Kanser Payudara

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/11/2019 . 5 minit bacaan

Definisi

Apa itu Kanser Payudara?

Kanser payudara merupakan ketumbuhan merebak yang bermula di sel-sel payudara. Ketumbuhan tersebut adalah sekumpulan sel kanser yang merebak pantas di tisu-tisu sekeliling atau boleh tersebar ke bahagian anggota badan yang lebih jauh. Penyakit ini hampir keseluruhannya terjadi kepada kaum wanita, namun penyakit ini juga boleh terjadi kepada kaum lelaki.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kanser Payudara?

Kanser payudara boleh mencetuskan beberapa gejala. Tanda-tanda dan gejala kanser payudara tersebut termasuklah:

  • Benjolan di payudara atau rasa ketebalan yang berbeza daripada tisu-tisu sekeliling;
  • Lelehan berdarah daripada puting susu;
  • Perubahan terhadap saiz, bentuk atau rupa payudara;
  • Perubahan terhadap kulit di sekitar payudara seperti terpuruk;
  • Puting masuk ke dalam;
  • Bahagian pigmen kulit di sekitar puting susu atau kulit payudara mengupas atau mengelupas;
  • Kemerahan pada kulit payudara atau kulit payudara boleh berubah menjadi seperti kulit buah oren.

Kemungkinan ada beberapa tanda atau gejala yang tidak tersenarai di atas. Jika anda khuatir terhadap apa-apa gejala yang berkaitan, sila berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda patut menghubungi doktor anda jika anda menyedari apa-apa perubahan di payudara anda. Adalah sangat penting anda memeriksa payudara sendiri secara kerap. Selalunya tahap awal kanser tidak menyebabkan rasa sakit. Namun jika anda mempunyai sebarang gejala, elakkan daripada menunggu sehingga rasa sakit barulah hendak berjumpa doktor. Kenalpasti secara awal boleh memberi peluang tinggi kepada anda untuk hidup lebih lama.

Punca

Apakah Punca Kanser Payudara?

Punca kanser payudara masih tidak dapat dikenalpasti. Apa yang diketahui adalah sel-sel payudara mula tumbuh secara tidak normal, dimana ia telah menyebabkan benjola.. Sel-sel benjolan ini mungkin merebak di persekitaran tisu dan beberapa bahagian anggota badan yang lain.

Para doktor telah menganggarkan dalam 5-10% kanser payudara berkait dengan perubahan genetik, iaitu generasi keluarga turun temurun. Gen-gen ini telah dikenalpasti kepada gen 1 (BRCA1) dan kanser payudara gen 2 (BRCA2). Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang kukuh, mungkin anda boleh membuat ujian darah untuk mengesan gen-gen ini.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kanser Payudara?

Ada banyak faktor berisiko untuk (keadaan kesihatan), seperti:

  • Umur yang tua merupakan risiko utama untuk kebanyakkan kanser. Peluang untuk menghidap kanser adalah tinggi apabila anda menginjak usia.
  • Sejarah keluarga. Ini bermakna jika saudara darjah pertama (ibu, anak perempuan, atau kakak) menghidap kanser payudara.
  • Mewarisi perubahan di dalam gen BRCA1 dan BRCA2 atau gen-gen yang lain boleh meningkatkan risiko mendapat kanser payudara.
  • Mengambil minuman beralkohol.
  • Tisu payudara yang padat ketika mammogram (proses X-ray tenaga rendah untuk memeriksa payudara manusia untuk tujuan diagnosis dan pemeriksaan).
  • Pendedahan tisu payudara kepada estrogen (hormon seks utama perempuan) yang terhasil oleh tubuh badan:
    • Haid pada umur awal.
    • Umur sudah lanjut atau tua ketika kelahiran pertama atau belum pernah melahirkan anak.
    • Mula menopaus (putus haid) pada usia kemudian.
  • Apabila hormon estrogen bergabung dengan progestin (sejenis perubatan) untuk gejala menopaus.
  • Kegemukan melampau.
  • Sejarah peribadi menghidap kanser payudara invasif, ductal carcinoma in situ (DCIS), atau lobular carcinoma in situ (LCIS).

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>

Bagaimana pesakit Kanser Payudara didiagnosis?

Periksa dengan doktor anda jika anda menyedari apa-apa perubahan pada payudara anda. Ujian-ujian dan prosedur-prosedur yang akan dilakukan:

  • Pemeriksaan fizikal dan sejarah : Satu pemeriksaan akan dilakukan pada badan untuk mengesan tanda-tanda kesihatan umum, termasuk mengesan tanda-tanda penyakit, seperti bengkak atau apa-apa yang kelihatan luar biasa. Melihat sejarah tabiat kesihatan pesakit dan penyakit-penyakit yang lalu dan rawatan juga akan dilakukan.
  • Pemeriksaan klinikal payudara : Pemeriksaan pada payudara akan dilakukan oleh doktor atau pakar kesihatan yang lain. Doktor akan menyentuh payudara dan dibawah lengan dengan teliti untuk merasa ketulan atau apa-apa yang kelihatan luar biasa.
  • Pemeriksaan ultrasound : Sebuah prosedur iaitu gelombang bunyi tenaga tinggi (ultrasound) melantunkan tisu-tisu dalaman atau organ-organ dan bergema. Gema ini akan membentuk satu gambar yang memaparkan tisu-tisu badan dipanggil sebagai sonogram. Gambar ini akan dicetak untuk dilihat kemudian.
  • MRI (pengimejan resonans magnetik) : Sebuah prosedur yang menggunakan magnet, gelombang radio, dan komputer yang menghasilkan beberapa gambar payudara yang teliti. Prosedur ini juga dipanggil sebagai pengimejan resonans magnetik nuklear (NMRI).
  • Kajian kimia darah : Sebuah prosedur dimana sampel darah diperiksa untuk mengukur jumlah bahan-bahan tertentu di dalam darah yang dihasilkan oleh organ-organ dan tisu-tisu badan. Jumlah bahan yang luar biasa (tinggi atau rendah daripada normal) boleh dianggap sebagai tanda penyakit.
  • Biopsi : Menyingkirkan sel-sel atau tisu-tisu untuk dilihat dibawah mikroskop oleh ahli patologi untuk mengesan tanda-tanda kanser. Biopsi akan selesai dilakukan jika ketulan di payudara dijumpai. Ada empat jenis biopsi digunakan untuk mengesan kanser payudara:
  • Biopsi excisional: Penyingkiran keseluruhan ketulan tisu.
  • Biopsi incisional: Penyingkiran sebahagian ketulan atau sampel tisu.
  • Biopsi teras: Penyingkiran tisu menggunakan jarum lebar.
  • Biopsi aspirasi jarum halus (FNA): Penyingkiran tisu atau cecair menggunakan jarum halus.

Adalah penting untuk membincangkan sebarang kebimbangan yang anda alami mengenai ujian anda dengan doktor anda.

Bagaimana pesakit Kanser Payudara dirawat?

Doktor anda akan menentukan pilihan rawatan kanser payudara anda berdasarkan faktor-faktor yang berikut:

  • Jenis kanser payudara;
  • Tahap kanser payudara;
  • Saiz kanser payudara;
  • Jika sel-sel kanser sensitif dengan hormon;
  • Keadaan kesihatan anda secara keseluruhan.

Ada lima jenis rawatan yang standard, termasuklah yang berikut:

  • Pembedahan:
  • Pembedahan penjagaan payudara, iaitu menyingkirkan nodus limfa sentinel ketika pembedahan
  • Jumlah mastektomi, iaitu menyingkirkan seluruh payudara yang mempunyai kanser
  • Mastektomi radikal yang diubahsuai, iaitu menyingkirkan seluruh payudara yang mempunyai kanser, banyak nodus limfa di bawah lengan, lapisan di atas otot dada, dan kadang-kadang sebahagian dinding dada
  • Terapi radiasi, iaitu rawatan kanser menggunakan x-rays tenaga tinggi atau lain jenis radiasi untuk membunuh sel-sel kanser atau mengelakkan mereka daripada membesar.
  • Kemoterapi, iaitu rawatan kanser yang menggunakan dadah untuk menghentikan sel-sel kanser daripada membesar. Ini boleh dilakukan sebelum pembedahan untuk mengecutkan tumor sebelum penyingkiran. Ia juga boleh dilakukan selepas pembedahan untuk mengelakkan tumor daripada kembali.
  • Terapi hormon, iaitu rawatan kanser yang menghalang tindakan hormon dan menghentikan kanser daripada membesar. Rawatan ini hanyalah berkesan untuk kanser payudara yang sensitif dengan hormon. Doktor anda akan melakukan ujian untuk menentukan jenis kanser payudara anda.
  • Terapi yang disasarkan, iaitu jenis rawatan yang menggunakan dadah atau bahan lain untuk mengenalpasti dan menyerang sel-sel kanser yang khusus tanpa merosakkan sel-sel yang lain. Ini termasuklah:
    • Antibodi monoklonal;
    • Perencat kinase tirosin;
    • Perencat kinase yang bergantung kepada kitaran.

Anda mungkin perlu menggabungkan terapi. Sila bincang dengan doktor anda mengenai pilihan rawatan yang sesuai dengan anda.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kanser Payudara?

Berikutnya adalah gaya hidup dan rawatan sampingan di rumah yang mungkin boleh membantu anda mengatasi kanser payudara:

  • Membuat pilihan yang sihat. Adalah sangat penting untuk mengekalkan diet yang sihat dan kerap bersenam. Anda mungkin fikir untuk mengurangkan pengambilan alkohol atau berhenti merokok.
  • Pemakanan yang betul. Pemakanan yang betul adalah sangat penting. Mungkin susah untuk anda mengawal pengambilan makanan anda. Terapi rawatan anda akan membuatkan anda muntah atau mengubah deria rasa anda. Ini boleh membantu anda dengan mengambil hidangan yang kecil dan beberapa kali sehari.
  • Kerap bersenam. Kanser boleh menyebabkan keletihan. Keletihan akan kekal lama dan tidak akan sembuh dengan hanya berehat. Selalu bersenam akan membantu melegakan keletihan anda. Anda boleh bermula dengan perlahan-lahan dengan berjalan kaki dan apa-apa senaman yang sesuai dengan anda.

Perubahan gaya hidup ini akan membantu anda mengurus dan mengatasi kanser payudara anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Menopaus Bukan Alasan Aksi Di Ranjang Hambar, Dah Cuba 5 Posisi Ini Belum?

    Ramai yang beranggapan usia emas adalah waktu untuk berhenti lakukan hubungan intim. Salah, ini panduan seks semasa menopaus anda boleh cuba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 29/06/2020 . 3 mins read

    Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

    Apabila menerima rangsangan seksual, pastinya akan terjadi klimaks. Tetapi bagaimana jika orgasme wanita tidak berlaku? Adakah ia sesuatu yang tidak normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 29/05/2020 . 3 mins read

    Ini Sebab Kita Kena Makan Bawang Putih! Libido Wanita Pun Boleh Meningkat?

    Ramai orang kata terdapat banyak manfaat bawang putih untuk wanita sehingga boleh meningkatkan libido. Adakah ia benar? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 20/05/2020 . 3 mins read

    Kenapa Wanita Mengerang Semasa Berhubungan Intim? Ia Bukan Sekadar Tanda Bahagia…

    Adalah normal untuk wanita mengerang semasa berhubungan intim. Pun begitu, pernahkah anda terfikir apa sebab ia berlaku? Klik artikel untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 18/05/2020 . 2 mins read

    Artikel lain untuk anda

    mimpi basah

    Wah! Bukan Lelaki Saja Yang Alami Mimpi Basah, Tapi Wanita Pun Boleh

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 09/07/2020 . 3 mins read
    banyak air ketika bersama suami

    Aduh! Sakit Ditusuk Suami? Atasi Faraj Kurang Basah Dengan 8 Jenis Makanan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/07/2020 . 3 mins read
    sakit ketika bersama

    Usah Biarkan Masalah Vaginismus Sekat Hubungan Seks Anda, Ikut 3 Tip Ini, Sure Nikmat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 mins read
    bahaya onani

    Guna Berus Gigi Untuk Beronani? AMARAN KERAS, 5 ‘Alat Melancap’ Ini Sangat Berbahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/07/2020 . 3 mins read