Sakit tulang belakang walaupun lebih kerap dialami individu berusia, namun hakikatnya ia boleh terjadi kepada sesiapa tanpa mengira usia mahupun jantina.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Sakit tulang belakang walaupun lebih kerap dialami individu berusia, namun hakikatnya ia boleh terjadi kepada sesiapa tanpa mengira usia mahupun jantina.
Jom ketahui dengan lebih lanjut mengenai kesakitan melibatkan otot ini dan cara rawatannya.
Sebelum doktor boleh membuat diagnosis tentang keadaan tulang belakang anda dan membuat perancangan rawatan, sejarah dan pemeriksaan fizikal yang lengkap diperlukan.
Hasil daripada ujian-ujian ini akan membantu doktor melihat jika sakit belakang anda dan simptom-simptom lain terkait dengan tekanan pada urat saraf dan urat saraf mana yang mungkin mendapat tekanan tersebut.
Doktor anda akan menggunakan informasi ini untuk menentukan jenis rawatan yang paling efektif.
Sejarah dan pemeriksaan fizikal ialah bahagian pertama dalam mencari diagnosis sakit tulang belakang bawah.
Doktor anda mungkin melangkau atau menukar sebahagian dari ujian tersebut untuk mengelakkan kecederaan lanjut pada belakang anda.
Sakit tulang belakang boleh terkait dengan fizikal dan emosi.
Sebagai contoh, ketika anda tertekan, otot di belakang anda boleh mengejang menyebabkan rasa sakit atau menjadikannya lebih teruk.
Masalah emosi juga boleh membuat rasa sakit menjadi lebih teruk.
Jika anda dan doktor anda merasakan bahawa rasa sakit tulang belakang yang ada lalui menjadi lebih teruk atau disebabkan oleh tekanan, marah atau emosi-emosi sukar yang lain, pastikan untuk merancang rawatan yang khusus.
Terapi perilaku kognitif (cognitive behavioral therapy, CBT) dan maklum balas bio adalah dua jenis rawatan yang boleh membantu anda menguruskan rasa sakit tersebut.
Anda harus menyediakan maklumat yang lengkap dan teliti berkenaan diagnosis dan rawatan anda sebelum ini.
Walaupun penyakit itu sudah sepenuhnya sembuh atau mungkin tidak penting bagi anda, mengetahui masalah tersebut mungkin membantu doktor mendiagnosis sakit bahagian bawah belakang.
Selain itu, mengetahui semua masalah perubatan anda yang lepas dan terkini akan membantu doktor membuat keputusan tentang cara terbaik untuk merawat keadaan anda.
Sebagai sebahagian dari sejarah perubatan, anda juga harus memberitahu doktor anda ubat-ubatan yang anda sedang ambil.
Ini adalah paling baik dilakukan dengan membawa senarai terkini semua nama-nama dan dos-dos ubat yang anda sedang ambil.
Pertama, anda akan disoal berkenaan sejarah fizikal keadaan anda yang lengkap.
Ia mungkin dimulakan dengan mengisi borang bertulis yang mengandungi soalan-soalan berkait dengan sakit anda.
Semakin banyak maklumat yang anda kongsikan, semakin mudah masalah anda didiagnosis.
Sejarah fizikal anda adalah penting kerana ia membantu doktor memahami bila sakit tersebut bermula, perkara yang mungkin telah menyebabkan kecederaan, cara hidup anda, faktor-faktor fizikal yang mungkin menyebabkan sakit tersebut dan sejarah keluarga yang mempunyai masalah yang sama.
Selepas membaca sejarah perubatan anda, doktor akan bertanya soalan-soalan yang berkait dengan maklumat yang anda bagi.
Antara soalan biasa ialah:
Semasa pemeriksaan fizikal, doktor akan meminta anda melakukan rangkaian pergerakan ketika anda berdiri, duduk dan baring.
Ini membolehkan doktor menilai masalah otot dan sensori yang menyumbang kepada sakit tulang belakang bawah anda.
Baca juga:
‘Familial Chordoma’: Tumor Di Tulang Tengkorak dan Tulang Belakang
Pemeriksaan fizikal tersebut juga melibatkan:
Anda mungkin disuruh untuk menjalani beberapa ujian diagnostik.
Ujian-ujian tersebut dipilih berdasarkan sebab-sebab yang disyaki oleh doktor anda.
Sejarah dan pemeriksaan fizikal untuk sakit tulang belakang bawah memberikan keputusan berikut:
Normal
Sejarah tidak menemukan sebab yang jelas.
Pemeriksaan fizikal tidak menyebabkan jenis sakit, kelemahan otot atau simptom urat saraf yang sama seperti apa yang anda lalui.
Doktor anda mungkin akan mengesyorkan:
Abnormal
Sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal berkemungkinan membezakan antara masalah tulang belakang bawah yang terkait dengan otot tegang atau terlebih guna dan disebabkan oleh tekanan pada urat saraf atau masalah lain yang jarang berlaku.
Jika sakit anda dilihat terkait dengan otot tegang atau terlebih guna, atau jika simptom urat saraf anda tidak teruk, doktor anda akan berkemungkinan menyesyorkan rawatan konservatif (rehat, ubat tahan sakit, haba atau ais, senaman) dalam satu tempoh untuk melihat jika simptom anda akan menjadi semakin baik.
Jika simptom urat saraf anda lebih serius atau jika doktor mengesyaki masalah yang lebih serius, doktor mungkin mengesyorkan ujian lain seperti X-ray, imbasan MRI (magnetic resonance imaging), imbasan CT (computed tomography) atau ujian-ujian darah.
Julat normal bagi ujian ini mungkin berbeza bergantung kepada makmal dan hospital.
Sila berbincang dengan doktor anda tentang apa-apa persoalan yang anda ada berkenaan keputusan ujian anda.
Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan ujian sakit tulang belakang ini, sila berunding dengan doktor anda untuk memahami dengan lebih baik.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Muskuloskeletal, sila dapatkannya di sini.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen