Mesothelioma

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Mesothelioma?

Mesothelioma ialah sejenis kanser mesothelium, membran pelindung yang melapisi organ dalaman badan. Tiga daripada empat kes penyakit bermula pada Mesothelium Pleural Kaviti dada. Mesothelioma juga boleh bermula dalam kaviti abdomen dan sekeliling jantung.

Tanpa mengira asal kejadian Mesothelioma, sel malignant daripada Mesothelioma boleh menyerang dan merosakkan tisu berhampiran. Sel kanser juga boleh merebak ke bahagian badan yang lain.

Kebiasaannya,  Mesothelioma didiagnos setelah berada pada tahap serius. Kadar hidup selama lima tahun adalah sebanyak 5% ke 10%. Kebanyakan pesakit Mesothelioma mati akibat kegagalan fungsi pernafasan atau pneumonia. Sesetengah pesakit mengalami usus kecil tersumbat apabila ketumbuhan membesar ke bahagian diafragma. Sebilangan kecil pesakit mati akibat komplikasi jantung apabila ketumbuhan menyerang perikardium – membran nipis sekeliling jantung – dan juga menyelaputi jantung itu sendiri.

Apakah kebarangkalian Mesothelioma?

Mesothelioma secara relatifnya ialah kanser yang jarang berlaku. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Mesothelioma?

Mesothelioma Pleural yang menjejaskan tisu sekeliling paru-paru, menyebabkan berlakunya tanda-tanda dan simptom berikut:

  • Sakit dada dibawah tulang rusuk.
  • Batuk yang sakit.
  • Sesak nafas.
  • Benjolan luar biasa di bawah kulit pada dada anda.
  • Hilang berat badan tanpa sebab.

Mesothelium Peritoneal, berlaku pada tisu abdomen, menyebabkan berlakunya tanda dan simptom berikut:

  • Sakit abdomen.
  • Bengkak.
  • Benjolan tisu pada abdomen.
  • Hilang berat badan tanpa sebab.
  • Bentuk Mesothelioma lain.

Tanda-tanda dan simptom jenis Mesothelioma lain adalah tidak jelas, kerana jenis-jenis ini adalah penyakit yang sangat jarang berlaku.

Mesothelioma Perikardial, yang menjejaskan tisu sekeliling jantung, boleh menyebabkan tanda dan simptom seperti sukar bernafas dan sakit dada.

Mesothelioma Tunica Vaginalis, yang menjejaskan tisu sekeliling testis, awalnya dikesan sebagai bengkak atau ketulan pada testis.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Mesothelioma?

Secara amnya, kanser bermula apabila mutasi genetik berlaku di dalam sel, menyebabkan sel membesar dan berganda tanpa kawalan. Punca awal mutasi genetik yang menyebabkan berlakunya Mesothelioma masih tidak jelas, walaupun pengkaji dapat mengesan faktor yang meningkatkan risikonya. Kanser terjadi kerana berlaku interaksi antara banyak faktor seperti keadaan keturunan, persekitaran, keadaan kesihatan dan gaya hidup anda.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Mesothelioma?

Terdapat banyak faktor risikonya seperti:

  • Sejarah peribadi terdedah kepada asbestos. Jika anda terdedah secara terus kepada asbestos di tempat kerja atau rumah, risiko untuk anda mendapat Mesothelioma meningkat.
  • Tinggal bersama pekerja asbestos. Individu yang terdedah kepada asbestos mungkin membawa fiber ke rumah melalui kulit dan pakaian. Pendedahan kepada fiber liar ini selama beberapa tahun menyebabkan ahli rumah juga berisiko untuk mendapat Mesothelioma. Individu yang bekerja dengan paras asbestos tinggi boleh mengurangkan risiko untuk membawa fiber asbestos ke rumah dengan mandi dan menukar pakaian sebelum meninggalkan tempat kerja.
  • Sejarah keluarga menghidap Mesothelioma. Jika ibubapa, adik baradik atau anak anda menghidap Mesothelioma, anda mungkin berisiko tinggi untuk mendapat penyakit tersebut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Mesothelioma didiagnosis?

Biopsi

Biopsi merupakan prosedur untuk membuang bahagian kecil tisu untuk membuat pemeriksaan makmal, adalah satu-satu kaedah untuk menentukan sama ada anda mempunyai Mesothelioma atau tidak. Bergantung kepada bahagian badan yang terjejas,  doktor akan memilih prosedur biopsi yang sesuai untuk anda.

Antara pilihan ialah:

  • Aspirasi jarum halus. Doktor akan mengeluarkan cecair atau sebahagian kecil tisu dengan jarum kecil dimasukkan ke dalam dada atau abdomen.
  • Thorakoskopi membolehkan doktor bedah melihat ke dalam dada anda. Dalam prosedur ini, doktor bedah akan membuat satu atau lebih potongan kecil antara tulang rusuk.  Tiub dengan kamera video kecil dimasukkan ke dalam kaviti dada – prosedur ini juga dipanggil pembedahan Thorakoskopi dengan Video (VATS). Alatan pembedahan khusus membolehkan doktor bedah untuk memotong sebahagian kecil untuk diuji.
  • Laparoskopi membolehkan doktor melihat ke dalam abdomen anda. Dengan membuat satu atau lebih potongan kecil pada abdomen anda, doktor akan memasukkan kamera kecil dan alatan pembedahan khas untuk memperoleh sebahagian kecil tisu untuk pemeriksaan.
  • Thorakotomi ialah pembedahan untuk membuka dada anda antara tulang rusuk untuk membolehkan pakar bedah memeriksa tanda penyakit tersebut. Sampel tisu dibuang untuk diuji.
  • Laparotomi ialah pembedahan abdomen anda untuk membolehkan pakar bedah memeriksa tanda penyakit tersebut. Sampel tisu dibuang untuk diuji.

Sampel tisu dianalisa di bawah mikroskop untuk melihat sama ada tisu tidak normal tersebut merupakan tisu Mesothelioma atau tidak dan jenis sel yang terlibat. Jenis Mesothelioma yang anda alami menentukan plan rawatan untuk anda.

Staging

Apabila Mesothelioma didiagnos, doktor akan melakukan ujian lain untuk menentukan keseriusan atau tahap kanser ini. Ujian pengimejan membantu menentukan tahap kanser anda, antaranya ialah:

  • Imbasan CT dada dan abdomen.
  • Pengimejan Resonan Magnetik (MRI).
  • Tomografi Pelepasan Positron (PET).

Doktor akan menentukan ujian yang sesuai untuk anda. Tidak semua individu perlu menjalankan kesemua ujian.

Apabila kemelaratan Mesothelioma Pleural telah dikesan, tahap kanser ditetapkan seperti berikut:

  • Tahap I Mesothelioma dikira sebagai kanser setempat, bermaksud ia terhad kepada satu bahagian yang menyelaputi dada.
  • Tahap II Mesothelioma mungkin merebak melepasi lapisan dada kepada diafragma atau paru-paru.
  • Tahap III Mesothelioma merebak ke struktur lain di dalam dada dan melibatkan kelenjar limfa berhampiran
  • Tahap IV Mesothelioma adalah kanser serius yang telah merebak secara meluas di dalam dada. Tahap IV juga menunjukkan Mesothelioma telah merebak ke bahagian yang lebih jauh di dalam badan, seperti otak, hati dan kelenjar limfa selain daripada dada.

Tahap formal tiada untuk jenis Mesothelioma lain kerana jenis-jenis ini jarang berlaku dan tidak dikaji dengan baik.

Bagaimana pesakit Mesothelioma dirawat?

Pembedahan

Pakar bedah akan membuang Mesothelioma apabila ia didiagnos pada peringkat awal. Dalam kes tertentu, ia boleh menyembuhkan kanser tersebut.

Kadang kala, adalah tidak mustahil untuk membuang kesemua kanser. Dalam kes tersebut, pembedahan membantu mengurangkan tanda-tanda dan simptom disebabkan Mesothelioma yang merebak di dalam badan anda.

Pilihan pembedahan yang ada ialah:

  • Pembedahan untuk mengurangkan pembentukan cecair. Mesothelioma pleural menyebabkan cecair berkumpul di dalam dada anda, dan menyebabkan kesukaran bernafas. Pakar bedah memasukkan tiub atau catheter ke dalam dada untuk membuang cecair tersebut. Doktor juga akan menyuntik ubat ke dalam dada anda untuk mencegah cecair berkumpul semula (pleurodesis)
  • Pembedahan untuk membuang tisu di sekitar paru-paru dan abdomen. Pakar bedah membuang tisu yang melapisi tulang rusuk dan paru-paru (peritonectomy). Prosedur ini tidak menyembuhkan Mesothelioma tetapi mungkin dapat melegakan tanda-tanda dan simptomnya.
  • Pembedahan untuk membuang sebanyak mungkin sel kanser (debulking). Jika kesemua kanser tidak dapat dibuang, pakar bedah akan cuba untuk membuang sebanyak mungkin. Debulking membolehkan doktor untuk fokus memberi rawatan secara terus dengan tepat bagi melegakan kesakitan dan membuang cecair terkumpul akibat Mesothelioma.
  • Pembedahan untuk membuang tisu paru-paru dan sekelilingnya. Membuang paru-paru dan tisu sekeliling yang terjejas dapat melegakan tanda dan simptom Mesothelioma Pleural. Jika anda mendapat terapi radiasi pada dada selepas pembedahan, prosedur ini juga membolehkan doktor menggunakan dos lebih tinggi tanpa perlu risau tentang perlindungan paru-paru daripada kerosakan akibat radiasi.

Kimoterapi

Kimoterapi menggunakan bahan kimia untuk membunuh sel kanser. Kimoterapi sistemik bergerak ke seluruh badan dan mungkin mengecutkan atau melambatkan pertumbuhan Mesothelioma yang tidak boleh dibuang dengan pembedahan. Kimoterapi juga digunakan sebelum pembedahan (kimoterapi neoadjuvant) untuk menjadikan pembedahan lebih mudah atau selepas pembedahan (kimoterapi adjuvent) untuk mengurangkan peluang kanser kembali semula.

Ubat kimoterapi juga dipanaskan dan dimasukkan secara terus ke dalam kaviti abdomen (kimoterapi intraperitoneal), dalam kes Mesothelioma Peritoneal. Menggunakan strategi ini, ubat kimoterapi boleh sampai ke Mesothelioma secara terus tanpa mencederakan sel sihat di bahagian lain dalam badan anda. Ini membolehkan doktor memasukkan ubat kimoterapi berdos tinggi.

Terapi radiasi

Terapi radiasi befokus kepada beam berkuasa tinggi daripada sumber seperti X-ray dan proton kepada tempat tertentu atau tempat di dalam badan anda. Radiasi juga digunakan selepas pembedahan untuk membunuh sel kanser berbaki. Ia juga dapat membantu mengurangkan tanda-tanda dan simptom bagi kanser serius dalam situasi di mana pembedahan bukanlah salah satu daripada pilihan rawatan.

Cubaan klinikal

Cubaan klinikal ialah kajian tentang metod rawatan Mesothelioma yang baru. Pesakit Mesothelioma mungkin memilih cubaan klinikal untuk mencuba jenis rawatan terbaru. Tetapi, pemulihan tidak dijamin. Pilihan rawatan perlu diambil kira dengan teliti dan berbincanglah dengan doktor anda tentang cubaan klinikal ini untuk anda. Penglibatan anda di dalam cubaan klinikal ini membantu doktor untuk memahami dengan lebih baik tentang rawatan Mesothelioma untuk masa hadapan.

Cubaan klinikal menyiasat tentang pendekatan baru bagi rawatan Mesothelioma, antaranya ialah:

  • Terapi bertarget, melibatkan penggunaan ubat untuk menyerang sel kanser secara spesifik .
  • Terapi biologi, menggunakan sistem imuniti badan anda untuk melawan kanser.
  • Terapi gen, melibatkan pengubahan gen di dalam sel kanser untuk menghentikan penyakit ini.

Rawatan bagi jenis Mesothelioma lain

Mesothelioma Perikardial, Mesothelioma Tunika Vaginalis adalah sangat jarang berlaku. Kanser peringkat awal mungkin boleh dibuang dengan pembedahan. Doktor perlu menentukan kaedah terbaik untuk merawat kanser peringkat seterusnya. Doktor juga akan mencadangkan rawatan lain untuk memperbaiki kualiti hidup anda.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Mesothelioma?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi  Mesothelioma:

  • Memahami tentang Mesothelioma untuk membuat keputusan tentang penjagaan dan bertanya soalan kepada doktor anda. Bertanya kepada kumpulan penjaga kesihatan anda tentang maklumat bagi membantu anda memahami penyakit tersebut dengan baik. Tempat yang baik untuk mendapatkan maklumat tentang penyakit ini ialah Institut Kanser Negara dan Persatuan Kanser Amerika.
  • Bergaul dengan orang yang menyokong anda. Rakan terdekat atau ahli keluarga boleh membantu tugasan harian anda seperti temujanji atau rawatan. Jika anda sukar mendapatkan bantuan, belajar untuk menguruskan sendiri dan dapatkan bantuan jika anda perlukan.
  • Berhubung dengan pesakit kanser yang lain. Sila bertanya kepada kumpulan penjaga kesihatan anda tentang kumpulan sokongan di dalam komuniti anda. Kadang kala terdapat soalan yang hanya boleh dijawab oleh pesakit kanser. Kumpulan sokongan ini akan menyediakan peluang untuk bertanya soalan dan menerima sokongan daripada individu yang memahami situasi anda.
  • Rancang terlebih dahulu. Tanyakan pasukan penjagaan kesihatan anda mengenai arahan yang boleh memberi bimbingan kepada keluarga anda di atas keinginan  perubatan anda sekiranya anda tidak lagi boleh bercakap untuk diri sendiri.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.