Walau bagaimanapun, rawatan baru untuk hepatitis C sejak beberapa tahun kebelakangan ini bermakna bahawa virus hari ini lebih terurus daripada sebelumnya. Dalam kebanyakan kes, hepatitis C dapat disembuhkan, jadi penting untuk mendapatkan rawatan lebih awal jika anda mempunyai HCV.
Kepentingan Diagnosis Awal Hepatitis C
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) melaporkan bahawa sehingga 1 daripada 4 orang yang mempunyai virus hepatitis C akhirnya akan sembuh dari keadaan tanpa rawatan. Bagi orang-orang ini, hepatitis C akan menjadi keadaan akut jangka pendek yang hilang tanpa rawatan.
Tetapi bagi kebanyakan orang, hepatitis C akut akan berkembang menjadi keadaan kronik yang memerlukan rawatan. Oleh kerana HCV selalunya tidak menunjukkan simptom sehingga selepas berlakunya kerosakan hati, adalah penting untuk mendapatkan ujian jika anda mungkin terdedah kepadanya.
i. Tempoh rawatan lebih pendek
Hepatitis C sama seperti kebanyakan penyakit jika anda boleh mengesannya daripada awal. Berdasarkan satu kajian kecil yang dibincangkan di Kongres Hati Antarabangsa pada April 2016 mendapati bahawa dengan hanya enam minggu rawatan untuk merawat semua peserta dengan hepatitis C akut, malah mereka yang mempunyai sebaran yang tinggi (high viral loads). Kaedah rawatan standard untuk terapi antiviral adalah 12 minggu.
ii. Risiko komplikasi rendah
Hepatitis C yang tidak diketahui dan tidak dirawat boleh menyebabkan sirosis hati. Dengan sirosis, tisu parut akan menggantikan tisu yang sihat dan menyebabkan darah tidak dapat mengalir melalui hati. Ini bermakna hati tidak dapat berfungsi dengan baik. Menurut kajian, anda mungkin dapat mengelakkan sirosis jika merawat hepatitis C dengan lebih awal.
Penyelidik juga mendapati bahawa rawatan paling berjaya dalam menghentikan kerosakan hati adalah sebelum berlakunya kemerosotan berlaku.