Kutu Kepala

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/01/2020 . 2 minit bacaan

Definisi

Apa itu Kutu Kepala?

Kutu kepala adalah serangga kecil yang hidup di kulit kepala manusia dan menjadikan darah manusia sebagai makanan mereka. Pediculosis capitis adalah nama bagi keadaan jangkitan kutu di kepala. Ia boleh merebak secara langsung dari rambut seseorang kepada rambut orang yang lain.

Apakah kebarangkalian Kutu Kepala?

Jangkitan kutu kepala adalah sangat biasa. Ia biasanya melibatkan kanak-kanak. Ia boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana lapisan umur. Ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kutu Kepala?

Simptom jangkitan kutu kepala adalah:

  • Gatal-gatal pada kulit kepala, leher, dan telinga selama 2-6 minggu selepas infestasi.
  • Terdapat kutu pada kulit kepala. Ia agak kecil, selalu mengelakkan cahaya dan bergerak dengan cepat.
  • Telur kutu (nits) pada batang rambut. Mereka sangat kecil, mudah melekat pada batang rambut. Terdapat beberapa yang sukar dilihat kerana warnanya yang sepadan dengan rambut.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca Kutu Kepala?

Kutu kepala sangat mudah menular. Anda boleh dijangkiti kutu kepala apabila serangga tersebut merangkak ke kepala anda. Kutu boleh dipindahkan antara satu sama lain dengan berus, sikat, klip rambut, cekak rambut, fon kepala, dan topi. Mereka juga boleh hidup buat seketika di atas perabot, katil, tuala, atau pakaian.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kutu Kepala?

Terdapat banyak faktor risiko untuk jangkitan kutu kepala, seperti:

  • Memeluk, atau menyentuh kepala anda ke kepala orang yang dijangkiti;
  • Berkongsi item peribadi (sikat, topi, fon kepala) dengan orang yang dijangkiti.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kutu Kepala didiagnosis?

Anda atau penyedia penjagaan kesihatan anda boleh mendiagnosis kutu kepala dengan:

  • Memeriksa rambut dan kulit kepala anda untuk sebarang kutu dan telur;
  • Menggunakan sikat kutu bergigi halus bermula dari kulit kepala untuk menangkap kutu dan telur.

Bagaimana pesakit Kutu Kepala dirawat?

Kebanyakan rawatan perlu digunakan sebanyak dua kali untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Selepas seminggu hingga sembilan hari, rawatan kedua akan membunuh telur yang baru menetas. Di samping itu, jangan gunakan lebih daripada satu ubat atau guna ubat secara berlebihan.

  • Belian kaunter (OTC): Permethrin (Nix), Pyrethrin;
  • Preskripsi: losyen Benzyl alkohol (Ulesfia), Malathion (Ovide), Lindane..

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kutu Kepala?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda mengatasi kutu kepala:

  • Basuh pakaian dan selimut dalam air panas (54°C) dan keringkan dengan api yang tinggi di dalam pengering.
  • Tutup pakaian, tempat tidur dan mainan fabrik di dalam beg plastik selama dua minggu.
  • Rendam rambut, sikat, klip, dan aksesori rambut lain dalam air panas (130 darjah Fahrenheit) selama lima hingga 10 minit.
  • Vakum lantai dan perabot fabrik.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Penyakit Chagas: Jangkitan Parasit Bawaan Pepijat

    Penyakit Chagas ialah sejenis penyakit berjangkit disebabkan oleh parasit bernama Trypanosoma cruzi (T. cruzi), paling kerap berlaku di Mexico, Amerika Selatan, dan Amerika Tengah. Penyakit ini tersebar melalui ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 20/12/2018 . 2 mins read

    Anisakiasis: Jangkitan Cacing Parasit daripada Makanan Laut

    Terdapat dua jenis penyakit disebabkan cacing parasit yang sering dikaitkan dengan pengambilan makanan laut secara mentah, iaitu diphyllobothriasis (jangkitan cacing pita) dan anisakiasis (jangkitan cacing bulat) ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/06/2018 . 3 mins read

    Artikel lain untuk anda

    Ini Rupanya 4 Sebab Kenapa Tak Digalakkan Makan Babi, No #3 Paling Seram!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/11/2019 . 3 mins read
    air bukit

    Pernah Nampak Orang Kumpul Air Daripada Tepi Bukit? Boleh Minum Terus Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 25/10/2019 . 2 mins read
    kutu rambut

    Kutu Rambut Kanak-kanak: Adakah Satu Masalah Besar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 11/07/2019 . 8 mins read
    Kutu Pada Rambut Bagaimana ia Berlaku

    Kutu Pada Rambut: Bagaimana ia Berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 03/06/2019 . 8 mins read