backup og meta

Jangan Sangka Kanser Prostat Hanya Boleh Berlaku Pada Lelaki, Wanita Pun Berisiko?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/10/2022

    Jangan Sangka Kanser Prostat Hanya Boleh Berlaku Pada Lelaki, Wanita Pun Berisiko?

    Apa itu kanser prostat? Di dalam dunia ini, terdapat pelbagai jenis kanser dan antara yang paling berbahaya buat golongan lelaki adalah kanser prostat.

    Disebabkan itu, semua kaum Adam perlulah bertindak segera bagi mengesan penyakit ini agar mampu merawatnya dengan lebih awal.

    Persoalannya, adakah wanita pun berisiko mengalami kanser jenis ini? Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

    Apa itu kanser prostat?

    Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua berkenalan dengan salah satu daripada jenis kanser yang berbahaya buat lelaki ini terlebih dahulu.

    Untuk pengetahuan anda, kanser prostat adalah jenis kanser kelima paling banyak dihidapi oleh kaum Adam di seluruh dunia selepas kanser paru-paru, hati, perut dan usus.

    Kondisi ini berlaku akibat pertumbuhan sel yang abnormal dan tidak terkawal pada kelenjar prostat – salah satu bahagian organ reproduktif lelaki yang berfungsi untuk menghasilkan, melindungi dan membawa sperma.

    Penyakit ini biasa akan berlaku kepada individu yang berusia 60 tahun ke atas namun dalam beberapa kes ia juga mampu menyerang individu berusia 40 tahun ke bawah jika faktor risiko mereka adalah sangat tinggi.

    Jika berlaku kepada anda, berikut merupakan simptom-simptom yang wajar diperhatikan:

  • Sangat kerap kencing
  • Sukar buang air kecil
  • Kencing menjadi tidak lawas
  • Pancutan air kencing atau air mani lemah
  • Terbangun di malam hari untuk kencing (nokturia)
  • Keluar darah atau air mani pada air kencing
  • Mengalami masalah ereksi zakar
  • Hilang berat badan secara mendadak
  • Sakit pada bahagian belakang punggung atau tulang rusuk
  • apa itu kanser prostat

    Sila berjumpa doktor dengan kadar segera untuk berbincang dan berkonsultasi jika ada salah satu daripada tanda ini pada diri anda ya?

    Apa punca kanser prostat?

    Baiklah, sekarang kita sudah tahu apa itu kanser prostat namun apakah punca ia terjadi kepada individu ya?

    Pada umumnya, pencetus kanser ini adalah berlakunya perubahan atau mutasi DNA pada sel prostat yang sihat.

    Akibatnya, sel-sel yang terjejas akan menjadi tidak normal sekali gus tumbuh secara tidak terkawal dan terganggu.

    Namun demikian, pakar masih belum dapat memastikan apa punca sebenar perubahan atau mutasi DNA ini berlaku di dalam tubuh badan.

    Apa yang dapat disimpulkan adalah mungkin wujud beberapa faktor risiko yang wajar diberi perhatian lebih khusus:

    apa itu kanser prostat

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Adakah wanita pun boleh menghidapinya?

    Apa itu kanser prostat bagi wanita? Untuk menjawab persoalan ini, sesuatu perlu dirungkai terlebih dahulu iaitu adakah wanita mempunyai kelenjar prostat? Jawapannya tidak.

    Wanita tidak mempunyai kelenjar ini namun istilah ‘prostat’ buat wanita adalah merujuk kepada kelenjar kecil pada bahagian faraj.

    Sebenarnya, ia dinamakan sebagai kelenjar Skene bersempena dengan nama Alexander Skene – individu yang mempreskripsikan kelenjar ini pada sekitar abad ke-19.

    Walaupun ia berbeza, kelenjar ini mempunyai sedikit persamaan dengan kelenjar prostat lelaki kerana mempunyai prostate-specific antigen (PSA) dan PSA phosphatase (PSAP) yang wujud pada kelenjar milik lelaki.

    Namun adakah wanita juga boleh terkena dengan apa itu kanser prostat?

    Ini jawapannya…

    Kini anda telah tahu apa itu kanser prostat. Persoalannya, adakah wanita juga boleh alami kanser prostat? Ya, sebenarnya wanita juga boleh menghidapi kanser prostat meskipun tidak memiliki kelenjar ini kerana wujud kelenjar yang lebih kurang sama dengannya.

    Pun begitu, kondisi ini adalah amat jarang sekali berlaku dan dikatakan ia boleh terjadi kepada wanita sekitar 0.003 peratus sahaja.

    Dalam pada itu, wanita juga adalah berisiko tinggi terkena kanser yang berdekatan dengan kelenjar itu seperti uretra yang juga mungkin lebih kurang sama dengan kanser prostat yang dialami oleh banyak lelaki.

    Sekiranya ia berlaku kepada wanita, akan berlaku simptom seperti keluar darah pada air kencing wanita dan ia perlu dirawat dengan kadar segera.

    apa itu kanser prostat

    Sila cegah & rawat kanser prostat lebih awal!

    Akhir kata, kanser prostat adalah sangat berbahaya kepada lelaki kerana ia boleh mendatangkan pelbagai komplikasi atau lebih membimbangkan akan membawa maut.

    Pun begitu, golongan wanita juga tidak boleh menarik nafas lega kerana kalian juga berisiko meskipun kecil!

    Oleh itu, adalah wajar untuk kita semua mengambil langkah berwaspada bagi mengurangkan faktor risiko daripada terkena penyakit ini.

    Jika anda ada sebarang persoalan mengenai apa itu kanser prostat, sila berjumpa doktor berdekatan kalian ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan