Kebanyakan kaum Adam mungkin akan fikir apabila zakar keluar cecair putih lelaki, ia adalah satu perkara yang normal disebabkan itu salur untuk air kencing dan lain-lain cecair.
Kebanyakan kaum Adam mungkin akan fikir apabila zakar keluar cecair putih lelaki, ia adalah satu perkara yang normal disebabkan itu salur untuk air kencing dan lain-lain cecair.

Pun begitu, bagaimana pula jika cecair itu bertekstur pekat dan berwarna pelik yang tidak sama dengan ketiga-tiga cecair di atas tadi? Jaga-jaga! Ia mungkin petanda wujud bahaya.
Dalam kebanyakan kes jarang berlaku, ia adalah angkara jangkitan. Jom teruskan baca artikel!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, sila klik di sini.
Umumnya, zakar adalah alat sulit lelaki yang berfungsi untuk mengendalikan sistem perkumuhan serta pembiakan, maka tidak hairan jika ada cecair yang keluar dari situ.
Seperti yang telah dinyatakan di atas tadi, ia masih lagi normal jika jenis cecair keluar dari zakar itu adalah:
Cecair yang diproses oleh buah pinggang, mengandungi sisa cecair daripada makanan atau minuman yang diambil
Cecair yang mengandungi sperma lelaki dan boleh disenyawakan dengan telur wanita untuk dijadikan embrio
Cecair yang tidak mengandungi sperma lelaki yang sihat dan akan keluar semasa praklimaks atau praejakulasi
Cecair yang tidak mengandungi sperma lelaki yang sihat dan akan keluar selepas kencing atau angkat barang berat

Sekiranya jenis cecair putih keluar dari zakar tergolong dalam kategori di atas ini, maka anda tidak perlu rasa risau kerana ia sangat normal dan menandakan bahawa anda adalah lelaki yang sihat.
Apa yang mungkin anda perlu buat selepas ia keluar adalah dengan cara cuci zakar dengan baik dan bersih serta mandi wajib jika perlu bagi lelaki yang beragama Islam.
Wajib sebagai seorang lelaki untuk mengenali jenis cecair keluar dari zakar anda sama ada ia air kencing atau lain-lain cecair yang dinyatakan di atas tadi.
Namun jika cecair itu agak aneh seperti bertekstur sangat pekat dan berwarna kekuningan, kehijauan, kecoklatan atau lutsinar yang pelik, ia mungkin petanda jangkitan.
Ia juga mungkin berpunca akibat daripada jangkitan penyakit kelamin (STD) seperti yang berikut:
Gonorea adalah sejenis penyakit kelamin yang berpunca daripada jangkitan bakteria bernama Neisseria gonorrhoeae dan boleh merebak dari individu ke individu lain.
Bakteria ini biasa tersebar melalui hubungan seksual tidak sihat termasuk seks oral, anal atau vaginal akibat berganti pasangan atau bersenggama tanpa kontraseptif.
Antara gejala penyakit ini adalah keluarnya cecair bertekstur pekat dan berwarna pelik seperti kuning, hijau, krim berserta nanah yang sakit ketika buang air kecil.
Ia juga akan menyebabkan kemerahan, kebengkakan dan kesakitan pada sekitar hujung lubang zakar selain mengakibatkan lelaki lebih kerap ke tandas untuk kencing.

Klamidia adalah sejenis penyakit kelamin yang berpunca daripada jangkitan bakteria bernama Chlamydia trachomatis dan juga merebak dari individu ke individu lain.
Bakteria ini kadangkala tidak tersebar melalui hubungan seksual namun lebih mudah tertular daripada perkongsian barang peribadi, air atau sekadar ciuman dan pelukan.
Kebanyakan individu tidak tahu jika diri mereka ada penyakit ini kerana tiada gejala yang khusus sehingga beberapa ketika selepas terjangkit selain mendapati cecair putih keluar dari zakar.
Pun begitu, anda mungkin akan perasan simptom yang biasa seperti rasa panas atau gatal di sekitar bahagian hujung lubang zakar terutama ketika membuang air kecil.
Trikomoniasis adalah sejenis penyakit kelamin yang berpunca daripada jangkitan parasit bernama Trichomonas vaginalis yang akan merebak melalui hubungan seksual.
Meskipun ia lebih popular dan tinggi risiko terhadap golongan wanita, namun itu tidak bermaksud bahawa kaum lelaki akan terlepas kerana ia turut menjangkiti kedua-dua jantina.

Kebiasaannya, simptom penyakit jangkitan kelamin ini akan muncul selepas sebulan anda dijangkiti:
Apa yang lebih membimbangkan adalah penyakit ini turut boleh menyebabkan pelbagai kesan lain lebih serius seperti salur kencing tersumbat atau ketidaksuburan pada lelaki.
Realitinya, ramai lelaki yang gemar ambil mudah dan tidak peduli jika cecair putih keluar kerana mereka beranggapan bahawa ia normal. Ya, namun anda perlu lebih teliti.
Dalam erti kata lebih mudah, perhatikan cecair tersebut dari aspek tekstur dan warna. Jika anda lihat ia agak aneh, maka sila segera jumpa doktor untuk diagnosis.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
07/03/2025
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip