bahu, siku, pergelangan tangan, tangan) mungkin kerana postur downward dog yang meletakkan berat pada bahagian atas anggota tubuh.

Kadar kecederaan berbanding sebelum ini bertambah baik

Walau bagaimanapun, kajian itu juga membawa beberapa berita positif iaitu kira-kira 74% peserta melaporkan bahawa kesakitan muskuloskeletal mereka sebelum ini telah bertambah baik hasil daripada yoga.

Namun begitu, penyelidik percaya bahawa penemuan mereka menekankan keperluan untuk berhati-hati ketika melakukan senaman yoga, terutama bagi mereka yang sudah mengalami kesakitan muskuloskeletal.

Oleh itu, peserta yoga digalakkan untuk membincangkan risiko kecederaan dan kesakitan yang sedia ada, terutamanya di bahagian atas, dengan guru yoga dan ahli fisioterapi untuk mengenal pasti pengubahsuaian postur yang mungkin menghasilkan amalan yang lebih selamat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut