Kanser Prostat: Lelaki Harus Peka

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kanser prostat adalah sejenis kanser yang berlaku pada organ yang bernama prostat. Ia adalah salah satu daripada kanser paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki.

Prostat adalah organ berbentuk seperti walnut yang terletak di bawah pundi kencing lelaki. Ia mengelilingi saluran air kencing urethra dan berfungsi menghasilkan cecair seminal yang memberikan kesuburan serta membantu dalam membawa sperma keluar.

Kanser prostat berkembang secara perlahan

Kanser ini pada membesar secara beransur-ansur. Kebiasaannya pada fasa awal, ia hanya berlaku di dalam prostat dan tidak menyebabkan masalah yang serius. Kebanyakan kes mungkin tidak memerlukan apa-apa rawatan atau hanya rawatan ringkas. Namun, ada juga jenis yang lebih agresif dan merebak dengan cepat.

Kunci utama dalam rawatan kanser prostat adalah diagnosis awal. Ini dapat dilakukan melalui ujian saringan yang disebut sebagai ujian PSA (prostate specific antigen). Ujian darah yang ringkas ini mampu mengesan kehadiran antigen khusus yang dirembeskan apabila terdapat kanser prostat. Semua orang berumur 50 tahun ke atas dinasihatkan untuk menjalani ujian ini.

Masalah membuang air kecil mungkin disebabkan oleh kanser prostat

Lebih-lebih lagi jika berumur lebih 50 tahun, sebarang masalah atau kesukaran dalam membuang air kencing perlu diperiksa untuk melihat kebarangkalian kanser prostat.

Selain masalah membuang air kencing, simptom yang dialami bagi penghidap kanser ini termasuk:

  • Air kencing keluar dengan perlahan.
  • Air mani bercampur darah.
  • Ketidakselesaan pada kawasan pinggul.
  • Sakit tulang.
  • Disfungsi erektil.

Hiperplasia prostat benigna (BPH) boleh memberikan simptom yang sama

Jika anda seorang lelaki berumur lebih 50 tahun atau mempunyai bapa dengan umur yang sama dan mengalami simptom yang disebutkan di atas, sila dapatkan bantuan perubatan.

Simptom yang sama juga mungkin disebabkan oleh keadaan lain bukan kanser iaitu hiperplasia prostat benigna (BPH). Keadaan kesihatan ini menyebabkan saiz prostat membesar. BPH adalah penyakit yang tidak serius dan tidak merebak ke organ lain. Rawatan mungkin perlu diberikan dalam sesetengah kes. Ia juga tidak akan berubah menjadi kanser.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut