Kesan Hepatitis C Terhadap Tubuh

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 15/11/2019

Hepatitis C adalah jangkitan yang menyebabkan keradangan di hati. Hati bertanggungjawab untuk pelbagai tugas penting dalam badan iaitu memproses darah, menapis toksin dan memastikan tidak mendatangkan kemudaratan melalui fungsinya. Ia juga ditugaskan untuk menghasilkan hempedu yang membantu dalam pencernaan makanan, dan menyimpan glukosa dan vitamin.

Apabila hati mengalami keradangan, menyebabkannya sangat sukar untuk melaksanakan semua tugas pentingnya. Jangkitan Hepatitis C mempunyai kesan pada seluruh badan apabila tidak dirawat untuk jangka masa yang lama.

Masalah Akibat Hepatitis C

i. Jaundis

Sekiranya anda mengalami Hepatitis C, anda mungkin mendapati kulit dan mata putih anda kelihatan kekuningan. Ini berlaku apabila hati anda tidak berfungsi dengan baik untuk memecahkan bahan kimia yang dipanggil bilirubin. Sekiranya terlalu banyak dalam darah, kulit boleh berubah menjadi kuning.

Jaundis boleh muncul sebaik sahaja anda dijangkiti hepatitis C. Ia juga boleh muncul selepas bertahun-tahun jangkitan dan parut hati yang teruk dipanggil sirosis.

ii. Kegatalan

Toksin yang ada darah anda dan menyebabkan penyakit kuning juga boleh menyebabkan anda kegatalan. Anda mungkin merasakannya hanya di tangan dan kaki atau seluruh badan anda. Sesetengah orang mengatakan ia ada rasa gatal pada organ. Selain itu, rawatan untuk Hepatitis C juga boleh menyebabkan kulit kering dan gatal. Ia perlu perbincangan bersama doktor mengenai preskripsi ubat-ubatan. Manakala bagi peroko, berhenti boleh meredakan sesetengan kegatalan.

iii. Bintik-bintik darah (Purpura)

Pecahan merah atau ungu ini boleh sekecil seperti kepala pin atau sebesar setengah inci. Ia boleh menyakitkan atau gatal. Bagi orang yang mempunyai Hepatitis C, ruam biasanya merupakan simptom cryoglobulinemia. Ia adalah masalah pembuluh darah yang terjadi apabila protein dalam darah melekat apabila dalam cuaca sejuk. Ini akan menghalang aliran darah.

iv. Fenomena Raynaud

Sekiranya jari-jari anda menjadi putih atau biru dalam keadaan sejuk, itulah tanda-tanda anda mempunyai keadaan ini. Jari kaki, hidung atau telinga anda juga boleh terjejas. Ia berlaku apabila saluran darah menjadi kekejangan dalam keadaan sejuk, dan aliran darah menjadi perlahan. Anda mungkin berasa sakit, kebas dan kesemutan.

v. Lichen planus

Penyakit ini muncul sebagai lebam yang biasanya bermula pada pergelangan tangan, tetapi boleh juga muncul di mana sahaja. Ia boleh menyebabkan luka-luka atau luka dalam mulut anda. Tiada faktor jelas yang menyebabkannya, tetapi kebanyakan mengalami planus lichen mempunyai Hepatitis C.

vi. Porphyria cutanea tarda (PCT)

Keadaan ini menyebabkan lepuh yang menyakitkan dan kulit rapuh yang menjadi lebih teruk apabila terdedah kepada cahaya matahari. Ia berlaku apabila protein dipanggil wujud porphyrins di hati, kemudian bergerak ke dalam aliran darah dan seterusnya ke kulit anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    1 Tin Minuman Berkarbonat Sehari Meningkatkan Risiko Kanser

    Kita semua tahu pengambilan minuman bergula seperti minuman berkarbonat mempunyai kesan buruk dalam jangka masa panjang kepada kesihatan tapi tahukah anda meminum satu tin minuman berkarbonat sehari boleh meningkatkan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Helma Hassan

    14 Makanan Yang Membersihkan Hati

    Terdapat banyak bahan proses yang perlu diproses oleh hati dalam makanan yang diambil oleh masyarakat moden kini. Dengan menyerap makanan yang diproses atau makanan bergoreng yang berlebihan, atau berlaku pendedahan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Kulit Gatal Tanda Penyakit Hati?

    Kulit bertindak sebagai jendela kepada tahap kesihatan keseluruhan anda. Disebabkan itu, penyakit dalaman mungkin menunjukkan tandanya dengan perubahan kulit. Kulit gatal atau pruritus boleh menjadi petunjuk kepada ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan

    Sindrom Gilbert, Tidak Mendatangkan Bahaya

    Sindrom Gilbert adalah keadaan hati tidak berbahaya yang terdapat bilirubin  berlebih dalam darah. Bilirubin adalah pigmen berwarna kuning-coklat yang berasal dari pecahan sel darah merah. Jika tahap bilirubin ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    Rupanya Ini Punca Sebenar Demam Kuning! Betul Ke Susu Ibu Sebabkan Jaundis?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 12/06/2019
    keletihan

    Kanser Hati: Tip Melawan Keletihan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 17/04/2019
    kadar survival

    Kadar Survival Untuk Kanser Hati

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 17/04/2019
    kanser hati

    Ubat-ubatan yang Perlu Dielakkan Jika Anda Mempunyai Kanser Hati

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 08/04/2019